Kebenaran Hadis Nabi SAW di atas dapat dilihat dengan jelas sekali dimana Dunia Islam Zaman sekarang telah di Kuasai oleh Pemimpin Munafik dan Ulama Fasiq, Golongan Munafik dan Fasiq ini telah berjaya memecahbelahkan Umat Islam, Pada ketika yang sama Alim Ulama dan Wali ALLAH Yang Sebenar (Yang Beriman dan Bertaqwa) terus dinafikan Hak-hak mereka sekaligus menafikan Hak-hak Islam, Berbagai Hukum hakam dan fatwa yang mengelirukan telah berjaya di buat oleh golongan ulama fasiq ini, Budaya zaman sekarang yang terbalik dimana Orang-orang Jahil(bodoh) seringkali dilihat dan dapat di dengari dengan Angkuh dan Sombong "mengarah" Para Ulama supaya membuat hukum bagi menepati kehendak nafsu jahat mereka, Ramai Umat Islam yang tak beriman menjadi Takkabbur dan Riak kerana berasakan diri mereka lebih bijak daripada Ulama dan Wali ALLAH SWT, Para Ulama(Yang Sebenar) dan Wali ALLAH adalah Golongan Yang Paling Bijak di dalam Agama Islam di atas muka bumi pada masa kini, berbanding dengan Golongan Munafik dan Fasiq yang sering terpedaya dengan Fitnah dan Hasutan Syaitan, Ulama (Yang Sebenar) dan Wali ALLAH SWT tidak perlu diarah, Mereka (Ulama dan Wali) Bijak dan Sedar apa yang mereka lakukan, Umat Islam Yang Beriman sudah semestinya akan mengikut Arahan Ulama dan Wali ALLAH (Yang Sebenar), malah terdapat juga Munafik dan Fasiq yang mahu Kitab Suci Al Quran di Tafsir semula
Para Pemimpin PAS perlu "meniru" cara Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA dan Para Mukmin Zaman dahulu yang telah Berjaya Mencapai Kemenangan di Dunia dan Akhirat dalam Perjuangan Menegakkan Islam, Masaalah yang di hadapi oleh Umat Islam Yang Beriman di Malaysia malah Seluruh Dunia sekarang ialah Tak ada lagi Satu Jamaah yang menepati Ciri-ciri Sunnah Rasullullah SAW, Ini amat mengelirukan Umat Islam Yang Beriman, PAS dalam arena Politik, Jamaah Tabligh dalam Arena Dakwah, Abim dan Jim juga dalam Arena yang berbeza begitu juga lain-lain Jamaah yang terdapat di Malaysia ini, Jelas sekali ini amat mengelirukan Umat Islam kesemuanya walaupun Umat Islam Yang Beriman, PAS perlu menjadi alat dalam menggabungkan Kesemua Jamaah Yang Sebenar di bawah Satu Gabungan sahaja iaitu Gabungan Umat Islam Yang Beriman, Islam lebih penting dari Semua, PAS juga dapat mengambil berbagai Kelebihan-kelebihan Jamaah-jamaah yang terdapat di Malaysia, Sebagai contoh di Malaysia mempunyai berbagai Jamaah antaranya PAS yang bergiat dalam bidang politik, Jamaah Tabligh yang bergiat dalam bidang Dakwah, Jemaah Islah Malaysia(JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan berbagai lagi Jamaah termasuklah Jamaah Pengajian Pondok, Kesemua Jemaah ini perlu di gabungkan, Jamaah yang Bersatu-padu di bawah Kalimat Tauhid akan memudahkan Perjuangan Islam kerana setiap Ahli daripada setiap Jamaah mempunyai Kepakaran dan Kelebihan tersendiri secara tidak langsung Umat Islam dapat berkongsi Minda dan menggunakan setiap kelebihan yang ada untuk Membantu Kegemilangan Islam, Umat Islam perlu Tinggalkan sikap Angkuh(Riak) dan Sombong (Takabbur) sehingga membawa kepada Perpecahan Umat Islam sendiri, Segala Perselisihan pendapat yang remeh temeh sepetutnya perlu di ketepikan
