Scroll images by bigoo.ws

Friday, March 31, 2006

Spa perdaya gadis kampung

JASIN: Sebuah spa bertaraf antarabangsa di negeri ini dikesan memperdaya sebilangan besar gadis kampung di daerah ini untuk bekerja sebagai tukang urut dengan menjanjikan gaji lumayan.Selain itu, gadis itu juga ditawarkan tempat tinggal selesa dan sempurna di samping berpeluang menyertai latihan urut daripada mereka yang berpengalaman.Seorang gadis yang nyaris menjadi mangsa pengusaha syarikat itu, mendedahkan beberapa pekerja spa itu termasuk wanita berambut perang masuk ke kawasan kampung sambil mengedarkan sekeping kad perniagaan kepada anak gadis yang ditemui.
Beliau yang enggan dikenali, berkata wanita berkenaan menyerahkan kad terbabit kepadanya ketika sedang menunggu bas untuk ke bandar Melaka, minggu lalu sambil menjanjikan pelbagai keistimewaan sekiranya memenuhi tawaran itu.“Saya terkejut apabila sebuah kereta tiba-tiba berhenti di depan saya ketika menunggu bas. Serentak itu, seorang wanita berpakaian seksi turun dari kereta dan menyerahkan kad perniagaan kepada saya.“Wanita itu menyatakan sekiranya saya mahu gaji lumayan setiap bulan, boleh hubungi nombor telefon bimbit tertera pada kad itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Gadis berusia 23 tahun yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam itu khuatir ada gadis desa terpedaya dengan tawaran spa terbabit.“Kebanyakan gadis kampung bekerja kilang dengan gaji antara RM800 hingga RM1,000 saja. Tetapi, bimbang mereka terpedaya apabila melihat tawaran gaji RM4,000 sebulan,” katanya.Kad perniagaan itu tertulis, ‘Jawatan kosong, tukang urut diperlukan.
Gaji antara RM3,000 dan RM4,000. Tempat tinggal disediakan dan latihan diberi. Hubungi Nita 012-635xxxx dan Chan 016-382xxxx.Akhir bulan lalu, akhbar ini mendedahkan seorang pelajar yang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di Klang dipercayai menipu keluarga untuk bekerja di sebuah rumah urut di Taman Desawan, di sini, dengan pendapatan mencecah ratusan ringgit sehari.Pelajar berusia 18 tahun itu dikatakan gelap mata dengan komisen lumayan ditawarkan tauke rumah urut terbabit selain mahu hidup mewah seperti kenalan lain.
Tauke rumah urut terbabit turut memperdaya gadis berkenaan bahawa pekerjaan itu selamat kerana tidak melanggar undang-undang selain berlesen.Harian Metro sebelum ini turut membongkar kegiatan seorang gadis di Kuala Lumpur yang juga bekas tukang urut, mendakwa menjadi mangsa tipu helah licik pengusaha rumah urut tradisional yang memaksanya melakukan tugas tidak senonoh dengan memuaskan nafsu pelanggan melalui 'urutan jari berahi’ bagi mendapatkan lebih keuntungan.Gadis itu mendakwa gagal melarikan diri daripada majikannya kerana kad pengenalannya dirampas dan dia dikurung seperti pelacur bagi menghalangnya meninggalkan tempat itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali Zarina, 21, berkata dia mulanya tertarik memohon pekerjaan sebagai ‘tukang urut tradisional’ selepas ditawarkan gaji pokok tinggi, tempat tinggal dan latihan percuma melalui iklan di akhbar.Beliau yang juga seorang janda beranak satu berasal dari Negeri Sembilan, mendakwa terdesak mendapatkan pekerjaan berikutan masalah kewangan. Dia menghadiri temu duga di syarikat itu di ibu negara sebelum mendapat tahu syarikat itu memiliki 10 cawangan rumah urut di sekitar Lembah Klang.
Beliau hanya diberikan latihan sehari oleh seorang guru yang dikenali sebagai Emily.

'PROTES SENYAP' di atas kenaikan harga minyak!!!

Kepada rakyat Malaysia yang tidak kisah atau tidak terjejas dengan kenaikan harga minyak tidak perlu melakukan PROTES SENYAP ini.

Kepada rakyat Malaysia yang merasakan mereka terjejas akibat kenaikan harga minyak, kenaikan tarif air, kenaikan cukai tanah, kenaikan tarif elektrik, kenaikan tambang bas dan bermacam lagi kenaikan ini bolehlah melakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan bantahan serta sokongan terhadap rakyat yang terjejas akibat kenaikan pelbagai kemudahan asas rakyat.

Bukannya sokongan kepada pembangkang.

Apakah dia PROTES SENYAP ?
Protes Senyap ialah dengan anda tidak menghadiri sebarang acara, program, perhimpunan yang dianjurkan serta dihadiri oleh Menteri-Menteri, Wakil Wakil Rakyat, Wakil Wakil Parlimen. Dalam erti kata lain anda memboikot sebarang majlis yang dihadiri oleh mereka ini.
Ini adalah kerana setiap kali perhimpunan serta program seperti ini diadakan akan membelanjakan banyak wang untuk menganjurkan program tersebut, dari promosinya dalam televisyen , dalam akhbar.

Perbelanjaan pengangkutan untuk mengangkut ribuan hadirin serta makan minum mereka. Pentas, muzik, bayaran artis dan banyak lagi.

Sekiranya mereka ingin membantu orang susah, tak perlu susah-susah mereka buat program besar-besaran.

Bersusah payah orang susah nak datang, bersiap dengan pakai baju cantik sedikit. Biar mereka ini Pak Menteri, Wakil Rakyat turun ke padang tanpa perlu escort dan pengiring (ini semua membazir wang pengiring), jumpa terus dengan rakyat.

Inilah dia PROTES SENYAP. Kalau Menteri dan Wakil Rakyat nak jumpa rakyat, mereka sendiri yang kena turun jumpa rakyat. Bukannya kumpulkan budak-budak sekolah , budak-budak universiti tengah matahari terik.

Lakukan PROTES SENYAP untuk menunjukkan kesengsaraan anda akibat kenaikan pelbagai harga minyal dan lain-lain.

Semalam pun dah ada Pak Menteri cadangkan kepada rakyat kongsi kereta. Kepimpinan melalui tauladan.

Kita nak tengok Pak Menteri pergi mana-mana program lepas ni jangan lagi pakai pengiring polis, membazir minyak. Kita nak tengok lepas ni PM, TPM, Samy Vellu dan Ong Ka Ting pergi pejabat naik satu kereta, kongsi kereta. Dan mereka ni mesti pakai kereta guna gas NGV untuk jimat minyak. Dengan ini lebih banyak duit subsidi boleh jimat dan boleh bina lebih banyak MRR2, lebih banyak MARTRADE, lebih banyak Hospital Kulat, lebih banyak Bumbung Makmal Komputer Mudah Roboh dan sebagainya. Semua ini untuk kemudahan rakyat.

Tapi kalau anda rasa tak terjejas dan dikelilingi oleh golongan mewah, tak perlu risau jiran tetangga yang kelaparan tak perlulah lakukan PROTES SENYAP ini.

Teruskanlah bercita-cita untuk makan apa hari ini, nak melancong mana minggu depan, nak tukar kereta apa bulan depan, nak hantar anak belajar universiti mana tahun depan.

Ayuhlah rakyat Malaysia, kini tiba masanya untuk kita sama-sama bangkit dalam mempertahankan hak kita di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi..memperjuangkan hak milik kita selaku rakyat di Malaysia..marilah kita bersama-sama meneruskan aktiviti demontrasi aman, biar celik mata si para menteri mendengar laungan suara rakyat yang akan memprotes isu kenaikan harga minyak..."PROTES SAMPAI TURUN !!!! "

Islam Hadhari punya pasal... Cina pun payah cali makan ooo...

