Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 23, 2006

PAS Terengganu wujud Jabatan Arkib


KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Hrkh)
PAS Negeri Terengganu sedang berusaha mengumpul bahan sejarah untuk disimpan di Jabatan Arkib yang akan diwujudkan nanti.

Menurut Ketua Penerangannya, Haji Muhyidin Abdul Rashid, keputusan untuk menubuhkan jabatan itu telah dicapai pada mesyuarat Dewan Harian PAS negeri baru-baru ini. Katanya, dengan adanya Jabatan Arkib itu akan memudahkan ahli-ahli dan orang ramai untuk membuat rujukan mengenai sejarah dan perkembangan PAS di negeri ini. Sehubungan itu, beliau mempelawa orang ramai yang mempunyai bahan berkaitan dengan PAS negeri agar dapat menyumbangkannya untuk tujuan itu. Tambahnya, mereka yang ingin berbuat demikian bolehlah menghubungi Pegawai Penerangan PAS negeri, Ustaz Ismail Che Dagang melalui talian 09-6203313/14.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home