Umat Islam Yang Beriman perlu membentuk Satu Sahaja Jemaah yang Beriman, Dalam usaha membentuk Jamaah Yang Beriman Kita perlu Beringat, Kitab Suci Al Quran dan Sunnah telah Memberikan Panduan, Dimana Contoh Jamaah Yang Beriman dan Sebenar telah di Tunjukkan Rasullullah SAW (Sunnah), Kitab Suci Al Quran juga menerangkan Umat Islam Yang Beriman termasuklah Para Ulama dan Wali ALLAH tidak dapat membantu Umat Islam Yang Telah Di Sesatkan ALLAH SWT seperti Kaum Munafik dan Fasiq (Tak Mahu Menerima Kebenaran dan Ingkar) dan Kaum Musyirikin di dalam Surah Yunus Ayat 99, Kitab Suci Al Quran menerangkan tidak menjadi Tanggungjawap Rasullullah SAW dan Sekelian Umat Islam Yang Beriman untuk menjadikan Seluruh Manusia Beriman, ALLAH SWT Berkuasa menyesatkan sesiapa sahaja Yang Di KehendakiNYA Berdasarkan Kitab Suci Al Quran Surah Hud Ayat 34, Surah Ar Ra’d Ayat 27, Surah Ibrahim Ayat 4 dan 27, Surah An Nahl Ayat 93, Surah Faatir Ayat 8, Surah Ghaafir Ayat 34 dan 74 serta Surah Al Muddathhir Ayat 31, Kitab Suci Al Quran juga memberi Amaran dan Peringatan supaya Umat Islam yang Beriman tidak Berkawan dengan Musuh ALLAH SWT didalam Surah Ali Imraan Ayat 28, Surah An Nisaa Ayat 89, 139 dan 144, Surah Al Maidah Ayat 51, 80 dan 81 serta Surah Al Mumtahanah Ayat 1,9 dan 13, panduan yang di berikan oleh Kitab Suci Al Quran ini boleh di jadikan Panduan dan Pendoman kepada Kita (Umat Islam Yang beriman) untuk membentuk Jamaah Islam Yang Beriman
CADANGAN
Banyak lagi yang PAS dapat lakukan mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah sekiranya PAS bergerak atau berfungsi sebagai Satu Jamaah Yang Hanya Mewakili Umat Islam Beriman, PAS perlu menggunakan semua kelebihan yang Islam ada seterusnya Mengalahkan Musuh Islam dan Mencapai Kemenangan Dunia dan Akhirat, Melalui Kitab Suci Al Quran dan Sunnah Umat Islam Yang Beriman dapat mempertahankan Islam dan Menyerang balas setiap serangan Musuh-musuh Islam, Apa yang di perlukan oleh Umat Islam yang Beriman ialah Satu Jamaah Yang Kuat sepertimana Jamaah Umat Islam yang di bentuk Rasullullah SAW dahulu, antara Kemestian atau perkara-perkara yang Wajib ada didalam Jamaah Umat Islam Yang Beriman ialah Angkatan Perang dan Angkatan Perdagangan sepertimana Maksud Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal Ayat 7
Angkatan Perang
Berperang adalah Wajib keatas setiap Umat Islam Yang Beriman, Berperang adalah Sunnah Rasullullah SAW yang sering di tinggalkan oleh Umat Islam, Terlalu banyak Ayat-ayat Suci Al Quran yang Menerangkan Kewajipan atau Menyuruh Umat Islam Yang Beriman Berperang antaranya Surah Al Baqarah Ayat 190, 216 dan 244, Surah An Nisaa Ayat 74, 76, 84 dan 95 dan Surah At Taubah Ayat 12, 14, 29, 36, 39, 41 dan 124, Semua Ayat Suci Al Quran ini telah menerangkan dengan jelas Kewajipan untuk Berperang malah Kitab Suci Al Quran juga memberi petunjuk Golongan Munafik tidak mahu Berperang dan cuba Mengelak dari berperang dengan bermacam-macam alasan seperti di terangkan di dalam Surah Ali Imraan Ayat 156, 167 dan 168, Surah An Nisaa Ayat 72, Surah At Taubah Ayat 49, 81 dan 90, Surah Al Ahzaab Ayat 18, Surah Al Fat-h Ayat 12 dan Surah Al Hadiid Ayat 10, Semua Ayat Suci ini menerangkan Munafik akan menipu dengan bermacam-macam alasan untuk tidak Berperang Pada Jalan ALLAH, Kitab Suci Al Quran juga menerangkan didalam Surah At Taubah Ayat 38,Umat Islam Yang Beriman tidak suka Berperang Pada Jalan ALLAH adalah satu fahaman yang amat salah