Masyarakat Tionghua turut merasakan tekanan di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berbanding zaman PAS. Setiausaha Parti KeAdilan Rakyat (PKR) negeri, Ng Chai Hing berkata, tidak banyak perubahan yang boleh dinikmati oleh masyarakat bukan Islam sejak BN mengambil alih pemerintahan sejak dua tahun lalu. Bahkan, katanya ramai di kalangan rakyat di negeri ini berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi, peluang pekerjaan terhad, perniagaan merosot dan ditambah pula dengan polisi-polisi baru yang menyusahkan rakyat.
Sebagai contoh, ujarnya pemberian tanah oleh kerajaan PAS dahulu kini telah ditarik balik serta dibatalkan. “Begitu juga dengan sebidang tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS bagi pembinaan sebuah rumah mayat khas untuk masyarakat Tionghua di negeri ini, semua itu telah ditarik balik oleh kerajaan BN,” ujarnya. Ini, katanya jelas membuktikan masyarakat Tionghua tidak mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan BN.
Menurutnya, setelah BN memerintah, rakyat sudah kehilangan banyak pemberian daripada kerajaan PAS sebelum ini. “Banyak kemudahan yang pernah dinikmati semasa di bawah pemerintahan PAS/BA telah ditarik balik oleh kerajaan BN sekarang,” ujarnya.

Thursday, March 30, 2006

Tiada duit Taja Adi Putra tapi berbillion RM bazir untuk F1

Kerajaan Subsidi Kominis UMNO Barang Naik tiada duit untuk taja budak bijak Adi Putra, tapi berbillion RMbazir untuk F1 dan curah pada Lionel Ritchie. Rupa-rupanya yang banyak sapu subsidi ialah kerajaansendiri.
Setiap RM1 untung Petronas, 53 sen masuk dalam kantung kerajaan untuk di joli. Subsidi minyak rakyat miskin di potong, supaya harga Barang Naik melambung.
Baru-baru ni kerap diberitakan di dalam surat khabar tentang nasib adik genius kita, Adi Putra Abdul Ghani yang mungkin dibuang sekolah kerana selalu ponteng sekolah akibat kebosanan.

Alhamdulillah, berita yang baik bagi rakyat Malaysia apabila Menteri Pendidikan kita memberi jaminan yang dia boleh sambung belajar dimana-mana tempat yang diingininya.

Tetapi saya terkilan apabila Menteri Pendidikan mengatakan yang kos pendidikannya haruslah ditanggung oleh ibu bapa budak itu sendiri. Ya, mungkin ibu bapanya mampu untuk menyara kos pendidikannya di tempat pilihannya, tetapi saya berasa sedih kerana kerajaan seolah-olah langsung tidak peduli atau menghargai kebolehan luar biasa adik kita ini.

Justeru itu saya mencadangkan agar PAS yang membantu keluarga adik kita ini untuk membiayai pendidikannya di tempat pilihannya. Biarlah hanya PAS yang menghargai kebolehan luar biasa kanak-kanak ini, kerana kerajaan kita hanya tahu menghargai 'kebolehan' artis-artis. Harap PAS mengambil serius permintaan saya ini.

Wednesday, March 29, 2006

Osama arah rempuh White House - Zacarias

ALEXANDRIA 28 Mac - Anggota Al-Qaeda, Zacarias Moussaoui mendakwa Osama bin Laden mengarahkannya menerbangkan sebuah jet penumpang untuk merempuh White House dalam serangan 11 September, 2001.

Zacarias membuat dakwaan itu semalam dalam keterangannya yang menggemparkan mahkamah dan dijangka meningkatkan kemungkinan dia dijatuhi hukuman mati.

'Pengebom kasut' rakyat Britain, Richard Reid dijadual menyertainya dalam serangan itu, kata Zacarias, seorang rakyat Perancis berketurunan Maghribi.

Dia juga mengaku berbohong mengenai pembabitannya ketika ditahan di penjara pada Ogos 2001 bagi membolehkan serangan tersebut diteruskan.

Pengakuannya itu mengukuhkan hujah pendakwa raya bahawa Zacarias wajar menjalani hukuman mati.

Peguam bela, Gerald Zerkin bertanya kepada Zacarias: ''Sebelum awak ditangkap, adakah awak dijadual menjadi seorang juruterbang dalam operasi 11 September?''

''Ya, saya sepatutnya menerbangkan sebuah kapal terbang yang merempuh White House,'' jawab lelaki itu dalam pengakuan terbuka pertamanya bahawa dia menyertai komplot melibatkan 19 perampas lain yang membunuh hampir 3,000 orang.

Panel juri duduk terpegun mendengar jawapan Zacarias apabila dia ditanya oleh Zerkin siapa yang mengarahkannya menerbangkan pesawat ke White House.
''Osama bin Laden,'' jawab Zacarias dengan tenang.

Peguam bela menyatakan Zacarias tidak tahu menahu mengenai komplot 11 September dan dia dianggap sebagai pengacau oleh `pengganas sebenar' dalam Al-Qaeda.

Zacarias memberi keterangan selepas Hakim Leonie Brinkema memberitahu juri mereka boleh mula menimbangkan kes itu pada Jumaat ini.

Juri perlu memutuskan sama ada Zacarias menyebabkan kematian mangsa serangan 11 September dan dengan itu dia patut dikenakan hukuman mati.

Bukit Bintang kedua kini di bandar Perda, Pulau Pinang

PULAU PINANG, 28 Mac (Hrkh) - Bila dikatakan 'Bukit Bintang Ke Dua' wujud di Pulau Pinang pastinya ramai pihak terkejut. Lebih-lebih lagi, negeri seorang Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilebelkan seorang cucu Tok Alim serta pencetus konsep Islam Hadhari di Malaysia selepas slogan 'Tradisi Membela Rakyat' dan 'Bersih, Cekap dan Amanah' diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semenjak awal memegang tampuk pemerintahan dahulu.

Tempat yang dimaksudkan ialah Pusat Pengtadbiran Seberang Perai Tengah (SPT) yang baru iaitu Bandar Perda yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Aceania Development Sdn Bhd milik adik bekas Menteri Penerangan Malaysia. Pusat hiburan Swiss Jin Jin yang terletak berhampiran Pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pejabat Polis Daerah SPT, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Tenaga Nasional (TNB).

Sekilas pandang sesiapa pun tidak menyangka ia sebuah pusat hiburan kerana di waktu siang ia macam sebuah pusat membeli belah yang belum beroperasi. Tetapi, sebelah malamnya ia kelihatan seperti seorang perempuan yang sungguh cantik, bergaya dan anggun. Apa tidaknya, bangunan umpama gedung membeli belah itu dihiasi lampu nion yang berbagai corak dan warna seakan mengamik sesiapa saja yang tidak kuat iman.

Projek naik taraf dari kawasan sawah padi ke taraf tanah pembangunan diusahakan oleh Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sewaktu Dato' Ibrahim Saad menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Tinjauan Harakahdaily ke tempat tersebut mendapati semua hiburan termasuk disko, karoeke, dangdut, minuman keras, snooker dan pastinya layanan GRO disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Terdapat dua kelas hiburan di situ pertamanya, disko dipenuhi remaja Cina dan Melayu manakala dangdut kebanyakkan golongan tua berhati muda.

Boleh kata, jika pergi ke situ 'macam-macam ada' seperti di Bukit Bintang. Pendek kata, yang penting ialah wang kerananya semua dapat.

Remaja Tionghua tidak terlepas dari kejutan budaya ekoran hiburan tanpa sempadan yang dibuka luas oleh pihak pemerintah Barisan Nasional (BN). Tambahan lagi, remaja Melayu tidak kira lelaki atau perempuan semua sudah tongang langgang dengan pakaian yang menjolok mata umpama pelacur jalanan.

