Scroll images by bigoo.ws

Friday, September 30, 2005

Tuan Guru Merupakan Ulama Yang Saya Kagumi.


BERTEMU MUKA... "Tuan Guru merupakan ulama yang saya kagumi," luah Mawi (Asmawi) di hadapan para wartawan dan peminatnya di JKR 10, dalam sesi sidang media, 12 tengahari tadi. Jelas terpancar kemesraan di raut wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Mawi serta Exco Kerajaan, Husam Musa dan Taqiyuddin Hassan. Mawi akan menghiburkan para peminatnya khusus mereka yang memberi undian dalam Akademi Fantasia (AF3), malam ini. Kehadiran Mawi ke negeri Serambi Mekah ini akan memecahkan spekulasi yang selama ini dilemparkan terhadap negeri di bawah pimpinan Ulama.
Sumber : Harakahdaily
Live Telecast Konsert Tautan Kasih klik sini

Thursday, September 29, 2005

DASAR ARPATHEID DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

Oleh ARDANI (Harapan Online)
Muka depan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kemenangan besar kumpulan Aspirasi dalam pilihanraya kampus IPTA.Hakikatnya, kumpulan Aspirasi tidak memenangi pilihanraya kampus, tetapi mereka sekadar merampas pentadbiran MPP di kampus-kampus melalui dasar apartheid yang diamalkan oleh pentadbir universiti.
Kerajaan MPP kampus yang lahir dari suasana ini tiada bezanya dengan kerajaan kulit putih Afrika Selatan. Orang kulit putih di Afrika Selatan amat maklum bahawa mereka tidak ada peluang langsung untuk membentuk kerajaan kalau tidak kerana amalan apartheid yang diamalkan dalam sistem politik negara tersebut.
Kumpulan Aspirasi di kampus IPTA juga tiada bezanya. Mereka amat maklum bahawa peluang untuk menguasai MPP kampus hampir tidak ada langsung sekiranya amalan apartheid ini tidak diamalkan oleh pentadbiran universiti.
Apa yang dilakukan oleh pentadbir IPTA mempunyai kesan jangka panjang yang signifikan.
Para pelajar adalah pemimpin masa depan. Hari ini mereka telah diasuh dengan nilai yang amat buruk. Mereka diasuh agar tidak bersaing di padang yang rata. Mereka diasuh dengan amalan berat sebelah. Mereka diasuh dengan amalan menindas pihak lawan. Mereka diasuh untuk mencabul peraturan. Mereka diasuh untuk melakukan apa saja untuk menang.
Apakah pemimpin yang diasuh dengan nilai bobrok seperti ini mampu mengangkat martabat negara di dalam masyarakat global? Anda tidak perlukan pandangan dari cendikiawan besar untuk menjawab persoalan ini.
Mana mungkin pemimpin yang diasuh dengan nilai seperti ini membawa negara bersaing di persada antarabangsa, kalau mereka hanya tahu bersaing dengan dengan amalan kuno seperti ini. Pemimpin jenis apakah ini yang hanya mampu hidup dalam sistem yang berat sebelah, menindas, menekan, dan menipu?
Bagi saya tiada apa yang mahu dibanggakan dengan “kemenangan” kumpulan Aspirasi di kampus IPTA.
Ibarat pasukan bolasepak yang berlawan dengan pasukan lain yang pemainnya diikat kaki dan tangan. Kemenangan 10 – 0 pun tidak mempunyai apa-apa makna kerana itu sebenarnya bukan permainan bola. Itu hanyalah satu pameran terhadap sikap angkuh, bongkak dan bodoh.
Apa akan jadi dengan masa depan universiti kita? Sudahlah mereka begitu banyak melahirkan graduan yang hanya mampu menganggur. Pastinya 80,000 graduan menganggur di negara kita itu bukannya lulusan Cornell atau Harvard. Pastinya juga bukan lulusan Oxford mahupun Nanyang. Kebanyakan adalah graduan IPTA tempatan.
Sekarang mereka berusaha pula melahirkan pemimpin picisan yang tidak mampu bersaing di padang yang rata. Pemimpin yang hanya tahu menggunakan kuasa pentadbir untuk mengenepikan peluang orang lain. Pemimpin yang tidak malu-malu mencabul kebenaran dan keadilan untuk meraih kuasa dan pengaruh.
Saya mula berfikir semula untuk menghantar anak-anak saya ke universiti. Mungkin wang yang saya simpan untuk perbelanjaan mereka ke universiti kelak, lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Apa perlu membazirkan wang dan masa belajar di universiti yang sudah hilang keupayaan intelek dan nilai-nilai murni.
Saya tidak bimbang sekiranya anak-anak saya tidak layak masuk belajar ke universiti. Hanya masa depan anak-anak saya yang akan terjejas.
Saya sebenarnya lebih bimbang sekiranya universiti-universiti ini tidak layak untuk mendidik anak-anak saya. Seluruh masa depan negara dan anak bangsa akan terjejas.
Dan kebimbangan saya semakin nyata sekarang.
Sumber : DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Wednesday, September 28, 2005

Apa Khabar Nik Adli dan Rakan-Rakan ?


oleh tshirtprinter
Apabila mendapat tahu yang tahanan ISA akan dilanjutkan lagi 2 tahun setelah menjalani penjara 4 tahun, saya merasakan cukup sedih. Bukan setakat sedih..tapi timbul pula perasaan sayu, hiba sehingga menitiskan airmata. Apa khabar Nik Adli dan rakan-rakan yang lain?
Saya tak dapat nak rasakan atau bayangkan atau sekurang-kurangnya berlagak seperti penguasa, namum masih tidak sanggup untuk cuba-cuba menghukum orang sedemikian rupa. Kemana perginya belas ehsan mereka semua.? Apakah hati-hati mereka sudah mati untuk merasa keperitan yang dialami oleh mangsa-mangsa ISA?
Fikirkanlah sejenak wahai penguasa..janganlah diteruskan kezaliman ini. Dan kami tidak sanggup untuk bersekongkol dengan kamu kerana azab Allah amat dasyat sekali. Insaflah... Bebaskanlah mereka.....