Angkatan Perang yang dapat di bentuk didalam Jamaah Islam Yang Beriman(PAS) bukanlah bermaksud membentuk Angkatan Tentera seperti yang sedia ada dan kita Ketahui ini, Angkatan Perang Umat Islam Yang Beriman adalah sebagai salah satu langkah persediaan Umat Islam Yang Beriman untuk menghadapi Musuh-musuh Islam, Memandangkan keadaan Umat Islam Yang Beriman sekarang yang sering di tindas dengan cara kasar iaitu menggunakan Kuasa atau kekuatan Pasukan Bersenjata seperti Polis dan Tentera, lebih Menyedihkan lagi Umat Islam yang menjadi Anggota Polis dan Tentera di Kerah untuk Menyerang dan membunuh Saudaranya(Islam) sendiri sepertimana Peristiwa Memali 20 Tahun lepas dimana Anggota Polis Malaysia yang Kebanyakkan Beragama Islam di tugaskan untuk Menyerang dan Membunuh Umat Islam Yang Beriman yang jelas teraniaya kerana tak mempunyai senjata di Memali Baling Kedah, Begitu juga Pengkhianatan Umat Islam Munafik yang menjadi Pengganas Komunis bekerjasama dengan Kafir Komunis Membunuh dan Menyiksa Manusia serta Anggota Tentera dan Polis yang juga Beragama Islam
Angkatan Perang yang perlu di bentuk oleh Umat Islam Yang Beriman bukan sahaja melibatkan Umat Islam Yang Beriman yang menganggotai Pasukan Bersenjata seperti Pasukan Polis dan Tentera, Angkatan Perang Umat Islam Yang Beriman melibatkan Keseluruhan Umat Islam Yang Beriman tanpa mengira Kerja, Darjat, Kedudukan , Kekayaan dan Pangkat Hatta Raja-raja dan Sultan sekalipun, Semua Umat Islam Yang Beriman Mesti mempunyai kemampuan untuk Berperang mempertahankan Agama Islam dari Ancaman Musuh (Mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah),Umat Islam Yang Beriman tidak boleh Bergantung kepada Pasukan Polis dan Tentera sahaja bagi Mempertahankan Islam, Dalam keadaan sekarang kita dapat lihat dengan jelas terdapat Sedikit sahaja Umat Islam Yang Beriman didalam Pasukan Polis dan Tentera serta semua Jabatan Kerajaan Malaysia samaada yang Bersenjata atau tidak malah Pasukan Polis dan Tentera begitu mudah di pergunakan oleh Musuh Islam untuk menyerang dan memusnahkan Umat Islam Yang Beriman, apa yang perlu lakukan sekarang ialah Mencari dan Mengikat Perjanjian dengan Umat Islam Yang Beriman yang menjadi Anggota Polis dan Tentera untuk bersama-sama Mempertahankan Islam, Daripada Puluhan Ribu malah mungkin Ratusan Ribu Umat Islam yang menjadi Anggota Tentera dan Polis serta Kakitangan Kerajaan yang lain sudah semestinya terdapat Umat Islam Yang Beriman walaupun jumlahnya sedikit, oleh itu semua Umat Islam Yang Beriman yang menjadi Anggota Tentera dan Polis terutama Panglima-panglima Tentera dan Ketua-ketua Polis perlu Bersiap sedia dan Bersepakat untuk Berjuang Mempertahankan Islam bersama-sama Semua Umat Islam Yang Beriman di bawah Pengawasan Para Ulama dan Wali ALLAH SWT, Umat Islam Yang Beriman perlukan Panglima-panglima Tentera dan Ketua-ketua Polis Yang Beriman sepertimana salah Seorang Sahabat RA iaitu Khalid Al Walid RA, Dengan adanya Angkatan Perang, Umat Islam Yang Beriman akan lebih Musah Menewaskan Musuh Islam, Umat Islam Yang beriman juga dapat Menyekat dan Menghalang Musuh-musuh Islam dari terus menghalang dan menindas Umat Islam, Hanya Melalui Angkatan Perang Mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah ini sahaja Agama Islam akan Kembali Maju dan Kuat seterusnya memberi Kemenangan kepada Umat Islam Yang Beriman Di Dunia dan Akhirat