Kenderaan kelihatan berpusu-pusu memasuki ke kawasan tapak letak kereta bila jam menunjukkan pukul 11.00 malam ke atas terutamanya pada malam minggu. Tuan punya kenderaan keluar bagaikan kupu-kupu malam dengan pasangan masing-masing untuk berhibur sehingga pagi.

Pusat hiburan bercambah bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar situ. Macam di Taman Pelanggi, Juru juga terkenal dengan jolokan 'Mini Jakarta' di mana ramai pendatang asing menjadi GRO secara profesional ataupun jalanan.

Bandar Perda yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya dikategorikan sebagai lokasi baru untuk penggiat maksiat melakukan kerja terkutuk. Sikap golongan tersebut tidak disenangi oleh masyarakat di beberapa buah kampung antaranya Kampung Rambai, Kampung Rawa, Kampung Belah Dua dan Kampung Sireh takkala melihat belia melayu berpakaian menjolok mata.

Tetapi, apa boleh buat ia menjadi kebanggaan kerajaan yang mahukan belia berwawasan asalkan menghayati 10 konsep Islam Hadhari yang menjadi asas kempen tersebut.
Lagipun, Pulau Pinang mesti menjadi teladan bagi menyemarakkan lagi Islam Hadhari yang menjadi buah tangan Perdana Menteri ketika mengambil alih jawatan berkenaan pada bulan Oktober 2003 lalu.

Tinggalkan segera Islam Hadhari

KUALA NERUS, 28 Mac (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Dato' Haji Harun Taib menyeru pemimpin dan ahli-ahli Umno segera meninggalkan fahaman Islam Hadhari kerana menyeleweng serta bercanggah dengan Islam sebenar.

Beliau berkata, Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno itu termasuk dalam skop agama baru.

“Islam Hadhari itu satu ajaran agama baru yang banyak menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Pemimpin dan ahli Umno kena tinggal dan rakyat kena faham (Islam Hadhari) itu tidak menepati ajaran Islam,” tegasnya ketika berucap di majlis ceramah di Tepoh, semalam.

Katanya, dasar perjuangan yang membezakan antara perjuangan parti PAS dengan Umno sejak sekian lama.

“Kita tidak berkelahi, kita tidak berbalah dengan pemimpin dan ahli Umno tetapi bercanggah pendapat tentang dasar perjuangan masing-masing,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berkata, orang Islam wajib mencegah kemungkaran sedangkan Umno dan kerajaan BN sentiasa menyuburkannya.

Menurutnya, pelbagai kemungkaran serta kemaksiatan yang ditegah oleh Islam berlaku di bawah pentadbiran kerajaan Islam Hadhari hari ini.

“Rakyat nak berjudi boleh, arak boleh, berjoget boleh, pergaulan bebas boleh, rasuah boleh dan macam-macam boleh dengan Islam Hadhari,” ujarnya

New Palestinian cabinet lineup

GAZA CITY, March 28 - The radical Islamist movement Hamas is set Tuesday to win the seal of approval of lawmakers for its first government, more than two months after its stunning election victory.

The following is a list of the proposed new cabinet:

Prime Minister: Ismail Haniya (also sports minister)
Deputy prime minister: Nasseredine al-Shaer (also education minister)

Finance minister: Omar Abdelrazek
Foreign minister: Mahmud al-Zahar
Interior minister: Said Siam
Economy minister: Alaadine al-Aaraj
Information minister: Yussef Rizqa

Justice minister: Ahmed al-Khaldi
Health minister: Bassem Naim
Local government minister: Issa al-Jaabari
Public works minister: Ziad al-Zhazha
Employment minister: Mohammed Barghuthi

Communications and technology minister: Jamal al-Khodari
Prisoner affairs minister: Wasfi Kabha
Culture minister: Attallah Abu al-Sabeh
Planning minister: Samir Abu Eisheh
Tourism minister: Judeh Mourqos

Transport minister: Abdelrahman Zidane
Agriculture minister: Mohammed al-Agha
Social affairs minister: Fakhri al-Turkmani
Women's affairs minister: Mariam Saleh
Religious affairs minister: Nayef Rajub
Jerusalem affairs minister: Khaled Abu Arafeh
Refugee affairs minister: Atef Edwane

Tuesday, March 28, 2006

Kompleks Dato' Kailan bergegar apabila anak dan menantu PM dicela

KEPALA BATAS, 27 Mac (Hrkh) - Demontrasi aman selama sejam yang diadakan di hadapan Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas petang semalam menggegarkan senario politik Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila anak dan menaNtunya yang dikecam dalam demo itu.

Antara pelbagai sepanduk dan poster terpampang antaranya tertera tulisan "Yang kaya Khairi - Kamaludin, kuburkan BN 2008, pemimpin kaya rakyat derita, Islam Hadhari minyak naik lagi, rakyat bukan kuda kayu, BN bila-bila pun penipu, Pak Lah jangan choong kami, apa ni semua rugi dan berbagai lagi.

Kehadiran ratusan anggota polis, Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta lima buah trak dan sebuah lori pembawa water canon juga menarik perhatian. Kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku di demontrasi lain yang diadakan di negeri ini, di mana pasukan polis hanya berkawal tanpa bertindak memberhenti pemidato yang sedang berucap.

Semalam ianya berubah wajah sehingga mengundang kemarahan rakyat bila pasukan polis mengarahkan semua rakyat yang hadir pulang walaupun baru 15 minit ianya bermula.

Antara yang berucap pada petang itu ialah Yang DiPertua PAS Kepala Batas, Bukhari Ghazali, Bekas calun PAS bagi Dun Penaga, Ustaz Sobri Arshad, Ketua Dewan Pemuda PAS Merbuk, Ustaz Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Ketua Penerangan PAS Negeri, Omar Hasan, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisyam Shahrin, Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar dan Ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang, Amizudin Ahmat.

PKR turut sertai
Demontrasi pertama pimpinan PAS dihentikan setelah berlangsung kira-kira setengah jam oleh polis yang berkawal dengan alasan perhimpunan tiada permit.

Manakala PKR yang datang agak lewat kerana mengadakan konvensyen di Permatang Pauh melaksanakan satu lagi perhimpunan aman di hadapan pintu besar komplekS tersebut.

Walaupun dihalang oleh sebahagian pasukan polis namun dapat juga diadakan apabila kumpulan berkenaan bertukar strateji berselawat dan mengadakan sidang akhbar.

Akibat tidak puas hati dengan tindakan polis menyuraikan perhimpunan tersebut ada sebilangan penyokong berarak bersama kepimpinan menuju ke kedai minuman yang terletak satu kilometer dari Komplek Dato' Kailan.

Melihatkan tindakan itu pasukan polis bergegas pula berkawal di kediaman Abdullah kerana bimbang kumpulan terbabit menuju ke rumah beliau untuk berdemo.

Polis guna anjing, `water canon' dan kuda

'Protes sampai turun' itulah mesej utama perhimpunan aman yang dilakukan di hadapan bangunaan KLCC bermula jam 10.10 pagi hingga 12.45 tengahari. Bagaimanapun, polis simpanan persekutuan (FRU) telah menyuraikan perhimpunan aman itu dengan tembakan `water canon' dan hentaman rotan oleh polis berkuda.

Sebelum perhimpunan itu dimulakan, penulis sempat mengelilingi bangunan KLCC dan apa yang menarik, pihak polis telah mengunci semua pintu masuk bangunan KLCC, hanya pintu bahagian tertentu sahaja dibuka dan ada polis yang mengawal di pintu berkenaan.