Antara imam 10 minit dan imam 5 tahun

Oleh Lanh
PESURUHJAYA PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mempunyai gaya tersendiri ketika menyampaikan ceramah. Beliau kerap menggunakan sindiran dan 'bercakap gaya terbalik'. Gaya ini memang terkenal di Melaka, misalnya jika seorang anak nakal yang baru jatuh dari sebatang pokok, bapanya akan berleter: "Hah, panjat lagi, panjat...panjat!"
Petang Ahad lalu (25 September), ketika hadir di majlis ‘Hi-Tea’ PAS Pernu bagi meraikan kunjungan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Melaka, penulis tertarik benar dengan hujah Ustaz Abdul Ghani dalam ucapan alu-aluannya, antara lain berbunyi: “Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul baik. Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi. Kita tidak pilih kaki botol.
“Bagaimanapun apabila lantik pemimpin, ini imam juga, kita pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita pilih yang tak amanah. Imam sembayang 10 minit aja, tapi kita nak yang terbaik, tapi imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu penggal pilihan raya), takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis ini.”
Kata Ustaz Abdul Ghani, kewajipan solat itu diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika Israk Mikraj, jadi ada kaitan antara ibadah itu dengan peristiwa-peristiwa yang dipertontonkan kepada Nabi s.a.w. sepanjang perjalanan ke Sidratul Muntaha. Kalau memilih imam solat, kita pilih yang terbaik di kalangan kita, tentulah apabila memilih pemimpin, kita akan memilih yang terbaik. Ini tidak, yang rasuah juga yang dipilihnya.
Bagi menaik dan mengobarkan semangat ahli dan penyokong PAS Melaka yang masih tertunggu-tunggu kelahiran anak sulung (kerusi pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen), Ustaz Abdul Ghani memandang kepada Tuan Guru Abdul Hadi dan berkata: “Hah, ni Presiden PAS ni, sudah 11 hari balik dari Kosovo tetapi masih belum balik lagi ke rumahnya di Terengganu. Pulang saja dari Kosovo dia teruskan kerja-kerja dakwah, dan hari ini Presiden ada di sini.
“Tuan-tuan ukurlah pengorbanan tuan-tuan jika hendak dibandingkan dengan Tuan Guru. Tuan-tuan boleh rasalah pengorbanan tuan-tuan. Kita nak tinggalkan rumah, anak isteri isshh, susah. Pengorbanan apa tu?”
Sesuai dengan kunjungannya ke Melaka, Tuan Guru yang berucap selepas Ustaz Abdul Ghani, menyuntik dan menyemarakkan semangat penyokong PAS Negeri dengan berkata bumi Melakalah menyaksikan hukum-hakam Islam dilaksanakan dan selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, bermulalah perjuangan memerdekakan tanah air oleh anak watan.
Perjuangan mereka menentang penjajah adalah jihad, dan bagi menguatkan tekanan ke atas kuasa-kuasa Barat, anak watan turut dibantu oleh orang Aceh, Bugis dan Riau dan sebagainya.
Ramai yang berhijrah ke Semenanjung dan adalah salah untuk mengatakan mereka datang ke sini semata-mata untuk ‘menanam sebatang dua pokok kelapa’ (mencari kehidupan) kerana itu menunjukkan kekecilan jiwa, sedangkan mereka ke sini adalah untuk menyebar dan mempertahankan Islam.
Tuan Guru percaya pelbagai bahan bukti sejarah disembunyikan bagi menafikan bahawa Islam pernah menjadi kuasa pentadbir di rantau sebelah ini. Misalnya, nama Melaka itu, ada tertera dalam sebuah bangunan di Sepanyol (Malaka yang membawa maksud pertemuan pendakwah dan ilmuan) sedangkan yang kerap ditonjolkan Melaka itu asalnya daripada pokok Melaka.
Demikian juga penemuan orang Aceh keturunan Turki oleh kumpulan bantuan dari Turki selepas tragedi tsunami baru-baru ini membuktikan wujud hubungan erat antara empayar Melayu Lama seperti Aceh, Johor-Riau, Pattani dengan pusat pemerintah Islam ketika itu iaitu Khalifah Uthmaniyah yang berpangkalan di Istanbul.
Tuan Guru berkata, selepas pelbagai ekspedisi penjajahan, Barat akhirnya mengakui bahawa Islam tidak boleh dihapuskan selagi umat masih memiliki al-Quran dan Makkah sebagai tempat pertemuan tahunan (haji).
Katanya, kuasa Barat cukup gerun jika Islam dijadikan panduan dalam semua bidang kehidupan termasuk doktrin politik yang cita-citanya ialah mendirikan sebuah kerajaan Islam.
“Islam saja yang boleh memerdekakan manusia, ideologi bikinan akan menyebabkan manusia dijajah oleh makhluk,” katanya.
Tuan Guru mengambil sirah Nabi sebagai panduan; Nabi membebaskan kota suci Makkah bukan daripada tangan penjajah Inggeris, China, India atau Belanda, tetapi membebaskannya daripada cengkaman penguasa sebangsa.
Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan bahawa, “kita tidak lagi merdeka selagi Islam tidak memerintah.”
Menghalusi dan menghayati kata-kata Tuan Guru, menyerlahkan betapa kerdilnya diri apatah lagi untuk melakukan pengorbanan seperti disebutkan oleh Ustaz Abdul Ghani.
Bukan saja rasa tidak terdaya untuk bergerak ke arah matlamat perjuangan seperti diutarakan Tuan Guru Abdul Hadi, untuk membina rumah tangga yang berasaskan kehidupan Islam sepenuhnya pun dirasakan sukar sedangkan rumah tangga adalah medan pertama ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sebahagian besar kegagalan itu disebabkan oleh kurang ilmu dan faktor dominan lain ialah suasana persekitaran yang tidak kondunsif ke arah melahirkan masyarakat Islam syumul.
Sebagai contoh betapa sukar mengajar anak-anak akan kehidupan berpaksikan agama sedangkan ‘mata dan telinga’ mereka terbuka kepada unsur-unsur negatif melalui media massa – TV, akhbar, majalah, buku dan sebagainya.
Agak ketara idola anak-anak terbabas kerana mereka menjadikan penyanyi dan bintang pop sebagai panduan sedangkan jarang-jarang sekali, termasuk di kalangan orang dewasa, yang menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ‘role model’ masing-masing.
Pemimpin juga tidak menunjukkan contoh yang baik, jadi bagaimana dapat dilahirkan masyarakat yang baik.
Jika imam masjid saja (masa bertugasnya 10 minit setiap solat) dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’ sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala.
Itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini, buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata. Namun sebagai pendukung gerakan Islam, perjuangan wajib diteruskan sehinggalah ke tarikan nafas terakhir. Allahu-Akbar!
Sumber : Harakahdaily

Saturday, September 24, 2005

Serangan Terbaru Kafir Terhadap Rakyat Malaysia

Pelbagai cara orang-orang kafir berusaha untuk menundukkan aqidah umat Islam masa kini. Dalam keadaan masyarakat melayu islam sangat sempit di sudut ekonomi mereka dan berjiwa materialistik hasil didikan Barisan Nasional, orang-orang kafir datang menghulurkan bantuan dan tawaran istimewa yang menawarkan hadiah lumayan tetapi boleh merosakkan aqidah dan di humbankan ke dalam neraka. Cuba anda baca article ini :
Peluang jadi jutawan ala Guiness Malaysia
Beberapa hari lalu BLOG ini memuatkan kesungguhan sebuah syarikat arak tersohor di Malaysia yang berhasrat mempromosikan secara besar-besaran produk arak terbarunya.
Guiness dilaporkan akan berbelanja sehingga RM13juta bagi kerja-kerja promosi di Malaysia sahaja.
Hari ini dalam akhbar THE STAR terbit sebuah iklan Guiness yang pasti menarik perhatian ramai:
Jadi seorang jutawan. Cara-caranya beli 5 botol Guiness quart ataupun 10 botol Guiness pints, dan kumpulkan pelekat pada tudung-tudungnya. Kemukakan pelekat-pelekat tadi samada 5 ataupun 10 ke mana-mana kedai Magnum yang berdekatan dan anda boleh menikam satu nombor 4D pilihan yang berharga RM2. Disamping itu anda perlu mengisi borang penyertaan untuk berpeluang memenangi pula hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.
Kempen promosi menjadi jutawan ini dibuat sempena pelancaran Guiness Foreign Extra, stout terbaru keluaran Guiness. Buat pertama kalinya kita lihat gergasi industri maksiat arak dan judi bergabung untuk mengejar keuntungan besar.
Perhatikan tidak ada disclaimer ataupun larangan langsung yang mengatakan bahawa iklan ini dimaksudkan untuk masyarakat bukan Islam sahaja (atau barangkali sekarang dah tidak ada larangan). Bermakna ada yang boleh mengatakan bahawa promosi ini mengecualikan larangan berjudi dikalangan orang Islam yang dilekat di dinding-dinding premis Magnum di sekitar negara (kecuali Kelantan), kerana melalui promosi ini tiket 4D tidak dibeli tetapi diberi percuma.
Kesimpulannya inilah yang kita dapat, apabila Islam dijadikan sekadar alat apabila perlu dan penting sahaja. Apabila keperluan dan kepentingan tadi digerhanai dengan keuntungan dan kemewahan maka, Islam duduk disaf belakang. Kepentingan syarikat, ekonomi dan apa sahaja diletakkan disaf depan dan teratas.
Siapa tak mahu jadi kaya, tambahan dalam keadaan ekonomi yang kabur dan kusut ini. Lalu dimanakah letaknya maruah, kehormatan dan kesucian Islam?

Friday, September 23, 2005

TAUFAN RITA

Siapakah yang boleh menahan taufan Rita dari membunuh penduduk Texas dan memusnahkan kampung halaman mereka?

Jawapan : Allah

Renungan buat Bush dan sekutunya. Janganlah kamu merasa angkoh dan sombong di atas mukabumiNya.