Angkatan Perdagangan atau Angkatan Peniagaan
Angkatan Perdagangan adalah salah satu Sunnah Rasullullah SAW yang membawa Kejayaan Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA Menjulang Islam, Angkatan Perdagangan yang di bentuk Rasullullah SAW ini juga telah membawa Kemajuan dan Faedah yang Amat Besar kepada Umat Islam Yang Beriman, Angkatan Perdagangan adalah Salah Satu Cara Rasullullah SAW Berdakwah secara lembut dan Terbuka, Angkatan Perdagangan juga Berjaya Memberi Kekuatan Maksimum kepada Umat Islam Yang Beriman sewaktu itu (Zaman Rasullullah SAW) dalam Perjuangan Islam kerana Umat Islam Yang Beriman mempunyai Kekuatan Dunia iaitu Angkatan Perdagangan atau Angkatan Perniagaan ini, banyak yang boleh diperkatakan tentang Kebaikan Angkatan Perdagangan ini atau lebih di Kenali sebagai Sistem Ekonomi Islam, Islam di benci oleh Kebanyakkan umat islam sendiri di sebabkan oleh Kemunduran Umat Islam sekarang, Kemunduran yang menimpa Umat islam sekarang ini disebabkan tiadanya Angkatan Perdagangan seperti Zaman Rasullullah SAW dahulu
Mengikut Sejarah sudah 500 tahun lebih Umat Islam yang Beriman "kehilangan" Angkatan Perdagangan yang mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah ini iaitu setelah Melaka di tawan oleh Penjajah Kafir Portugis pada tahun 1511 masehi, Mengikut Sejarah Islam Tersebar ke Nusantara atau Asia Tenggara ini melalui Pedagang-pedagang (Para Ulama dan Wali ALLAH SWT) Arab dan India setelah Kejatuhan Bandaraya Baghdad ke Tangan Moghul, Konsep Berdagang dan Berdakwah yang di bentuk Rasullullah SAW(Mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah) telah di laksanakan pula oleh Para Ulama dan Wali ALLAH yang lebih dikenali sebagai "Pedagang" sehingga Islam tersebar luas ke Nusantara Asia Tenggara, Setelah Kejatuhan Islam kepada Musyrikin Kafir (Portugis, Belanda dan Inggeris) Angkatan Perdagangan (Sistem Ekonomi Islam) juga turut sama musnah dan pupus sehinggalah sekarang, Contoh terbaik Angkatan Perdagangan Umat Islam Yang Beriman ialah Sistem Ekonomi PAS sekitar tahun 60an dan 70an dahulu dan juga Sistem Ekonomi Pertubuhan Al Arqam, Walauapapun Kitab Suci Al Quran dan Sunnah telah memberikan Panduan dan Penerangan yang Jelas tentang Angkatan Perdagangan atau Sistem Ekonomi Islam ini
Umat Islam Yang Beriman yang Bersatu di bawah PAS perlu Menubuhkan atau Membentuk Kembali Angkatan Perdagangan sebagaimana yang telah Di Lakukan Rasullullah SAW (mengikut Sunnah), Untuk memudahkan Angkatan Perdagangan ini Dana-dana perlu di kumpulkan daripada Semua Umat Islam Yang Beriman, Umat Islam Yang Beriman tidak pentingkan dan mencintai Harta benda yang merupakan daki dunia semata-mata, Umat Islam Yang Beriman juga akan membelanjakan hartanya Pada jalan ALLAH (Jihad Menggunakan harta benda) Membelanjakan harta Pada Jalan ALLAH bukanlah Bermaksud menderma sahaja ianya lebih daripada menderma contoh Yang Terbaik ialah Tindakan Saidina Abu bakar As Siddiq RA sewaktu Perang Badar banyak Ayat Suci Al Quran yang menerangkan Kewajipan Umat Islam Yang Beriman Membelanjakan Hartanya Pada Jalan ALLAH, Antaranya ialah Surah Al Baqarah Ayat 3 dan 261, Surah Ali Imraan Ayat 17, Surah Al Israa Ayat 26, Surah Muhammad Ayat 38 dan Surah Al Hadiid Ayat 7 dan 10