Perhimpunan aman anjuran MTUC turut dihadiri NGO's lain seperti Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamod, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan pimpinan lain.

Ketika mereka sedang berbincang tiba-tiba Pemangku Ketua Polis, Balai Polis Dang Wangi, Mohd Razi Ismail memberi amaran supaya perhimpunan itu disuraikan atas alasan perhimpunan tidak mendapat sebarang permit.

Mohd Razi memberi tempoh selama 10 minit untuk pimpinan NGO's memberi arahan kepada pendemo supaya bersurai. Serentak dengan amaran daripada pihak polis itu, pendemo telah melepaskan belon berwarna hitam ke udara.

Polis kena 'boo'
Semua pimpinan PAS dan NGO's menggunakan tempoh selama 10 minit untuk berucap. Tepat jam 10.20 pagi Mohd Razi memberi amaran lagi; `bersurai dengan aman!', kalau tidak kami akan suraikan dengan kekasaran! Amaran itu disambut dengan (boo oleh pendemo). Ketika itu FRU mendapat arahan daripada Ketuanya supaya bersiap sedia untuk melakukan serangan.

Dengan amaran tersebut sebahagian daripada pendemo telah bersurai dan bergerak ke hadapan Angkasa Raya. Pimpinan yang ada ketika itu, Dr Hatta Ramli, Ketua Wanita KeADILan, Fauziah Salleh serta wakil NGO's lain.

Dalam perhimpunan itu, Dr Hatta yang membawa dua orang anaknya berucap, lebih 45 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM1500. Mereka menderita apabila kerajaan telah menaikkan harga minyak. Beliau mempersoalkan, apakah ini balasan kerajaan BN terhadap rakyat yang telah memberi kemenangan besar dalam pilihan raya umum lalu.

Laungan `turun-turun harga minyak, hidup rakyat, jatuh BN' sering kedengaran. Kenderaan yang lalu lalang di situ turut memberi sokongan kepada pendemo dengan memberikan hon yang bertalu-talu.

BN menggelabah
Fauziah turut berucap, inilah kebodohan BN lepas naikkan harga minyak pimpinan BN menggelabah. Mereka naikkan harga minyak tetapi dalam masa yang sama memberi amaran supaya harga barang-barangan keperluan tidak perlu dinaikkan.

"Pimpinan BN tipu rakyat, harga minyak dunia tidak naik tetapi harga minyak kita naik," katanya ketika diberi peluang untuk berucap di hadapan bangunan Angkasa Raya. Perhimpunan itu kembali semula ke hadapan KLCC. Kelihatan Dr Hatta telah memakai t'shirt dengan label 'Protes sampai turun' sambil memimpin anak kecilnya, Amirah, 9 tahun.

Sepanjang perjalanan menuju ke hadapan KLCC, beliau menyuarakan protes; `turun-turun harga minyak', jalan-jalan jangan takut, lawan tetap lawan', kerana ketika itu FRU telah bergerak dan menuju ke arah pendemo.

Apabila beliau dan pendemo yang lain tiba di hadapan KLCC mereka yang setia menanti di hadapan KLCC menyambut mereka dengan bertepuk tangan. Sepintas itu, FRU telah melakukan serangan dan menyerbu ke hadapan pintu utama KLCC manakala 'water canon' melepaskan semburan ke arah pendemo yang lari ke jalan raya.

FRU terus mengejar dengan menjerit, 'bersurai, bersurai, bersurai' disamping melakukan keganasan menangkap pendemo. Seorang pendemo ditangkap di hadapan pintu utama KLCC oleh empat polis (SB) diikuti dengan tujuh tangkapan lain. Polis turut menggunakan khidmat dua ekor anjing untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.

Polis bertindak kasar
Lapan orang pendemo ditahan dan digari dengan plastik mengikat barang. Seorang tahanan mengerang kesakitan; "Tolong darah saya tak jalan ni, (sambil menunjukkan kedua tangannya yang digari) tangan saya dah kebas ni..," seorang tahanan mengerang kesakitan minta belas ikhsan daripada polis supaya melonggarkan ikatan tersebut.

Mohamad Sabu, Setiausaha DAP, Lim Guang Eng, Tian Chua, Sivarasa turut berada di tempat tahanan tersebut. Mereka mengadakan perbincangan dengan pihak Polis supaya FRU tidak terus melakukan keganasan dan menangkap pendemo tetapi pihak polis tidak mengendahkan permintaan tersebut. Sebaliknya mereka diminta bersurai oleh pihak polis.

Setiausaha MTUC, Rajasekaran ketika ditemui, berjanji akan menggunakan khidmat peguam bagi melepaskan tahanan yang dibawa ke balai polis. Beliau berkata, sepatutnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) perlu masuk campur dalam hal bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

Lim Guang Eng kesal dengan tindakan pihak polis yang melakukan serangan terhadap para pendemo di hadapan KLCC yang merupakan simbol kebanggaan Malaysia.
"Kami datang untuk menyokong usaha NGO's memprotes kenaikan harga minyak, sekarang telah disuraikan secara paksaan oleh polis. Kerajaan memang tidak ambil berat dengan rintihan rakyat terhadap kenaikan harga minyak," katanya.

Mohamad Sabu turut kesal dengan keganasan yang dilakukan oleh FRU katanya, PM (Abdullah Ahmad Badawi) tidak membuat apa-apa perubahan terhadap cadangan dalam Suruhanjaya Penambahbaikan Polis bahkan serupa tindakannya.

Katanya, isu ini merupakan isu yang melibatkan rakyat tetapi pasukan polis telah bertindak kasar dalam menghadapi perhimpuanan aman.

Serang lagi
Jam 11.58 FRU melakukan satu serangan lagi dengan memaksa kumpulan orang ramai yang berada di hadapan Avenue K bersurai. Trak `Water canon' dan lapan orang pasukan polis berkuda turut menjerit ke arah orang ramai supaya bersurai.

Ketika itu Dr Hatta yang berada dalam perhimpunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Ampang Park telah ditangkap bersama dua orang anaknya serta AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi serta dua orang pendemo.

Dr Hatta bersama dua orang anaknya dan Athirah telah dibawa ke balai polis Jalan Pudu menggunakan dua buah kereta polis yang berasingan. Manakala pendemo yang lain di bawa ke balai polis menaiki trak polis

Pilihan raya Israel: Olmert di ambang kemenangan

BANDAR GAZA 27 Mac - Pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berada di ambang kemenangan dalam pilihan raya umum yang bakal memberi mandat kepada beliau untuk menetapkan sempadan terakhir Israel tanpa melalui proses rundingan dengan Palestin.

Olmert yang mengambil alih kuasa apabila Perdana Menteri Ariel Sharon mengalami strok 12 minggu lalu, dijangka menewaskan lawannya sebelum memulakan tugas besar untuk menetapkan sempadan terakhir Israel dan mengasingkan negara Yahudi itu sepenuhnya daripada penduduk Palestin.

Tinjauan terakhir sebelum pengharaman terhadap kempen di media mula berkuat kuasa hari ini menunjukkan, Parti Kadima pimpinan Olmert mendahului lawan dengan membolot 34 kerusi di Parlimen 120 anggota itu, kurang sedikit daripada jumlah yang ditunjukkan dalam tinjauan sebelum ini.

Pesaing utama, Amir Peretz daripada Parti Buruh mengakui beliau tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri manakala Pengerusi Parti Likud (bekas parti pemerintah), Benjamin Netanyahu kini berdepan dengan prospek kekalahan memalukan.

Parti Buruh dijangka memenangi 19 kerusi tetapi tinjauan yang disiarkan oleh televisyen Channel Two itu meramalkan parti pelampau berhaluan kanan, Yisrael Beitenu mungkin menyingkirkan Likud sebagai blok ketiga terbesar di Parlimen.