PERSOALAN PUASA 1

1.Soalan
Assalamualaikum
Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-


.. وهي التي يستعملها من يشكو الإمساك - كل هذه الأمور أرى أنها لا تفطر،

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"


saya dah sedikit confuse. saya baca kat url bawah ni.perkara yang membatalkan puasa 10 perkara, dan salah satunya ialah memasukkan ubat melalui lubang qubul atau dubur. Tapi Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula kata tak membatalkan puasa. Sedikit penjelasan.

Terima kasih dengan jawapan yang sebelumnya. Jadi kalau berak batu yang najisnya macam tu tak membatalkan puasa la.

Jawab
Quote:
Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-


.. وهي التي يستعملها من يشكو الإمساك - كل هذه الأمور أرى أنها لا تفطر،

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"


Di atas itu adalah ijtihad syeikh Yusof al-Qaradhawi berdasarkan feqh tarjih.


Quote:
saya baca kat url bawah ni.perkara yang membatalkan puasa 10 perkara, dan salah satunya ialah memasukkan ubat melalui lubang qubul atau dubur
.


Di atas pula adalah hasil ijtihad para ulama syafi'iyah yg sudah tentu berdasarkan mazhab imam al-Syafi'i.


Quote:
saya dah sedikit confuse.


Terpulang kepada saudara mahu memilih pandangan ulama yang mana, samada dari mazhab syafi'i atau dari feqh tarjih.

Itu hanya perbezaan pendapat di kalangan ulamak sebagaimana yang biasa berlaku.



_________________
zain y.s™


2.Soalan Mimpi selepas terbit fajar
assalamualaikum ust,

Saya ada satu kemusykilan disini,bagaimanakah keadaan puasa seseorang itu jika dia tidur selepas terbit fajar dan bermimipi hingga keluar mani.kemudian dia terjaga sebelum waktu zuhur dan terus membersihakan dirinya.
Sekian terima kasih

Jawab,
wa'alaikumussalam

Puasa bagi mereka yang tidur disiang hari Ramadhan dan keluar mani semasa bermimpi tidaklah batal. Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Majmu' Fatawa (5/243) :-

"barangsiapa yang memikirkan mengenai seks dan keluar mani, atau bermimpi dan keluar mani, tidak membatalkan puasa, akan tetapi dimesti melakukan mandi janaabah, kerana Umm Sulaym bertanya baginda saw :'Apakah wanita perlu mandi jika bermimpi?', kemudian Nabi saw berkata ,'YA, jika ia berjumpa air'".

Menurut ibn Baaz lagi :-

"Bagi puasanya, ia adalah sah, kerana mimpi (lalu keluar mani) bukanlah sesuatu yang berlaku dengan pilihannya"

Kesimpulannya, Puasa seseorang yang keluar mani sewaktu tidur disiang hari sah, yang perlu dilakukan ialah mandi janaabah (wajib), kerana perkara ini adalah diluar kawalan seseorang. Wallahu'alam.

wassalam
---------------
Rujukan :-

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz. Majmu fatawa Samaahah Shiekh Abdul Aziz bin Baaz - 5. Dar Al-Watan, 1997. ms 243.

3.Soalan air masuk telinga.
Kalo telinga termasuk air, salah satu cara nak keluarkan air tu ialah dengan memasukkan sedikit air lain ke dalam telinga supaya air yang tersumbat dalam telinga tadi keluar, soalnya bolehkah time puasa kita buat begitu? Adakah kalo air termasuk ke dalam telinga (rongga), kita patut biarkan sahaja? kalo tak selesa?

Jawab,
al-ahkam tidak menafikan terdapat pendapat yg mengatakan apa sahaja yg masuk dalam rongga badan, sekalipun selain mulut dan hidung, adalah membatalkan puasa. Bahkan jika kite meneliti kitab2 fiqh, kita akan dapati perkara yg membatalkan puasa melebihi 50 perkara. Sehinggakan ada yg berpendapat jika seseorang itu sedang membuang air besar, tiba2 najis itu masuk semula ke dalam(mungkin kerana sembelit), maka batallah puasa. Kebykannya diqiaskan hidung hadis berikut kpd rongga yg lain:

“Sempurnakanlah wudhu’, usaplah sela2 jari tanganmu dan sungguh2lah ketika membasuh hidung kecuali engkau berpuasa.”[HR Abu Dawud, At-tirmidzi, Ibn Majah, An-Nasa’I, Ibn Hibban dan Hakim
Pertama sekali kita cuba lihat definisi puasa terlebih dahulu. Puasa menurut syara’ bermaksud menahan dan mencegah diri secara sedar dari makan, minum, bersetubuh dgn perempuan dan hal2 semisalnya, selama sehari penuh. Yakni dari kemunculan fajar hingga terbenam matahari dgn niat memenuhi perintah dan taqqarub kpd Allah swt. Dalilnya:

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan istri-istri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu ber-i'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” (QS. 2:187)

[color="darkblue"]“Dia meninggalkan makanannya keranaKu, menginggalkan minumannya krnKu, meninggalkan syahwatnya krn Ku dan meninggalkan isterinya krnKu.”[HR Ibn Khudamah]

Sekrang kita cuba teliti pula hadis mengenai istinsyaq(masukkan air ke dlm hidung) di atas. Hadis di atas tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun Bukhari ada meriwayatkan hadis y lebih kurang sama tetapi tidak terdapat ayat; “kecuali engkau berpuasa.” Bahkan Bukhari berpendapat, tidak dibezakan antara puasa ataupun tidak.

Sebhgn fuqaha berpendapat memasukkan air kedalam hidung sekalipun secara berlebihan, tidaklah membatalkan puasa. Ini merupakan pendpt Hasan al-Bashri, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.

Sekalipun kita menerima pendpt istinsyaq itu membatalkan puasa, apakah boleh dia diqiaskan kpd rongga2 yg lain. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam mengatakan tidaklah boleh diqiyaskan hidung dgn rongga yg lain. Krn illatnya tidak sama. Masuknya air ke dalam hidung membolehkan seseorang itu kenyang krn berhubungnya antara mulut dan hidung. Adapun telinga tidak. Kalau kita memasukkan air ke dalam telinga, tidak akan sampai ia ke dalam perut. Lagipun dalam hal ibadah, asalnya kita berpedoma kpd nas, tidak memperluaskan analogi, sedangkan hadis ini datang bertentangan dgn prinsip asal persoalan puasa. Ini juga merupakan pendapat Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kesimpulannya, memasukkan sesuatu ke dalam telinga tidak membatalkan puasa. WA.

Sumber : Al Ahkam


Thursday, September 22, 2005

NASIB MELAYU ERA PEMERINTAHAN BN

oleh tshirtprinter
Apabila saya terbaca kenyataan akhbar oleh exco kerajaan negeri Melaka Dato' Poh Ah Tiam bahwa non bumiputera boleh membeli rumah yang diperuntukkan kepada bumiputera yang belum terjual sebanyak kira-kira 20% dari 1055 unit rumah bernilai RM 130 juta,....saya merasa sedih.
Timbul berbagai pertanyaan dan antaranya ialah mengapa orang melayu tidak mahu membeli rumah tersebut sedangkan berapa ramai umat melayu malaysia ni yang inginkan rumah sendiri. Sejenak saja berfikir..maka apa yang saya rumuskan adalah inilah nasib melayu di zaman pemerintahan Barisan Nasional. Merempat di negara sendiri!.
Bukan mereka tak mahu beli, mereka tak boleh beli!!Mereka tidak ada wang untuk beli rumah tersebut! Begitulah punya sengkek masyarakat Melayu yang sedang menuju wawasan 2020. Setakat rumah kos rendah pun belum tahu boleh beli.
Fikirlah saudaraku. Begitulah stail pemerintahan kerajaan BN. Umno buat apa selama ini??? Kata nak bela melayu??? Habis apa dah jadi sekarang ?? Fikir-fikirkan........
P/s : Inikah pemimpin pilihan saudara??..sedih...

Presiden Pas Bersuara.