Sistem Ekonomi Islam(Angkatan Perdagangan) ini sememangnya sesuai dalam semua Zaman pada zaman sekarang untuk Menyokong dan Menguatkan Sistem Ekonomi Islam Umat Islam Yang Berimanboleh menggunakan Kaedah Pinjaman iaitu Pelaburan atau Saham sepertimana di terangkan Di Dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 245, Surah Al Maidah Ayat 12, Surah Al Hadiid Ayat 11 dan 18, Surah Al Taghabuun Ayat 17 dan Surah Al Muzammil Ayat 20, Ringkasnya Angkatan Perdagangan ini penting kepada setiap Umat Islam Yang Beriman kerana Angkatan Perdagangan akan mengeratkan Persaudaraan Sesama Umat Islam Yang Beriman dan Menarik Golongan Yang Kurang Beriman serta Golongan Musyrikin kepada Islam, Selain itu Angkatan Perdagangan juga dapat Membendung dan Membenteras Budaya-budaya jahat dan jahil/bodoh yang berlaku didalam Dunia Islam
Dana-dana juga boleh di kumpulkan melalui beberapa Program Jihad yang boleh dilakukan oleh PAS seperti Program Anti Hiburan dimana Hiburan menelan banyak wang ringgit Umat Islam, Hiburan seperti Astro sudah terang di haramkan di dalam Islam sepertimana Surah Luqman Ayat 6, Alangkah baiknya jika Umat Islam membelanjakan duit yang digunakan membayar Astro kepada tabung Ekonomi Islam atau Sistem Ekonomi Islam,
Hadis Nabi SAW yang Bermaksud
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
H.R. Muslim
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
H.R. Ibnu Majah
Penerangan Hadis Nabi SAW di atas sudah pasti akan memakan masa, Di sebabkan kesuntukan masa apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah Berdasarkan Hadis Nabi SAW di atas Semua antara kita Umat Islam sudah dapat melihat perkara-perkara ini jelas telah berlaku sekarang, Kita sedang menghadapi perkara-perkara yang berlaku ini, Angkatan Perdagangan (mengikut Kitab Suci Al Quran dan Sunnah) adalah Jalan Penyelesaian Terbaik kepada Kita Semua Umat Islam Yang Beriman
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim
Menghasilkan Teknologi Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW
Sebagai Umat Islam Yang Beriman juga Kita perlu Membuktikan bahawa Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW dapat memberi menghasilkan Teknologi-teknologi yang lebih baik dan moden berbanding yang ada sekarang, Sudah lama Umat Islam tidak Menggunakan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW untuk menghasilkan Teknologi-teknologi terkini yang lebih Maju dan hebat Berbanding teknologi yang ada sekarang, Kitab Suci Al Quran Surah Al Kahfi Ayat 109 menunjukkan bagaimana Hebatnya Kitab Suci Al Quran memberi Petunjuk dan Panduan kepada Umat Islam Yang Beriman, Dengan adanya Para Ulama dan Wali ALLAH(Yang Sebenar) Usaha untuk menghasilkan Teknologi-teknologi Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW akan menjadi lebih senang dan mudah Beserta Rahmat dan Petunjuk ALLAH SWT , AL Quran merupakan Kitab Yang mempunyai segala Ilmu yang telah di peruntukkan Oleh ALLAH SWT kepada Manusia melalui Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, Ilmu-ilmu daripada Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW hanya boleh di Terjemah dan Di Tafsirkan oleh Pakar sahaja iaitu Para Ulama dan Wali ALLAH SWT