Likud yang memenangi pilihan raya umum lalu pada 2003 dengan 38 kerusi diramalkan meraih hanya 12 kerusi berbanding 15 kerusi untuk Yisrael Beitenu.

Olmert yang bertekad untuk memenangi mandat cukup besar bagi melaksanakan rancangan penetapan sempadan itu menjelang 2010, merayu kepada rakyat Israel semalam supaya keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi.

Menurut sistem pengundian Israel, tidak ada parti yang boleh berharap untuk membentuk kerajaan secara bersendirian tetapi Olmert mungkin mampu mengetepikan Buruh dan Likud daripada kerajaannya sekali gus menguasai semua kementerian utama.

Pembangkang tolak tawaran Thaksin

BANGKOK 27 Mac - Parti-parti pembangkang utama Thailand hari ini menolak tawaran Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan negara selepas pilihan raya 2 April ini dalam usaha menamatkan krisis politik yang berlarutan.

''Saya fikir tawaran ini satu gurauan Thaksin,'' kata jurucakap bagi Parti Demokrat, Ong-Ard Klampaiboon yang memboikot pilihan raya pada hujung minggu depan kerana menganggapnya tidak bebas atau adil.

''Objektif Thaksin hanya untuk mengadakan pilihan raya tanpa perlu memikirkan soal sama ada pilihan raya itu kotor atau tidak,'' katanya.

Thaksin mengadakan pilihan raya itu tiga tahun lebih awal sebagai percubaan untuk mematahkan kempen penunjuk perasaan yang hendak menyingkirkan beliau.

Beliau membuat tawaran itu malam tadi dengan berkata, pembangkang akan memegang jawatan kanan dalam kerajaan perpaduan negara sekalipun jika mereka tidak menyertai pilihan raya.

Belum ada reaksi daripada Parti Matachon yang turut memboikot pilihan raya itu tetapi pegawai Parti Chart Thai menolak tawaran daripada Perdana Menteri yang mereka tuduh terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

''Ini khayalan Thaksin,'' kata timbalan pemimpin parti, Somsak Prisnanantakul kepada sebuah stesen radio di Bangkok.

''Dia memang korup dan dia cuba mengheret semua orang lain menjadi korup seperti dia.''
Walaupun Thaksin sangat popular di kalangan penduduk kampung Thai, sebilangan kerusi Parlimen dijangka tidak dapat diisi sedangkan di bawah perlembagaan negara ini, semua kerusi mesti diisi sebelum kerajaan boleh dibentuk.

Sementara itu, pilihan raya Thailand pada hujung minggu ini kemungkinan tidak dapat mengisi kesemua kerusi di Parlimen yang menimbulkan keraguan sama ada Perdana Menteri baru boleh dilantik.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Ekachai Waroonprapa berkata, pengundian pada Ahad ini kemungkinan tidak akan mengisi kesemua 500 kerusi seperti yang dikehendaki oleh undang-undang untuk mengesahkan Perdana Menteri baru.

''Adalah tidak mungkin kita akan mendapat Ahli Parlimen yang mencukupi selepas pilihan raya kerana hanya sebilangan kecil calon sahaja yang bertanding.

''Kami telah bersedia dengan beberapa pilihan untuk menghadapi apa jua keputusan,'' katanya.
Ekachai berkata demikian sebelum mempengerusikan mesyuarat EC yang dijangka memuktamadkan persiapan pengundian Ahad ini dan menetapkan butiran sekiranya keputusan pilihan raya gagal membentuk Parlimen.

Suruhanjaya itu telah melarang kira-kira satu pertiga daripada 941 calon daripada bertanding kerana gagal mencapai keperluan minimum untuk berbuat demikian.

Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya tiga tahun lebih awal dengan harapan dapat mengendurkan protes jalanan selama berminggu-minggu yang menuntut beliau meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

20 pengikut Muqtada dibunuh

BAGHDAD 27 Mac - Para pembantu kepada ulama radikal Syiah, Muqtada al-Sadr semalam melaporkan 20 orang pejuangnya dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan Iraq dalam satu serangan di sebuah masjid Syiah di timur Baghdad.

Ketua pejabat Muqtada di Baghdad, Abdul-Zahra al-Suaidi berkata, mangsa-mangsa itu terkorban apabila tentera AS dan Iraq melepaskan tembakan ke atas Masjid Al-Moustafa yang sering dikunjungi oleh pengikut-pengikut Muqtada di daerah Ur.

Polis Iraq pula memberitahu, 22 orang terbunuh dalam serangan itu manakala tentera AS mendakwa 16 orang dibunuh oleh pasukan khas Iraq dengan bantuan askar-askar AS.

''Tiada mana-mana masjid diceroboh atau mengalami kerosakan dalam serangan itu,'' kata tentera AS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sekurang-kurangnya lima jam selepas insiden itu berlaku.

''Askar-askar daripada Briged Pasukan Operasi Khas Pertama Iraq diserang sewaktu mereka masuk ke kawasan itu.

''Askar-askar Iraq telah membunuh 16 gerila dan menahan 15 yang lain,'' menurut kenyataan itu.

Leftenan Hassan Hmoud daripada pasukan polis Iraq meletakkan angka kematian itu kepada 22 orang, dengan lapan lagi cedera.

Beliau berkata, beberapa orang mangsa yang terbunuh itu berada di pejabat Pertubuhan Iraq-Parti Dawa Islam dekat masjid itu.

Insiden tersebut bermula apabila tentera AS diserang oleh sebuah kumpulan yang tidak dikenali dari arah masjid dan pejabat parti itu, katanya.

Ahli Parlimen Syiah Iraq yang juga jurucakap parti, Khudayer al-Khuzai berkata, 15 anggota parti itu ''sedang menghadiri satu mesyuarat kebudayaan'' di sebuah pejabat dekat masjid Syiah tersebut.

Khudayer menambah, beliau telah mengadu tentang kejadian itu kepada Perdana Menteri Ibrahim al-Jaafari yang berjanji akan menjalankan siasatan.

Justeru, Gabenor wilayah Baghdad, Hussein al-Tahan hari ini mengumumkan, penggantungan semua kerjasama dengan pasukan tentera Amerika Syarikat sehingga satu siasatan bebas dijalankan terhadap kejadian itu.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, sebanyak 30 orang terbunuh dalam letupan bom di pangkalan tentera bersama AS-Iraq di Mosul, hari ini.

Sumber Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan itu disasarkan kepada rekrut tentera Iraq dan dilakukan oleh pengebom berani mati yang mengikat bahan letupan pada badannya.