Ustaz Hadi jelaskan isu Mawi di London
Thursday, September 22 @ 12:14:17 MYT
Oleh ABU ZAED dari London
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkesempatan singgah di UK selepas program jemputan yang dihadiri di Bosnia sempat mengadakan sesi soal jawab di sini bersama penyokong dan pendokong PAS.Mengulas isu Mawi dan hiburan, beliau menyebut bahawa Islam tidak mengharamkan secara mutlak serta tidak pula menghalalkan secara mutlak hiburan.
Ia dibenarkan selagi tidak melalaikan dan tidak menimbulkan perkara haram hasil daripadanya.
Beliau mengambil contoh dari surah As-Syu'ara yang pada penghujungnya menggambarkan para penyair itu mudah cenderung kepada perkara sesat dan melalaikan melainkan orang yang beriman.
Rasulullah s.a.w. membenarkan Hassan bin Tsabit untuk bersyair bagi melawan para penyair yang merosakkan dan menentang Islam.
Ikut garis panduan
Di Kelantan, setiap langkah yang diambil adalah untuk memastikan hiburan yang dianjurkan mengikut garis panduan yang sedia ada sebagaiman yang dianjurkan oleh Islam.
Ini termasuk mengasingkan lelaki dan perempuan, mengadakan solat Maghrib sebelum program dan membawa lagu-lagu yang berbentuk nasyid.
PAS menentang Akademi Fantasi yang bukan setakat mengaut keuntungan hasil dari program tersebut tetapi untuk mempunyai agenda untuk merosakkan muda mudi Islam.
Beliau mengatakan, Mawi yang baru menceburi bidang hiburan perlu dibimbing. Kegusaran yang bidang hiburan ini boleh menjuruskan Mawi kepada kelalaian ini turut dikongsi oleh keluarga Mawi.
Sebenarnya isu ini sengaja ditimbulkan oleh media untuk menutup isu-isu yang lebih besar termasuk isu rasuah, isu AP dan pelbagai lagi kelemahan di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.
Komen Shahidan Kassim
Mengulas komen dari Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim, beliau menyebut, bagi PAS, bukan sahaja bulan Ramadhan, malam Jumaat atau hari-hari tertentu sahaja.
Hiburan yang melalaikankan ini perlu diharamkan di bulan-bulan lain juga dan itulah pendirian PAS selama ini.
Umno hanya menghormati bulan Ramadhan tetapi membiarkan maksiat berleluasa pada waktu-waktu lain. Pendekatan yang dibawa PAS jauh berbeza dengan hiburan yang dibenarkan oleh Umno.
Beliau turut memuji langkah yang diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan negeri, sebagai langkah yang bijak untuk menangani sensitiviti golongan remaja termasuk anak-anak orang PAS sendiri tetapi pada masa sama membezakan hiburan yang dibenar dan dilarang oleh Islam. - um
Sumber : Harakahdaily

Tuesday, September 20, 2005

SAYA TIDAK MEMIHAK KE MANA-MANA - MAWI


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh)-Pengamal media hari ini terkejut apabila Mawi mengumumkan "Saya tidak berpihak ke mana-mana pihak, saya neutral" dalam majlis perisytiharan "Mawi masuk Putera Umno" di Pejabat Umno. Ia berlaku pagi ini di pejabat Putera Umno di PWTC.
Media diberitahu, hari ini ada majlis perisytiharan penyertaan Mawi ke dalam Putera Umno di pejabat Putra Umno, bangunan PWTC.
Hampir kesemua media utama diberitahu tentang majlis ini dan mereka dijemput untuk membuat liputan.
Seorang editor memaklumkan kepada Harakahdaily mengenai perkara ini dan pihaknya juga menghantar pasukan khas untuk membuat liputan majlis tersebut.
Tetapi apabila dihubungi kemudian, editor berkenaan memberitahu, "Bukan isytihar masuk Putera Umno, Mawi isytihar dia tidak berpihak ke mana-mana pihak dan neutral."
Apabila ditanya apakah Mawi mengumumkan sikapnya itu di depan wartawan, editor itu menjawab "Ye lah...depan kamera TV lagi."
Neutral
Sementara itu, para peminat Mawi yang datangnya dari pelbagai latar belakang mengharapkan Mawi tidak memihak ke mana-mana kumpulan atau parti politik kerana itu akan mengganggu kariernya.
Mereka tahu, Umno khasnya Putera Umno dari awal lagi cuba untuk memikat Mawi tetapi dengan jawapan Mawi itu, ia melegakan peminatnya. -ZS
PS - UMNO berniat jahat.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2005


Satu seminar menjawab soalan SPM akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 23, 24, dan 25 September 2005
Masa : 23 Sept 2005 ( 2.30 petang pendaftaran )
: 25 Sept 2005 ( 11.30 Pagi Bersurai )
Tempat : SMU (A) Ar Rahmah
: Solok Gaung Ayer Molek
: Melaka
Anjuran : Jabatan Pembangunan Remaja DPPKJ
Bayaran : RM 25
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Sdr. Azman di talian 017-6303854 atau Ust. Zul 012-6228458
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

Monday, September 19, 2005

IKLAN ARAK CARLSBERG DI TROLI TESCO MELAKA

oleh tshirtprinter (melaka)
Umat Islam di negeri ini khususnya diingatkan supaya berhati-hati apabila menggunakan troli di pasaraya TESCO. Ini kerana sesetengah troli tersebut dilengkapi dengan iklan arak. Hal ini samalah dengan apa yang berlaku di pasaraya carrefour.
Seorang pengunjung pasaraya tersebut berkata peristiwa ini agak malang kerana pihak pengurusan dilihat tidak peka dengan orang Islam yang datang berbelanja di sini. Apa akan jadi jika seorang pak aji ke yang tidak perasan dengan iklan itu terus aje menyorong troli tersebut? Bukankah ia menimbulkan fitnah.
Senario ini menunjukkan seolah-olah benda-benda haram sudah tidak lagi menjadi larangan atau ianya sudah menjadi kebiasaan kepada kehidupan umat Islam hari ini.
Kadang -kadang timbul pelbagai persoalan dalam hal ini. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengawal keadaan ini. Kerajaan ke?
Jika kerajaan BN yang bertanggungjawab maka bertanggungjawablah! apatah lagi dengan promosi Islam Hadhari nya yang nampak macam ye ye aje! Atau Islam Hadhari bohong belaka?
Peliharalah kesucian Islam. Janganlah membiarkan orang-orang kafir memperkotak katikkan ajaran Islam.
p/s ; Membangun Bersama Islam

Saturday, September 17, 2005

MUZIK PRO DAN KONTRA

Sehubungan dengan isu MAWI ni yang telah 'MENGGEGARKAN'!!!, tentu sekali telah melahirkan pandangan yang berbeza-beza, baik dari sudut IJTIHADI pemimpin, halal-haram, 'world' hari ini dan macam-macam hal lagilah, eloklah disiarkan artikel ni. Agak menarik juga.
Diantara isi kandungan artikel tersebut ialah :
1. MUQADDIMAH
2.MANUSIA DAN SENI
3.BUKU-BUKU KARANGAN ULAMA’-ULAMA’ TENTANG MUZIK DAN NYANYIAN
4.JENIS-JENIS ALAT MUZIK
5.HUKUM ALAT-ALAT MUZIK DI DALAM KHAZANAH ULAMAK SILAM
6.BERSAMA ABU HAMID AL-GHAZALI
7.PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK MASA KINI TENTANG MUZIK
8.KESIMPULAN DAN PENDAPAT YANG RAJIH (TERPILIH)
Sila klik Di sini
sumber : www.hasrizal.com dan saifulislam.com
p/s : semoga memberi manfaat

Friday, September 16, 2005

BERITA YANG MENYAYAT HATI!