Umat Islam Yang Beriman Khususnya Para Ulama dan Wali ALLAH perlu meneliti iaitu mengkaji Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW bagi menghasilkan Teknologi-teknologi yang lebih baik berbanding Teknologi-teknologi yang ada sekarang seterusnya Membuktikan kepada kaum Yang Kurang Beriman dan Tidak beriman bahawa Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW dapat Menghasilkan Teknologi yang lebih Baik lagi berbanding teknologi yang mereka(Musyrikin,Munafik dan Fasiq) banggakan, ALLAH SWT Telah Memberi Petunjuk didalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Kahfi Ayat 109 yang telah Membuktikan Kitab Suci Al Quran dapat Menghasilkan Teknologi-teknologi yang lebih Baik dan Maju, Sudah semestinya Teknologi-teknologi yang di hasilkan berdasarkan Kitab Suci Al Quran lebih Mendapat Keredhaan ALLAH SWT, Kejayaan Umat Islam Zaman dahulu terutama Zaman Rasullullah SAW, ialah Semua Perkara di lakukan berdasarkan Kitab Suci Al Quran, Kejayaan Ulama-ulama Besar seperti Imam Mazhab dan Ibnu Sina dan lain-lain Ulama adalah berdasarkan Ilmu Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW
Hadis Rasullullah SAW juga memberikan Berbagai Petunjuk kepada Kemajuan teknologi-teknologi yang Perlu di Kaji antaranya seperti Hadis Nabi SAW yang bermaksud
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim
Hadis Nabi SAW diatas perlu di teliti dan di kaji oleh Kita Semua(Umat Islam), Ianya mungkin Bermaksud Sejenis Senjata yang dapat mengesan Orang-orang Yahudi atau apa-apa makna Tersirat di sebalik Hadis Nabi SAW tersebut, Umat Islam Mempunyai berbagai kelebihan, Seperti yang kita tahu Ulama dan Wali ALLAH merupakan satu Kelebihan kepada Islam berbanding Musyrikin(Orang Kafir), Terdapat Ulama dan Wali ALLAH yang Menguasai Ilmu-ilmu tertentu seperti Ilmu Ghaib contohnya Menguasai Bidang Jin dan makhluk ghaib(menguasai bidang Jin bukannya Bersahabat dengan Jin, Surah Al Jin Ayat 6), Terdapat juga Para Ulama dan Wali ALLAH yang "Kasyaf" iaitu dapat melihat masa hadapan dan mempunyai pandangan "tembus" iaitu melihat keadaan didalam sesuatu objek seperti hati manusia malah ada juga Ulama dan Wali ALLAH yang dapat berkomunikasi dengan Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan serta batu-batan, Ini Semua Anugerah ALLAH SWT kepada Umat Islam Yang Beriman, Kita(Umat Islam Yang Beriman) perlu gunakan Peluang yang Di Beri ALLAH SWT ini dengan Sebaik-baiknya
Untuk menghasilkan Teknologi Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW amatlah mudah kepada Umat Islam Yang Beriman, Di mana Setelah Meneliti dan Mengkaji Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, Umat Islam Yang Beriman perlu rujuk Kepada Ulama dan Wali ALLAH, Ulama dan Wali ALLAH SWT adalah Pakar dalam Bidang Ilmu terutama Ilmu Kitab Suci AL Quran dan Hadis Nabi SAW yang mana secara tidak langsung Mereka(Ulama dan Wali ALLAH) Pakar dalam Semua Bidang di atas Muka Bumi ini , Para Ulama dan Wali ALLAH SWT (Yang Sebenar) dapat Menterjemahkan dan Mentafsirkan Maksud Daripada Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW seterusnya dengan Menggunakan Anugerah ALLAH seperti Karamah dan Kasyaf serta Petunjuk Hidayah ALLAH AWJ melalui Doa-doa Mereka (Alim Ulama dan Wali ALLAH) Yang Berkat dan Makbul dan Anugerah ALLAH SWT seperti Kasyaf Para Alim Ulama dan Wali ALLAH akan Nampak Teknologi yang akan di hasilkan,