Monday, March 27, 2006

Masalahnya harga minyak naik, bukannya kereta Proton turun

"Proton menurunkan harga keretanya dari RM1000-RM3000, demikian juga Perodua. Sebagai pengguna, saya setuju aje tentang penurunan itu. Tapi kita beli kereta pun bukan setiap hari.... Saya sendiri baru sahaja membeli kereta baru menggantikan Wira saya.
Takkan kerana harganya lebih murah RM1000-RM3000, maka saya kena jual kereta baru saya itu dan saya beli kereta Proton? Masalahnya, harga minyak naik, menyebabkan saya lagi ‘naik minyak’ terhadap kerajaan BN (Barang Naik) ni. Harga gas naik, barangan naik dan perkhidmatan naik.
Semua naik termasuk kerajaan BN terus naik, tak pernah turun-turun. Sekali isi tangki penuh, lebihkurang RM85-86. Sebelum harga minyak naik kali terakhir ini, RM 67-68 lebihkurang. Pertambahan sekitar RM15 sekali isi. Setangki saya pakai 3-4 hari. Bererti sebulan 10 kali isi. Maknanya RM150 kenaikan sebulan.
Keseluruhan penggunaan minyak lebihkurang RM850 sebulan. Setahun RM10,200.00! Pendapatan saya sederhana-tidak sebanyak Pak Lah dan Najib, juga tidaklah serendah mereka dalam rancangan ‘Bersamamu’. Ini baru minyak, belum harga gas, barangan keperluan harian, makanan dan perkhidmatan yang turut naik dengan sebab kenaikan harga minyak. Perbelanjaan sebulan meningkat beberapa ratus ringgit secara keseluruhan. Gaji tetap sama setakat ini. Claim mileage pun masih di takuk lama. Kenaikan gajipun bukan setiap bulan. Namanya pun ‘makan gaji’.
Jadi gaji itu sentiasa dimakan.Yang geram dan lagi ‘naik minyak’ nya saya ialah apabila F1 menelan belanja berbillion ringgit. Untuk rakyat? Tentu bukan. Jadi untuk siapa?Rumah Najib pula dengarnya paling kurang RM1 juta dihabiskan untuk membaikinya. Duit sendiri ke? Istana Pak Lah kat Putrajaya berapa baiki?Sampai hari ini saya masih tak faham apa maksud ‘wang subsidi minyak digunakan untuk perkhidmatan awam’.
Ada pak menteri yang boleh huraikan? Atau nak ‘duit minyak’ dulu baru nak beritahu?‘Naik minyak’ saya ini belum reda, dan insyaAllah takkan reda hinggalah protes dan demonstrasi yang dibuat, sama ada di KLCC atau di tempat lain membuahkan sesuatu hasil.
Jadikan slogan ‘PROTES SAMPAI TURUN’ mencapai matlamatnya

Thaksin yakin menang

BANGKOK 26 Mac - Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra hari ini yakin partinya akan menang dalam pilihan raya akan datang dan bersedia menawarkan jawatan dalam Kabinet kepada lawannya ketika membentuk kerajaan baru nanti.

''Saya merancang untuk membentuk kerajaan kebangsaan selepas pilihan raya dan saya juga berbesar hati untuk menawarkan jawatan dalam Kabinet kepada Parti Demokrat dan Chart dalam usaha menjalinkan kerjasama dan melakukan perubahan politik Thailand,'' katanya.

Beliau berkata demikian bagi meraih sokongan rakyat yang berusaha untuk menyingkirkan beliau dari jawatannya sekarang.

Sementara itu, awal hari ini beribu-ribu pembantah antikerajaan berarak ke kawasan membeli-belah yang sibuk di kota ini dalam tunjuk perasaan hari kedua bertujuan untuk menyingkir Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan berarak ke pusat membeli-belah Siam Paragon Mall sambil mengibarkan sepanduk dan menjerit-jerit ''Thaksin Keluar.''

Perarakan tersebut telah menghalang lalu lintas di salah satu daripada jalan-jalan yang paling sibuk di sini dalam ''kempen terakhir'' tiga hari untuk mendesak Thaksin supaya meletak jawatan.

Israel mahu putuskan hubungan dengan Palestin

BAITULMAQDIS 26 Mac - Tentera Israel akan memutuskan segala ikatan dengan pihak berkuasa Palestin biarpun di peringkat tempatan.

''Sebaik sahaja kerajaan Hamas mengangkat sumpah, kita tidak akan membenarkan sesiapa bercakap bagi pihak Palestin,'' kata jurucakap penyelaras pejabat kerajaan daerah di Tebing Barat, Shlomo Dror hari ini.

''Kami tidak akan berunding dengan Hamas dan akan mencari pendekatan berbeza untuk bekerjasama dengan Palestin melalui pertubuhan antarabangsa dan para pegawai Fatah,'' katanya.

Kenyataan tersebut dibuat berhubung tindakan pegawai perhubungan Israel di Tebing Barat yang akan menghentikan perjanjian dengan pihak berkuasa Palestin selepas Kabinet Hamas mengambil alih tugas yang menumpukan terhadap pertubuhan antarabangsa dan rakyat biasa Palestin.

Semenjak Hamas memenangi pilihan raya Palestin pada 25 Januari lalu, ketua-ketua Israel menyatakan bahawa mereka akan memutuskan semua hubungan dengan kerajaan Palestin sekiranya tidak mengiktiraf hak Israel untuk melepaskan segala keganasan.

Bagaimanapun, para pegawai Hamas yang dijangka bertugas minggu ini enggan mengendahkan tuntutan tersebut.

Bulan lalu, Pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan bahawa Israel akan menghentikan penghantaran cukai yang dipungutnya bagi pihak Palestin sebanyak AS$50 juta (RM184.7 juta) sebulan.

Kata Shlomo Dror, kerjasama pejabat-pejabat di seluruh Tebing Barat akan meneruskan fungsinya selepas Kabinet mengambil alih tugas namun akan menghentikan kerjasama dengan Palestin.

Askar AS mengamuk di kota Balad, Haditha

BAGHDAD: Tentera Marin Amerika Syarikat berdepan dua dakwaan terbaru membunuh penduduk awam Iraq, termasuk wanita dan kanak-kanak selain membiarkan seorang mangsa mati akibat banyak kehilangan darah, meskipun dirayu berjam-jam supaya diselamatkan.

Dua akhbar Britain melaporkan semalam, anggota Marin terbabit membuat tuduhan palsu dengan mendakwa kesemua mangsa sebagai anggota pejuang musuh.

Dakwaan terbaru itu membabitkan dua kejadian aitu pembunuhan 11 orang di Balad, 80 kilometer ke utara Baghdad pada 15 Mac lalu serta 8 yang lain di Haditha, barat Iraq yang berlaku November lalu.

Di Balad, polis Iraq berkata, 11 mayat dikeluarkan daripada timbunan rumah yang dimusnahkan tentera AS itu.

"Ini termasuk mayat empat wanita dan lima kanak-kanak berusia enam bulan sehingga 5 tahun. Tentera AS sebelum ini mengumpulkan 11 anggota keluarga terbabit dalam sebuah bilik dan menembak mati mereka begitu saja," kata satu laporan polis yang diperoleh wartawan akhbar Knight Ridder.

Sebuah helikopter tentera AS mendarat dekat rumah Issa Harat Khalaf.
Biarpun penduduk Abu Sifa biasa dengan bunyi bising pesawat AS, kali ini mereka hairan pendaratan helikopter pada waktu malam.

Tentera terbabit kemudiannya menyerbu dari rumah ke rumah atas alasan mencari anggota kumpulan penentang. Khalaf yang bertugas sebagai pengawal keselamatan yang mengawasi saluran paip minyak, melihat sendiri bagaimana askar AS itu menyerbu rumah adiknya, Fayez.

Mereka kemudiannya melepaskan tembakan membabi buta disusuli teriakan wanita dan kanak-kanak.

"Mereka menembak bertalu-talu. Selepas itu askar terbabit dengan selamba pergi dari sini," kata Khalaf, minggu lalu.

Berita pembunuhan kejam askar AS di perkampungan Abu Sifa di Balad pada 15 Mac lalu dibuat Ahad lalu - serentak dengan laporan majalah Time mengenai siasatan 10 minggu ke atas dakwaan pembunuhan 15 penduduk Haditha.

Pegawai tentera Amerika mengakui 15 orang awam Iraq itu dibunuh askar Marinnya, bercanggah dengan dakwaan tentera terbabit bahawa mangsa maut akibat bom kumpulan penentang. Malah, satu-satunya askar AS yang maut adalah Lans Koperal Miguel Terrazas.

"Terbukti, semua mangsa mati dibunuh tentera Marin yang mengamuk dan bukannya serangan balas seperti didakwa sebelum ini. Kejadian itu adalah bukti jelas pembunuhan warga awam Iraq oleh askar AS," kata akhbar berkenaan.