Mahkamah benarkan siasat status agama bekas ustazah
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan peguam bela seorang bekas ustazah yang dituduh murtad supaya siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada wanita itu masih beragama Islam atau sebaliknya.
Hakim Muhammad Abdullah ketika membuat keputusan itu berkata, siasatan terhadap status Kamariah Ali, 54, perlu dilakukan kerana perbicaraan di mahkamah itu tidak boleh dijalankan terhadap tertuduh yang bukan beragama Islam.
"Jika benar dakwaan bahawa dia (Kamariah) telah murtad, maka Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa bagi meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh yang bukan beragama Islam,'' ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan tersebut.
Terdahulu, peguam yang mewakili Kamariah, Wan Mohamed Haidi Wan Jusoh mengemukakan usul agar satu siasatan dijalankan bagi menentukan status agama anak guamnya itu.
Menurutnya, ini disebabkan Kamariah secara konsisten telah mengisytiharkan bahawa dirinya telah keluar daripada Islam sejak tahun 1998.
Wan Mohamed Haidi berkata, ini berpandukan kepada nota prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan yang menunjukkan bahawa Kamariah pernah cuba untuk keluar daripada agama tersebut.
Kamariah, salah seorang pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin, didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengaku bukan Islam, yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan telah keluar daripada Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 12.50 tengah hari 21 Julai lalu semasa di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut.
Sementara itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mokhtar Salleh berkata, disebabkan usul itu dibuat secara mengejut, beliau memohon diberikan masa bagi menjalankan siasatan terperinci terhadap status agama Kamariah.
Berikutan itu, Hakim Muhammad menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan pihak pendakwa mengemukakan hujahnya.
Sumber : Utusan Malaysia
p/s : Islam Hadhari tiada kuasa.!!!!! bertentangan dengan Islam sebenar!!!

Wednesday, September 14, 2005

Pelanggan Islam iklankan arak di pasaraya Carrefour tanpa upah


Carrefour tidak sensitif aduan pelanggan Islam

Oleh Zulkifli Mohamed
http://www.malaysia-today.net/blog/2005/09/carrefour-tidak-sensitif-aduan.htm

SEBERANG JAYA: Ramai pelanggan Islam kesal terhadap pengurusan pasar raya Carrefour di sini kerana mengabaikan sensitiviti pelanggan Islam apabila mengiklankan suatu jenama arak di troli yang digunakan oleh para pelanggan pasar raya tersebut.

Tindakan itu dianggap tidak menghormati sensitiviti para pelanggan Islam yang menggunakan troli berkenaan ketika membeli-belah di pasar raya itu.

Lebih dikesalkan, beberapa orang kakitangan pasar raya tersebut yang enggan nama mereka disiarkan menjelaskan perkara itu telah berlanjutan hampir sebulan lalu walaupun mendapat bantahan daripada pelanggan Islam.

Tinjauan Malaysia Today semalam, mendapati iklan arak jenama ‘Carlsberg’ jelas terpampang di bahagian depan, kiri dan kanan troli berkenaan.

Seorang pelanggan yang ditemui Mohd Yusof Mansor, 26, berkata pengurusan Carrefour perlu lebih prihatin dan memahami sensitiviti pengguna Islam.

“Sebagai pengguna Islam, saya kesal dengan pihak pengurusan kerana hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira perasaan pelanggan Islam.

“Kita faham hak mereka untuk mengaut keuntungan melalui iklan, tetapi apabila melibatkan iklan produk yang diharamkan oleh Islam, perkara ini tidak wajar melibatkan pengguna Muslim,” katanya yang menetap di Kubang Ulu.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kerajaan kita sedang giat menerapkan
prinsip Islam Hadhari dalam kehidupan rakyat,” tambahnya tegas.

Sementara itu, hasil tinjauan mendapati ramai pengguna Islam tidak menyedari kewujudan iklan tersebut di troli yang mereka sedang gunakan.

Ismail Hashim, 53, yang ditemui Malaysia Today agak terperanjat apabila dimaklumkan bahawa troli yang digunakannya mempamerkan iklan arak.

“Mana boleh buat macam ni, pakcik tak mahu bersubahat sama. Kalau buat macam ni terasa kita ikut bersubahat promosi arak.

“Janganlah buat cara ni, kalau nak iklan pun buatlah cara lain yang tidak melibatkan pelanggan Islam,” katanya yang sering membeli belah di pasar raya itu bersama keluarganya.

Selain jenama arak, produk lain turut diiklankan di troli tersebut.

Mengulas perkara itu, Cik Jane, Setiausaha Pengurus Cawangan berkenaan yang dihubungi Malaysia Today, memaklumkan pihaknya terikat dengan syarat-syarat perjanjian pengiklanan yang termeterai dengan syarikat berkenaan.

“Perjanjian itu akan tamat pada November depan,” jelasnya yang mengakui telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan berkenaan hal tersebut.

“Buat masa sekarang, pihak kami hanya dapat mengasingkan troli-troli berkenaan untuk kegunaan pelanggan Islam dan bukan Islam,” jelasnya

Pengurus Cawangan, Encik Boon Eow gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.


Layari http://rozmal.blogspot.com
sumber : Melayucyber

STOP CLONING!!! SEE THE RESULT OF HUMAN PLAYING GOD





INSAFLAH MANUSIA!!!

Mari Kita Berhijrah Bersama Mereka Ke Mazhab Salaf : Syeikh Saiyid Rasyid Redha


Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asy'ari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh.

Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.



Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus, Syam.
Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w.

Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru.

Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
(Ruj: http://www.alwahabih.com/121.htm)

Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2:

"Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan
memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya.

Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yg mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yg tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yg jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yg saleh, genarasi terbaik...."

Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bid'ah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105).

Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

محمد رشيد رضا صاحب المنار، �?ي مصر، وهو الذي ساهم �?ي نشر كتب الشيخ
(Ruj: http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/005404.html)

Di samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. �?Antaranya ialah tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

قول الشيخ رشيد رضا - رحمه الله - �?ي تقديمه لكتاب (صيانة الإنسان عن وسوسة دحلان): "كنا نسمع �?ي صغرنا أخبار الوهابية المستمدة من رسالة دحلان هذا وأمثاله �?نصدقها بالتبع لمشايخنا وآبائنا، ونصدق أن الدولة العثمانية هي حامية الدين ولأجله حاربتهم وخضدت شوكتهم، وأنا لم أعلم بحقيقة هذه الطائ�?ة إلا بعد الهجرة إلى مصر والاطلاع على تاريخ الجبرتي، وتاريخ الاستقصاء �?ي أخبار المغرب الأقصى �?علمت منهما أنهم هم الذين كانوا على هداية الإسلام دون مقاتليهم، وأكده الاجتماع بالمطلعين على التاريخ من أهلها، ولا سيما تواريخ الإ�?رنج الذين بحثوا عن حقيقة الأمر �?علموها وصرحوا أن هؤلاء الناس أرادوا تجديد الإسلام وإعادته إلى ما كان عليه �?ي الصدر الأول، وإذا تجدد مجده وعادت إليه قوته وحضارته، وأن الدولة العثمانية ما حاربتهم إلا خو�?اً من تجديد ملك العرب وإعادة الخلا�?ة الإسلامية سيرتها الأولى..." إلى أن قال: "ثم اطلعت على أكثر كتب الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله و�?تاويه، وكتب أولاده وأح�?اده، ورسائلهم ورسائل غيرهم من علماء نجد �?ي عهد هذه النهضة التجديدية �?رأيت أنه لم يصل إليهم اعتراض ولاطعن �?يهم إلا وأجابوا عنه، �?ما كان كذبا عليهم قالوا: سبحانك هذا بهتان عظيم، وماكان صحيحاً أو له أصل بينوا حقيقته وردوا عليه.

وقد طبعت كتبهم، وعر�? الألو�? من الناس أصل تلك الم�?تريات عنهم، ومن المستبعد جداً أن يكون الشيخ أحمد دحلان لم يطلع على شيء من تلك الكتب والرسائل، وهو �?ي مركزه بمكة المكرمة على مقربة منهم �?إن كان قد اطلع عليها ثم أصر على ما عزاه إليهم من الكذب والبهتان ـ لاسيما ما ن�?وه صريحاً وتبرؤوا منه ـ �?أي قيمة لنقله ولدينه ولأمانته، وهل هو إلا ممن باعوا دينهم بدنياهم... وإذا �?رضنا أن الشيخ أحمد دحلان لم ير شيئاً من تلك الكتب والرسائل، ولم يسمع بخبر عن تلك المناظرات والدلائل، وأن كل ما كتبه �?ي رسالته قد سمعه من الناس وصدقه أ�?لم يكن من الواجب عليه أن يتثبت �?يه ويبحث ويسأل عن كتب الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله ويجعل رده عليها... إن علماء السنة �?ي الهند واليمن قد بلغهم كل ما قيل �?ي هذا الرجل �?بحثوا وتثبتوا وتبينوا كما أمر الله - تعالى - �?ظهر لهم أن الطاعنين �?يه م�?ترون لا أمانة لهم، وأثنى عليه �?حولهم �?ي عصره وبعد عصره وعدّوه من أئمة المصلحين المجددين للإسلام، ومن �?قهاء أهل الحديث كما نراه �?ي كتبهم ولا تسع هذه المقدمة لنقل شيء من ذلك" ا.هـ.
(Ruj: http://www.almoslim.net/Moslim_Files/dawah/show_article_main.cfm?id=370)

Antara isinya, beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan pembohongan-pembohongan dan fitnah-fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Di mana di sini beliau telah mengkaji mengenai gerakan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah dan fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulama-ulama Najd.

Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, beliau membuat kesimpulan:
1. Tidak ada satupun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas syeikh melainkan dusta dan fitnah.
2. Zaini Dahlan dan musuh-musuh syeikh merupakan orang yang tidak bertanggujawab dan tidak amanah. Samada kerana tidak tahu tentang hakikat dakwah syeikh ataupun sebab-sebab lainnya.

Syeikh al-Albani sendiri mula meminati bidang hadis kesan dari membaca majalah al-Manar terbitan beliau:

�?تعلم الحديث �?ي نحو العشرين من عمره متأثراً بأبحاث مجلة المنار التي كان يصدرها الشيخ محمد رشيد رضا (رحمه الله) و كان أول عمل حديثي قام به هو نسخ كتاب " المغني عن حمل الأس�?ار �?ي تخريج ما �?ي الإحياء من الأخبار" للحا�?ظ العراقي (رحمه الله) مع التعليق عليه

(Ruj: http://www.islamway.com/?iw_s=Scholar&iw_a=info&scholar_id=47)
zain y.s
sumber : Alahkam

Bolasepak Persahabatan.






Gambar di sekitar pelawanan bolasepak persahabatan.

MANA KEUNTUNGAN PETRONAS?

Kita nak tanya kepada Kerajaan Barisan Nasional, Betul ke Petronas untung SEBANYAK!!!! ni? Kalau betul, kemana pergi untung nye? Belalah rakyatmu.

Tahun Keuntungan
2003 RM 24.32 Bilion
2004 RM 37.40 Bilion
2005 RM 58.03 Bilion

Saturday, September 10, 2005

TANGGUNGJAWAB UMAT TERHADAP JIHAD


Oleh : Ustaz Mohd Asri b Zainul Abidin
Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1


Huraian

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):

"Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar" *2

Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah ayat-ayat berikut:

Firman Allah :

(maksudnya): "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:

(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan".

Ayat-ayat ini dan beberapa ayat-ayat lain adalah jelas menunjukkan peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran. Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan (maksudnya):

(maksudnya) : "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Al-Imam al-Tabariy (wafat 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata: "Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan semua agama. Ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya "orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu" merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian" *3

Perang jihad bukanlah fardu `ain pada setiap masa. Pendapat yang kuat ialah jihad hukumnya fardu kifayah. Ini adalah pendapat (jumhur) majoriti para fuqaha. Dalil mereka ialah firman Allah:

Maksudnya:
"Tidaklah sama kedudukan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) di kalangan orang-orang yang beriman tanpa keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Setiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan al-husna (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar."

Dalam ayat ini Allah menjanjikan untuk golongan mujahidin dan juga mereka yang tidak pergi berperang dengan balasan al-husna iaitu syurga. Sedangkan tidak mungkin seseorang yang melanggar arahan Allah tidak akan dijanjikan syurga. Ini menunjukkan mereka yang tidak pergi berperang adalah tidak berdosa. *5

Firman Allah juga:

Maksudnya:"Dan tidak sepatutnya mereka yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga." *6

Di sisi jumhur (majoriti) ulama, dalil-dalil ini menunjukkan bahawa al-jihad al-qitali atau berperang di jalan Allah bukannya fardu `ain, sebaliknya ianya adalah fardu kifayah.

Namun begitu para ulama kesemuanya bersepakat bahawa dalam beberapa keadaan tertentu, jihad yang fardu kifayah tersebut bertukar menjadi fardu `ain. Keadaan-keadaan itu ialah:

Keadaan Pertama:

Apabila tanahair umat Islam diserang oleh musuh. Ketika itu jihad menjadi fardu `ain. Tiada beza dalam keadaan ini samada yang tua dan muda. Kewajipan ini terlebih dahulu, mesti dilaksanakan oleh penduduk yang diserang oleh musuh. Kemudiannya ke atas penduduk muslimin yang berjiran dengan mereka -jika pertolongan mereka diperlukan-. Seterusnya ke atas seluruh umat, jika mereka diperlukan untuk menyelamatkan nrgeri tersebut. Kata al-Imam al-Nawawiy (wafat 676H):

"Jihad itu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atas yang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa. Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`iy) jihad pada hari ini (pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerang sesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ain ke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke atas penduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya" *7

Kata al-Jasas (wafat 370H): "Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin" *8

Ini semua di atas dasar umat Islam adalah bersaudara. Sempadan geografi dan politik tidak boleh untuk memisah persaudaraan yang dibina di atas akidah dan tauhid.

Keadaan Kedua:

Apabila pemerintah memilih dan menentukan individu atau golongan tertentu untuk pergi berperang, maka wajib mereka mentaatinya. Ianya menjadi fardu `ain ke atas mereka. Ini berdasar firman Allah yang kita sebutkan di awal tajuk:

(maksudnya)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih sukakan kehidupan dunia melebihi akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi berperang pada jalan Allah (membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." *9.

Juga dalam riwayat daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w bersabda:

(maksudnya)"Tiada lagi hijrah (dari Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintah untuk berperang, maka berangkatlah". *10

Adalah perlu diingatkan bahawa apabila pemerintah muslim meminta rakyat berjihad bersamanya menghadapi kuffar maka wajib mereka mentaatinya tanpa perlu melihat kepada peribadi pemerintah samada dia seorang yang adil atau zalim. Ini kerana persoalan menentang musuh-musuh Allah demi mempertahankan agama adalah kewajipan yang tidak terhenti atau terbatal hanya disebabkan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah. Apabila rakyat pasti apa yang diajak oleh sesebuah pemerintahan itu benar-benar jihad yang dituntut oleh Islam, maka wajib menyahut seruan tersebut sekalipun sebelum ini pemerintah itu bukan seorang yang baik. Demikian juga apabila pemerintah mengajak kepada sesuatu kebaikan maka tidak perlu dipertikaikan keperibadiannya dalam memberikan ketaatan. Inilah perkara yang diingatkan oleh para ulama sejak dahulu lagi iaitu; umat wajib mentaati pemerintah yang muslim dalam persoalan kebaikan dan kebajikan. Antaranya al-Imam Abu Daud (wafat 275H) memasukkan dalam sunannya iaitu Sunan Abi Daud di dalam Kitab al-Jihad bab Fi al-Ghazw ma`a aimmah al-Jaur (bab mengenai berperang bersama dengan pemimpin-pemimpin yang zalim). Kata al-Khattabiy (wafat 388H):

"Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama-sama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ianya wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya" *11.

Demikian juga kata al-Imam Abu Uthman al-Sabuni (wafat 449H):

"Ashab al-Hadith (ulama hadith) berpegang bahawa hendaklah bersolat jumaat, hariraya dan selainnya di belakang pemerintah yang muslim, samada dia (pemerintah tersebut) seorang yang baik atau jahat. Juga ashab al-hadith (ulama hadith) berpegang bahawa kewajipan jihad menentang kuffar bersama dengan pemerintah sekalipun mereka itu zalim dan jahat" *12.

Keadaan Ketiga

Ketika bertembung antara tentera Islam dan kuffar atau apabila tercetus peperangan. Ketika itu haram bagi sesiapa yang berada di medan tempur lari meninggalkan medan. Ianya menjadi fardu `ain ke atas diri tentera yang berada di medan untuk turut berperang bersama dengan para pejuang yang lain. Haram sesiapa pun berpaling dan lari meninggalkan medan perang. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya." (Surah al-Anfal: ayat 45).