PAS sebagai Jamaah Islam perlu menubuhkan Jabatan Teknologi atau Pusat Kajian Teknologi Al Quran dan Hadis Nabi SAW yang di Ketuai oleh Ulama-ulama dan Wali ALLAH termasuklah Tok Guru Pondok walaupun Ulama-ulama dan Wali-wali ALLAH (Yang Sebenar) seperti Tok-tok Guru Pondok ini tidak mempunyai Ijazah atau Sijil dari mana-mana Universiti dan Institut Pengajian Tinggi dan tidak pernah belajar mengenai Ilmu Dunia contohnya seperti Ilmu kejuruteraan dan ilmu perubatan tetapi Ilmu ALLAH terutama Ilmu Mengenai Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW yang di Miliki oleh Ulama dan Para Wali ALLAH (Yang Sebenar) ini melebihi Ilmu yang ada atas Muka Bumi ini, Apa yang Nyata Segunung Ijazah pun tak dapat menolong Umat Islam didunia dan Akhirat jika tidak Beriman , Apa guna Bijak seperti Albert Einstain jika akhirnya(Mati) ke Neraka kerana Tak Beriman
Umat Islam dapat Menghasilkan berbagai Jenis Teknologi Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW, Sejarah membuktikan kehebatan Ulama yang di gelar "Saintis" Islam seperti Ibnu Sinaa, Ibnu Nafis dan lain-lain lagi adalah melalui Kajian dan Ilmu Berdasarkan Kitab Suci Al Quran, Wali Songo yang terkenal di Indonesia telah membina Masjid dalam hanya Satu Malam Sahaja, Zaman Kegemilangan Islam di Baghdad sebelum di serang dan dimusnahkan Moghul juga membuktikan bagaimana Hebatnya Teknologi-teknologi Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW , Rasullullah SAW juga memberikan banyak Teknologi-teknologi yang kita gunakan sampai sekarang antaranya ialah Bersugi dan Tandas 2 Sunnah Rasullullah SAW yang masih lagi kekal walaupun telah ditukar oleh Musuh Islam, Bersugi telah menjadi Gosok Gigi dan Kemudahan Tandas telah di tukar menjadi citarasa Musyrikin seperti Tandas duduk, Begitu juga dalam Sektor Pembinaan Nabi ALLAH Ibrahim AS telah membina Baitullah di satu tempat yang Tandus (Mekah Mukarramah) Nabi Nuh AS telah membina Bahtera dan Semua Nabi dan Rasul ALLAH SWT telah membawa berbagai Kemajuan dan Teknologi-teknologi yang masih wujud sampai sekarang
Teknologi-teknologi memainkan Peranan penting di Dalam Angkatan Perang dan Angkatan Perdagangan Umat Islam Yang Beriman, Tanpa Teknologi Angkatan Perang dan Angkatan Perdagangan tidak dapat berfungsi dengan betul antara teknologi-teknologi yang perlu Umat Islam Yang Beriman perlu Hasilkan Berdasarkan Kitab Suci Al Quran ialah
1. Teknologi Perang seperti Senjata-senjata baru dan Perisai-perisai
2. Kejuruteraan seperti Pembinaan dan Kenderaan
3. Perubatan
4. Mencari Sumber tenaga baru bagi menggantikan tenaga elektrik
Berbagai jenis Teknologi-teknologi dapat di hasilkan oleh Umat Islam Yang Beriman melalui Panduan Kitab Suci AL Quran dan Hadis Nabi SAW, Teknologi-teknologi yang di hasilkan melalui Kitab Suci Al Quran dan Hadis Nabi SAW bukan sahaja akan meningkatkan Iman Kita(Umat Islam), teknologi ini akan dapat menarik Perhatian Kaum Bukan Islam malah kita(Umat islam) dapat juga menjual teknologi ini bagi meraih keuntungan Angkatan Perdagangan
Politik