Empat daripada lapan lelaki itu adalah pelajar yang dalam perjalanan ke kolej. Kesalahan mereka adalah melintasi konvoi askar Marin selepas tiba-tiba satu letupan berlaku.

Kenyataan askar Marin itu menuduh pelajar itu lari apabila diminta keluar daripada kereta. "Akibatnya, mereka semua ditembak. Askar Marin itu kemudiannya mendakwa ketika itulah mereka menjadi sasaran serangan dari rumah berdekatan," kata kenyataan tentera AS.

Dua kejadian di Balad dan Haditha itu kini disiasat pihak berkuasa AS. Namun, kejadian itu mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis hak asasi manusia yang komander tentera Pentagon gagal menangani pencabulan kuasa askarnya ke atas penduduk awam Iraq.

Pihak Pentagon sendiri mendakwa menyiasat sekurang-kurangnya 600 kes penderaan askar AS yang berkhidmat di Iraq dan Afghanistan. Daripada itu, 230 askar dikenakan tindakan disiplin.

Kajian tiga kumpulan hak asasi manusia di New York yang bakal diumumkan bulan depan, mendakwa kebanyakan askar terbabit dikenakan hukuman ringan seperti dipotong gaji, turun pangkat atau diberi tugasan tambahan.

Hanya segelintir daripada 76 kes yang dikemukakan ke Mahkamah Tentera menyaksikan hukuman setimpal iaitu dihukum penjara lebih setahun, membabitkan kes di Abu Ghraib.

Sunday, March 26, 2006

Dr Hatta dan dua anaknya antara 18 yang ditahan dalam demo depan KLCC

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli bersama dua anaknya antara yang ditahan dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang dihadiri 2000 peserta di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebentar tadi.

Dua anak perempuan Dr Hatta yang turut serta berdemonstrasi turut ditahan ketika hendak bersurai hadapan jalan bertentangan KLCC setelah memulakan semula demosnstrasi di kawasan berkenaan.

Lebih malang lagi seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al Jundi turut menjadi mangsa kerakusan polis menahan peserta demonstrasi setelah terdahulu sebelum itu peserta disembur dengan air 'water canon'.

Lain yang ditahan ialah aktivis Parti KeADILan Rakyat (PKR), Omar Tan Abdullah, aktivis Universiti Bangsar Utama (UBU), Fiqtrey Al Hakimi; Pemuda PAS Pandan, Kamal Mohammad; Hariss Ibrahim, Salmah Arshad, Azmi Ali dan beberapa yang lain.

Setakat berita ini ditulis Semua yang ditahan kini berada di Balai Polis Pudu dan belum dibebaskan.

Perhimpunan yang bermula jam 10.00 pagi tadi dianjur oleh Kengres Kesatuan Sekerja Nasional (MTUC) dengan kerjasama PAS, PKR, DAP, Suarama dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Antara pimpinan yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Presiden MTUc, Syed Syahir Syed Mohammud; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua Penerangan PKR; Tian Chua dan beberapa aktivis rakyat.

Anjuran MTUC
Perhimpunan Bersama Keluarga hari ini pada asalnya dianjurkan oleh MTUC . Bagaimanapun pihak lain yang juga menentang kenaikan harga minyak ini menyertai perhimpunan MTUC itu.
Antaranya Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang ditubuhkan oleh parti pembangkang dan NGO tempatan.

"Kami menganjurkan perhimpunan untuk memberikan penerangan tentang kandungan memorandum yang hendak dihantar MTUC kepada Perdana Menteri di Bangunan Parlimen esok," kata Syed Shahir, Presiden MTUC kepada Harakahdaily sebelum ini.

MTUC tidak bersetuju dengan kenaikan ini kerana golongan pekerja yang paling terasa akibatnya ekoran kenaikan harga minyak ini, kata beliau.

Lagipun, katanya, ada cara lain yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani kenaikan harga minyak dunia sebagaimana cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Saya akan menetap dalam negara mulai Mei - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berada sepenuhnya di dalam negara mulai Mei nanti."Insya Allah saya akan mula berada di dalam negara mulai Mei nanti di samping sesekali ke luar negara untuk menjalankan tugas saya," kata Anwar kepada Harakahdaily malam tadi.

Beliau ditemui selepas menyertai majlis 'An Evening with Press' yang diadakan di sebuah hotel dekat sini.Beliau meluangkan masa kira-kira tiga jam bersama-sama media tempatan dan juga antarabangsa.

Lebih kurang 50 wakil media hadir dalam majlis itu. Antaranya adalah wartawan BBC, Jonathan Kent, bekas Ketua Pengarang NSTP, Dato' Kadir Jasin dan para wartawan yang sedang bertugas dengan palbagai media sekarang.Dalam majlis itu, Anwar menerangkan beliau terpaksa bekerja di luar negara kerana peluang untuk beliau di negara ini tertutup rapat selepas dibebaskan dari penjara.

"Ketika dalam penjara bolehlah sahabat-sahabat saya menyara anak-anak saya tetapi selepas bebas saya kena cari pendapatan sendiri," kata Anwar.Beliau menjadi profesor di dua buah universiti di Amerika di samping mula menjadi konsultan kepada Bank Dunia mulai beberapa bulan lepas hingga sekarang.

Beliau pulang ke tanah air Jumaat lepas untuk memberikan kenyataan kepada polis manakala esok (Ahad) beliau akan berlepas ke Hong Kong untuk membentangkan satu kertas kerja di konvensyen ekonomi di sana.

Mahu bertanding

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar melahirkan hasrat untuk bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya umum akan datang.

Kini kerusi itu diwakili isterinya, Dr Wan Azizah."Kenapa saya tidak boleh bertanding saya juga adalah rakyat Malaysia dan mempunyai hak untuk bertanding," katanya.Bagaimanapun katanya beliau perlu mendapat persetujuan daripada Ahli Parlimen kawasan itu (isterinya) sama ada membenarkan beliau bertanding di situ."Tetapi ini bergantung kepada keputusan Wan Azizah untuk membenarkan saya bertanding di situ," katanya sambil diiringi gelak ketawa pihak media yang hadir.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja ditanya seorang wartawan sama ada beliau akan bertanding pada pilihanraya akan datang memandangkan kerajaan mungkin mengadakan pilihanraya umum lebih awal daripada jangka masa beliau dibenarkan menyertai pilihan raya.Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar tidak dibenarkan menyertai pilihan raya sehingga April 2008.

Selain daripada faktor dirinya, Anwar juga percaya pilihanraya akan diadakan lebih awal dari April 2008 kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan."Tetapi saya tidak fikir selepas pilihanraya nanti ekonomi akan bertambah baik sekiranya kerajaan terus mengabaikan prinsip-prinsip mengekalkan daya saing dan pemerintahan yang baik,"katanya dalam sesi soal jawab dengan media.Beliau juga turut menyentuh soal pendidikan, ekonomi, soal permit import dan juga akaun Petronas yang tidak telus.

'PROTES SAMPAI TURUN'

Dr Hatta melambai tangan ketika dibawa dua anggota polis menuju ke kereta polis setelah ditahan di sekitar KLCC dalam demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak sebentar tadi. Turut ditahan dua anak perempuannya, AJK Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi dan 14 yang lain. Water canon dan FRU berkuda telah digunakan untuk menyuraikan pendemonstrasi tengahari tadi.

Friday, March 24, 2006

Singapura mampu beri RM6 bil tunai untuk rakyatnya, mengapa tidak Malaysia.