Sabda Nabi s.a.w:

(maksudnya)"Wahai manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayangan pedang" *13

Sabda baginda juga:

"Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik, yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan zina serta beriman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ternyata lari dari medan tempur adalah kesalahan yang besar di sisi agama kerana meninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketika peperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yang lain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akan merosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain. Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. *15

Apabila jihad menjadi fardu `ain ke atas seorang muslim maka dia wajib menyertainya atau berhasrat menyertai jika dia tidak mampu.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H):

"Jihad itu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asas diperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikad tentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadi fardu `ain kepadanya. Justeru itu Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)". *16

Pengajaran Semasa

1. Umat Islam hari ini adalah bertanggungjawab untuk membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia. Jihad dalam peringkat sebegini boleh mencapai ke peringkat fardu `ain, terutama ke atas bahu para pemerintah umat.

2. Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita hendak berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.

3. Antara tanda umat Islam berazam membela saudara mereka yang tertindas ialah dengan cara membina kekuatan persenjataan negara-negara umat Islam dan memastikannya berada di tangan mereka yang berhasrat membela umat.

--------------

*1 - Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad.

*2 - Al-Zurqani, Syarah al-Zurqaniy `ala Muwatta’ al-Imam Malik (Beirut, Dar al-Kutub al-`iIlmiyyah, 1411H) 3/3.

*3 - Muhamamad Ibn Jarir al-Tabariy, Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aiy al-Quran (Dar al-Fikr, Beirut) 28/66.

*4 - Surah al-Nisa’ 95

*5 - Dr. Abu Syariah, Nazariyyah al-Harb, m.s. 109, cetakan: Maktabah al-Falah, Mesir

*6 - Surah al-Taubah: 122.

*7 - al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut

*8 - Ahkam al-Quran, 4/312.

*9 - Surah al-Taubah 38-39

*10 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

*11 - al-Khattabiy, Ma`alim al-Sunan, 2/ 357, cetakan: Dar al-Ma’rifah, Beirut

*12 - Abi Uthman al-Sabuni, `Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith, m.s. 106, cetakan: M. al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah.

*13 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

*14 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

*15 - lihat: al-Kabair, m.s. 70, cetakan: Dar al-Nadwah, Lubnan
Sumber al ahkam

Friday, September 09, 2005

KADAR KENAIKAN HARGA PETROL

Insyaallah, mudah difahami..

sebelum 90 - RM 0.89
tahun '90 - RM1.1.0 (kenaikan RM0.21)
01/10/'00 - RM 1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/'01 - RM 1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/'02 - RM 1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/'02 - RM 1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/'03 - RM 1.35 (kenaikan RMo.o2)
01/05/'04 - RM 1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/'04 - RM 1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/'05 - RM 1.52 (kenaikan RM0.10)
31/07/'05 - RM 1.62 (kenaikan RM0.10)

Peratus kenaikan 1990 - 2005 : 82.02%

Jika anda mempunyai kereta yang mampu diisi sebanyak 40 liter minyak petrol, bermakna anda perlu membelanjakan sebanyak RM 64.80 pada hari ini berbanding RM 48.00 pada 1 Oktober 2000. Anda terpaksa membelanjakan tambahan RM 16.80 setiap kali anda mengisi petrol satu tong!

...kalaulah anda mengisi 2 tong sebulan bermakna tambahan RM 16.80 x 2.........

Kalau setahun...?

Cover ke cukai jalan?

Thursday, September 08, 2005

Nilai RM 5 (Insaflah kita)

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut. Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!
Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."
Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.> >> >> >>
Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ . Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus .
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?"
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang
Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
renungkan
Sumber: Panoramaku.

Disko Milik Pemimpin Umno Melaka Cetus Kemarahan Penduduk, DAP

Oleh OMAR SAIDI
MELAKA, 7 Sept (Hrkh) - Kewujudan sebuah disko yang turut menjual arak milik seorang pemimpin Umno Melaka telah menimbulkan kemarahan penghuni dan penduduk di sekitar Jalan Laksamana Melaka, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Disko itu yang beroperasi sehingga jam 2.00 pagi itu terletak di Bangunan Merah yang telah diwartakan sebagai kawasan bersejarah, katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh wakil Harakahdaily di pejabatnya petang kelmarin.
Guan Eng berkata: "Kenapa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) boleh meluluskan lesen disko tersebut yang terletak di kawasan bangunan bersejarah."
Apa yang menghairankan, dakwa Guan Eng, lesen yang telah diluluskan oleh MBMB itu adalah kepunyaan salah seorang pimpinan Umno peringkat Negeri Melaka.

Guan Eng berkata bangunan yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah termasuk bangunan yang digunakan sebagai tempat disko telah diubah suai dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.

Beliau berkata setahunya agama Islam melarang orang Islam minum dan menjual arak, oleh itu beliau bertanya apakah Islam Hadhari Dato' Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri) berbeza dengan Islam Hadhari PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata kawasan bersejarah rumah kedai yang telah diisytiharkan tempat bersejarah tidak sesuai dijadikan tempat disko dan tari menari, apalagi tempat tersebut didiami oleh peniaga di situ.

Ketika tinjauan wakil Harakahdaily bersama-sama Guan Eng, seorang penduduk V Ashveen, 32, yang ditemui berkata beliau amat kesal kerana pihak-pihak yang terbabit tidak peka terhadap penghuni di kawasan sekitar.
Katanya lagi, keluarga beliau telah menetap di kawasan itu sudah hampir 50 tahun dengan menjalankan perniagaan tanpa ada apa-apa gangguan.

Kata beliau disko tersebut beroperasi sehingga jam 1.00 pagi pada hari biasa dan pada hari Sabtu dan Ahad beroperasi sehingga jam 2.00 pagi.
"Bunyi bising yang teramat kuat mengganggu penduduk di sekitar yang sedang tidur, kata beliau.
"Apa yang dikesalkan kadang-kadang mereka yang mengunjungi disko tersebut meletakan kenderaan mereka di sebelah kiri dan kanan jalan yang mengganggu lalu lintas," kata Ashveen.

Katanya, laporan telah dibuat kepada pihak polis, Majlis Bandaraya dan Jabatan Agama Islam tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang telah dilakukan.

"Di mana letaknya moral seorang Ketua Menteri Umno yang membiarkan orang Islam Umno diberikan lesen perniagaan disko yang menjual arak?" tanya Guan Eng.

Tambahnya, petugas balai polis yang berhampiran tempat tersebut seolah-olah memejamkan mata dan memekakkan telinga apa yang berlaku terhadap disko tersebut yang dimiliki oleh orang kuat Melayu Umno, katanya.

Beliau berharap MBMB dan Jabatan Agama Islam bertindak tegas kepada pengusaha disko tersebut berbangsa Melayu beragama Islam. - lanh
Sumber : Harakahdaily

Aktiviti Setempat

oleh Karim Setiausaha PAS Kaw. Jasin

Program Khenduri Syaaban

Tarikh : 18. 9. 2005

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Markas UPU Parit Putat

Anjuran PAS Cawangan Pekan S. Rambai

Dijemput Hadir.

Tuesday, September 06, 2005

RILEKS SEKEJAP

Aku Terpedaya.
oleh Khai
Assalamualaikum
Aku sibuk mencari- cari dalil dan perbahasan berkenaan bagaimana sebenarnya rupa pakaian Rasulullah . Lengan bajunya pendek kepanjang , ada berbutang ditengah ke tidak. Pakai jubah ke seluar , ada corak ke tidak ...Jenuh aku menyelak kitab-kitab , buku-buku dan laman web yang membicarakan topik-topik berkenaan. Kekadang agak meletihkan , tapi nak tau punya pasal aku teruskan pencarian . Banyak jugak yang aku dapat maklumat... Tiba - tiba anak aku mengacau semasa aku sedang mencari topik-topik berkenaan di internet . Picit sana, picit sini... akhirnya anak aku tu juga mendapat picitan cap tangan dan maki hamun aku. Meraung - raung anak- anak aku tu... Aku tepedaya.... Aku sibuk mencari cara pakaian Rasulullah tapi aku lupa .... Pakaian Rasululah yang lebih utama adalah akhlaknya - menyayangi anak-anak baginda. Ampunilah aku ya Allah...

sumber al ahkam


Sunday, September 04, 2005

MENCARI TUHAN?