PAS perlu mengambil peluang-peluang yang kadangkala muncul untuk Menyerang dan Menewaskan Musuh Islam, PAS perlu menggunakan Strategi-strategi tertentu untuk menyerang balas Musuh Islam, PAS tidak boleh Membiarkan Musuh Islam menyerang Islam sepatutnya PAS perlu menggunakan Kaedah tertentu Menyerang Balas setiap serangan Musuh Islam terutama Fitnah-fitnah yang Keatas Islam dan PAS sendiri, PAS perlu mengambil kesempatan keatas setiap kelemahan Musuh-musuh Islam terutama Umno seterusnya Mengembalikan Kemenangan kepada Umat Islam Yang Beriman, terdapat banyak isu-isu yang timbul yang menunjukkan kelemahan Umno dan Musuh Islam antaranya
1. Isu Memorandum 10 Menteri
Isu ini menunjukkan bagaimana jahil/bodohnya Umat Islam dan lemahnya iman Umat Islam terutama Umat Islam Umno, PAS boleh mengambil kesempatan dengan Memperkenalkan Hukum Hudud iaitu Hukum Islam yang sebenar, Umat Islam Yang Beriman sudah pasti menyokong Hukum Hudud begitu juga Umat Islam seperti Peguam Negara, Hakim-hakim, Para Kakitangan Kerajaan terutama Anggota Polis dan Tentera dan paling penting Kakitangan Jabatan Agama Islam andaikata mereka ini ialah Umat Islam Yang Beriman sudah pasti mereka akan menyokong Hukum Hudud, Hukum Hudud Membuktikan bagaimana lengkapnya Islam berbanding "agama" lain, Hukum Hudud hanya perlu dikenakan terhadap Umat Islam sahaja manakala Penganut agama lain akan menggunakan Hukum mengikut agama mereka sendiri
2. Isu Pertikaian Undang-undang Syariah 2005
Isu ini mungkin satu isu yang dibuat Umno untuk menunjukkan kononnya mereka (pemimpin Umno) pandai dalam Islam, hakikatnya mungkin ramai Umat Islam tak perasan undang-undang Islam yang di bentangkan di Kabinet bukanlah di rangka oleh Ulama Yang Beriman(Ulama Sebenar), Umno menggunakan Jabatan Agama Islam sebagai penghalang Perjuangan Islam, Umno juga menggunakan Pusat Pengajian Islam seperti UIA untuk melahirkan lebih ramai ulama fasiq dan Umat Islam Munafik, contoh yang jelas dan nyata sekali ialah bidaah-bidaah yang dibuat oleh Umno terutama oleh ulama-ulama umno yang fasiq seperti Kursus Pasca Perkahwinan, Kursus yang di wajibkan keatas setiap Umat Islam yang mahu berkahwin, Amat menghairankan sehingga kini masih tiada lagi Satu Golongan Umat Islam yang bangun menentang Bidaah seperti ini (Kursus pasca perkahwinan) andaikata kakitangan jabatan Agama ikhlas maka sudah tentu kursus ini percuma, ini setiap peserta kursus dikenakan bayaran rm 70 seorang secara tidak langsung Umat Islam yang mahu Berkahwin perlu membayar Rm 140 sudah tentu ini membebankan Umat Islam yang ingin Berkahwin
Banyak lagi isu yang boleh di ketengahkan oleh PAS bagi membuktikan Kebenaran Islam Sebenar yang di bawa PAS, Pada peringkat awal ini PAS hanya perlu menjadi Jamaah Umat Islam Yang Beriman di Malaysia dan Seluruh Dunia sepertimana yang sering di katakan oleh Ulama (Yang Sebenar) yang tidak suka dan tidak meminati Politik, Politik mengajar manusia menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang Halal demi meraih sokongan atau undi, Akhirkata Salam Persaudaraan dan Salam Perjuangan kepada Saudara-saudara saya SeIslam, Saya minta maaf sekiranya ada yang tidak faham apa yang saya tulis kerana saya bukan penulis yang baik, Semoga Kita mendapat Pengampunan dan Keredhaan ALLAH SWT , Yang Baik dari ALLAH ,Yang buruk dan jahat dari diri saya sendiri
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
WASSALAM
Ibni Ahmad