Di sini saya forwardkan beberapa perbincangan yang boleh diambil pengajaran.
--- blacks_forest wrote:
> assalammualaikum
> saya bru join group ini krn saya nk cri ketenangan
> dlm hdup..
> wlupn saya pljr sek agama, tp saya blum jpe hdup
> brsma tuhan..
> kdg2,saya wt kemungkaran utk cri Tuhan..
> bnrkh tindakan saya?
> mcm mn nk cri Tuhan yg sebenarnye?


From: Rabuan Sulaiman
> Date: Sat Sep 3, 2005 7:04 pm
Subject: Mencari tuhan ... (1)



Diharap beberapa pandangan ini dapat membantu sdra.Apabila kita merasa ingin mencari tuhan, ada baiknya kita cuba fahamkan apa yang dimaksudkan dengan perkataan "tuhan" itu dahulu. "ilah" didalam bahasa Arabnya yang sering kita terjemahkan sebagai "tuhan"didalam bahasa Melayu atau "god" didalam bahasa Inggeris mempunyai maana yang tertentu. InsyaAllah, dengan fahaman yang jelas akan masud illah atau tuhan, kita akan dapat meletakkan diri kita kepada tempat yang betul didalam hal ini.
Secara amnya, "illah" atau tuhan boleh dimaksudkan sebagai pujaan, sembahan, yang ditakuti, yang diikuti, yang ditaati, yang dikasihi, yang ditunduki, yang diharap, yang diletak pergantungan dan yang diminta.Jadi apa2 yang kita sembah, kita puja, kita taat, kita minta, kita bergantung, kita harapkan, yang kita takuti dan yang kita kasihi adalah illah atau tuhan kepada kita.
Jika kita menyembah manusia, dengan mungkin memberi ketaatan sepenuhnya kepadanya, maka itulah tuhan kita. Jika kita menyembah harta benda, atau nafsu shahwat kita dengan meletakkannya segala2nya didalam hidup kita, maka itulah tuhan kita.Dan memang satu tabiaat semula jadi manusia untuk menyembah sesuatu. Kita mudah menyembah manusia atau makhluk lain, kita mudah menyembah shahwat dan bermacam2 lagi.
Allah, tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, meminta manusia menyembah hanya danhanya Allah dan tidak sekali2 menyengutuinya. Seorang Islam akan membuat syahadah ini dengan lidahnya, membenarkan dengan hatinya dan menyusulinya dengan perbuatannya. Ia akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
Jadi berbalik kepada isu mencari tuhan, kita renunglah akan sifat2 Allah, kita berusahalah untuk mepertingkatkan mertabat kita kepada manusia yang paling mulia disisiNya, ia itu dengan menjadi 'abdi hanya kepadaNya, Allah, tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Mulia. Manusia mesti beusaha agar menjadi 'abdillah, hamba hanya kepada Allah semata2.
Melibatkan diri kepada kemungkaran bukanlah cara untuk mencari tuhan tetapi adalah satu sikap ingkar kepada tuhan yang membawa padah diDunia dan diAkhirat. Jadi, berhentikanlah sertamerta.
Ada baiknya senantiasa membaca al-Quran dengan fahmannya (maksud tafsirnya) dan berdoa kehadrat Allah, agar kita senantiasa dikurniakan nur iman dan dipelihara dijalanNya. Jauhkan diri dari membaca kitab2 karut atau belajar dari lebai2 karut. Tuntutlah ilmu dari sumbernya yang betul agar insyaAllah keimanan dan amal kita bertambah mantap dari hari kehari.Semuga kita senantiasa dilindungi Allah.
Abu Usamah
sumber : Alfikrah Group

Saturday, September 03, 2005

Isu Mawi dan PAS: Kecelaruan dari sistem (FIKIR-FIKIRKAN)


Oleh Jamzuri
Masalahnya bukan Mawi. PAS juga bukan masalahnya. Masalahnya ialah sikap. Masalahnya ialah kejahilan. Masalahnya ialah kecelaruan. Puncanya ialah apabila kita membiarkan kefasadan berleluasa begitu lama. Ibarat seperti orang yang sudah terlalu tenat. Nak diubat susah, nak ditamatkan riwayatnya pun tak boleh, nak dibiarkan saja tak sampai hati. Begitulah suasana umat Islam hari ini. Pendekatan yang munasabah ialah melakukan apa saja yang terdaya untuk mengurangkan penderitaan yang dirasai.
Mawi adalah produk kepada suasana ini. PAS juga wajib beroperasi di dalam realiti dan suasana ini.
Persepsi melahirkan kuasa. Kuasa pula menguasai persepsi. Kitaran ini cukup perkasa dan amat sukar dirungkai. Kebenaran akan terserlah apabila persepsi salah yang menyerubunginya dapat dirungkai. Durian akan hanya dikenali sebagai buah berduri selagi kulitnya tidak dirungkai. Keenakan isinya tidak lahir dari persepsi buah yang berduri tadi. Apabila keenakkan isinya telah dinikmati, durinya langsung tidak jadi isu lagi. Ianya hanya satu teori, tapi teori ini tidak pernah dibuktikan salah. Maka tentulah munasabah dan tidak salah untuk sesiapapun mencuba teori ini.
PAS pastinya terus berusaha keras merungkaikan beberapa persepsi yang selama ini menyukarkannya untuk beroperasi secara lebih berkesan dan meletakkan dirinya di dalam arus perdana. PAS merasa cukup berdosa sekiranya hanya berpuas hati dengan suasana Islam berada di arus pinggiran. Sesuatu perlu dilakukan dan ia perlu dilakukan segera. Perubahan persepsi umum terhadap PAS perlu kepada pengurusan yang lebih strategik. Inilah kesimpulan yang dilakarkan.
Mawi adalah icon remaja. Buktinya, beliau mendapat undian sms melebihi 5 juta undi. PAS sendiri tidak pernah mendapat jumlah keseluruhan undi melebihi 5 juta dalam mana-mana pilihanraya yang disertainya. Bukan PAS yang menjadikan Mawi sebagai icon remaja. Kalaupun PAS tidak ambil peduli pada Mawi, Mawi tetap mempunyai tempat tersendiri di hati masyarakat. Mawi adalah produk kepada suasana, dan suasanalah yang menjadikan Mawi sebagai icon remaja. Dan PAS, wajib beroperasi di dalam realiti dan suasana ini.
PAS memang dikenali sebagai pengkritik paling lantang terhadap dasar industri hiburan negara. Di mana ada konsert besar, di situ ada PAS… sebagai kelompok pembantah melakukan demonstrasi. Berpuluh tahun PAS berdemonstrasi membantah konsert, tapi konsert terus bertambah. Tentu sahaja PAS boleh memilih untuk terus dengan pendekatan yang sama. Tetapi, realiti dan suasana yang ada membuatkan PAS merasa berdosa untuk tidak mencuba pendekatan baru, yang mungkin lebih berhasil.
Terlalu naif rasanya untuk kita mempercayai ada pimpinan PAS yang mahu menjadikan Mawi sebagai icon masyarakat. Pastinya tidak begitu dan tiada ragu langsung. Tetapi, rupanya ada juga di kalangan pimpinan PAS yang melihat ada sesuatu di dalam diri Mawi yang boleh dimanfaatkan. Tetapi ramai juga yang bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi. Semua orang perlu berhadapan dan membuat keputusan terhadap prospek “peluang dan risiko” dalam kehidupan mereka. PAS tidak boleh mengecualikan diri. Tok Guru memilih untuk mengambil peluang. Maka, pimpinan lainnya perlu juga berfikir bagaimana untuk mengurus risiko yang bakal dihadapi.
Pokoknya, kalau ini melibatkan soal dasar hukum Islam, pastinya Dewan Ulamak dan Majlis Syura akan bersuara. Jika mereka diam, ini bermakna keputusan ini masih berada dalam kerangka pendekatan dakwah. Kalau betul ada untungnya. Kalau salah adakah berdosa?
Sumber : Harakahdaily