Jika sebuah negara bukan pengeluar minyak seperti Singapura boleh memberi RM6 bilion tunai kepada seluruh warga Singapura, terutama yang miskin, mengapa kerajaan Malaysia tidak boleh berbuat demikian sedangkan Petronas mendapat keuntungan hampir RM500 bilion sejak ia dibentuk pada 1971? Hal tersebut diberitahu oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Guan Eng memetik 5 contoh di mana sikap tidak bertanggungjawab masih berlaku walaupun kerajaan berjanji ia bertanggungjawab mengurus kewangan negara, melaksanakan perbelanjaan berhemah dan urustadbir yang baik.
Pertamanya, kegagalan kerajaan menangani pegawai-pegawai yang rasuah yang telah mendapat keuntungan daripada subsidi diesel. Para nelayan mendapat subsidi diesel dan ia meningkat dari 326 juta liter pada tahun 2002 kepada 1.2 bilion liter tahun 2005 tetapi jumlah ikan yang ditangkap sebenarnya menurun iaitu 1.29 juta metrik tan pada 2002 kepada 1.2 juta metrik tan pada 2005
Jelasnya, ada seseorang yang telah menjadi kaya-raya dengan menjual diesel subsidi secara haram kepada bukan nelayan.Suspek yang paling disyaki ialah pegawai-pegawai daripada Kementerian yang berkaitan yang telah meluluskan bekalan diesel yang meningkat hampir 900 juta liter daripada 326 juta liter klepada 1.2 juta liter.
Pada beza purata sebanyak 30 sen daripada harga pasaran, negara telah kehilangan hampir RM300 juta kepada mereka yang di kementerian yang berkaitan, yang telah salahguna subsidi diesel.
Mengapa tiada tindakan diambil terhadap pegawai penguatkuasa yang membenarkan jumlah diesel yang dibekalkan untuk naik sehingga 3 kali ganda tetapi jumlah ikan yang ditangkap menurun? Ternyata kerajaan kini keliru antara polisi dan perlaksanaan mengakibatkan rakyat Malaysia dihukum dengan harga minyak yang tinggi kerana gagal penguatkuasaan.
Keduanya, kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup tetapi enggan mengamalkan apa yang ia cakap. Kerajaan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan mengarahkan semua menteri dan pegawai tinggi kerajaan menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan perbelanjaan serta hidup secara sederhana.
Gagal berbuat demikian hanya membuktikan persepsi bahawa beban kenaikan harga minyak hanya dipikul oleh mereka yang miskin dan pekerja-pekerja berpendapatan rendah.
Ketiga, kerajaan berbohong apabila ia membandingkan harga minyak dengan negara-negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang terpaksa membayar lebih tinggi untuk minyak. Perbandingan hanya wajar dibuat dengan negara-negara pengeksport, jika begitu, Malaysia merupakan negara antara yang tertinggi harga minyaknya.
Keempat, jika minyak dijangka akan kering pada 2010, terdapat desakan untuk harga minyak turun pada harga pasaran RM2.46 seliter supaya rakyat bersedia menghadapi hari dimana minyak akan diimport.
Menghapuskan subsidi akan mengurangkan kerugian disebabkan penyeludupan minyak kita yang lebih murah di luar negara dan memaksa ekonomi lebih berdaya saing dan pekerja Malaysia lebih produktif.
Namun, menghapuskan subsidi akan memberi kesan sosial ke atas golongan miskin. Bagi meringankan kos hidup yang tinggi yang sedang dihadapi oleh rakyat, terutama kumpulan berpendapatan rendah, keuntungan besar Petronas RM35.5 bilion patut dikongsi oleh rakyat Malaysia.
Keuntungan sekurang-kurang RM35.5 bilion bagi tahun kewangan 2004-2005 akan membolehkan setiap warga mendapat RM1,500 setahun. Daripada diberikan kepada setiap warga, hanya berikan kepada yang memerlukan sahaja.
Jika Singapura sebuah negara yang bukan pengeksport minyak boleh memberi RM6 bilion tunai kepada semua pekerja miskin dan rakyat kelas bawahnya dalam bajet 2006 yang baru diumumkan pada 17 Februari 2006, mengapa tidak boleh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada keuntungan jualan minyak negara, cabar Guan Eng.
Kelima, adakah rakyat akan benar-benar mendapat manfaat dalam sistem pengangkutan atau projek pembangunan daripada RM4.4 bilion penjimatan akibat daripada kenaikan 30 sen. Apabila minyak naik daripada RM1.37 kepada RM1.92 seliter bagi petrol dan RM0.78 kepada RM1.58 seliter diesel sejak Mei 2004, berbilion ringgit telah dijimatkan dalam subsidi minyak. Namun, rakyat tidak melihat apa-apa manfaat daripada projek-projek pembangunan atau pengangkiutan awam yang bertambah baik.
Rakyat mahu lihat manfaat terus daripada sumber minyak yang ada, bukan dikebas oleh kronisme dan korupsi. Sungguh memalukan apabila sebuah negara seperti Singapura mengagihkan tunai kepada rakyat miskinnya tetapi bukan sebuah negara pengeksport minyak seperti Malaysia.

Inilah sikap Islam Pemimpin UMNO

Kementerian Pelajaran akan menyiasat aduan seorang wakil rakyat bahawa anaknya telah menjadi mangsa diskriminasi kerana enggan memakai tudung. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, beliau akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi kawasan Indera Mahkota Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.
Wan Adnan sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa anaknya yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Methodist di Kuantan, telah menjadi mangsa diskriminasi kerana enggan memakai tudung.
Ketika menjawab soalan Wan Adnan, Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata, pihak sekolah tidak boleh memaksa mana-mana pelajarnya memakai tudung. "Tudung bukan merupakan uniform yang wajib. Kita galakkan pelajar Islam memakai tudung tetapi tidak ada sesiapa boleh paksa pelajar pakai tudung," katanya.
Pasang CCTV
Sementara itu, menurut laporan Bernama, ketika menjawab soalan Donal Peter Mojuntin (BN-Penampang), Noh berkata, syarikat keselamatan yang mengawal sekolah yang dikenalpasti bermasalah atau berisiko tinggi, telah diarahkan memasang kamera litar tertutup (CCTV). Katanya, CCTV itu perlu dipasang di tempat yang sering diceroboh, termasuk makmal komputer, pejabat sekolah dan asrama pelajar perempuan.
"Kita berharap arahan ini akan membantu pengawal keselamatan mengawal kawasan berisiko tinggi," katanya, sambil menambah sambutan syarikat keselamatan terhadap arahan itu belum memuaskan, mungkin disebabkan kos pemasangan CCTV yang tinggi. Dalam pada itu, Noh berkata kementeriannya dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), akan memperbanyakkan lagi ujian air kencing ke atas pelajar sekolah bagi membendung gejala pelajar menagih dadah.
Ditanya mengenai masalah penagihan dadah di kalangan pelajar yang dikatakan meningkat, katanya, pihak sekolah hanya boleh bertindak terhadap apa yang berlaku di sekolah sahaja. "Apa yang berlaku di luar sekolah, pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi jika pelajar membeli dadah dan membawanya ke sekolah, kita akan berusaha untuk menanganinya dengan mengadakan ujian air kencing," kata Noh.

Syarikat kedua bangunkan Ladang Rakyat

KOTA BHARU, 22 Mac - Biar pun dipertikaikan kesemua wakil rakyat Umno pada persidangan DUN lalu, namun projek Ladang Rakyat yang dilaksanakan bagi membantu penduduk miskin melalui agihan saham semakin menjadi realitinya.

Kelmarin satu lagi perjanjian membangunkan Ladang Rakyat iaitu di Mukim Kandek, Dabong melibatkan kawasan kawasan seluas 2,963 ekar ditandatangani dengan syarikat Ladang Ternakan Maju Sdn Bhd.

Kerajaan negeri diwakili Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menandatangani bagi pihak PMBK, manakala Syarikat Ladang Ternakan Maju oleh pengarahnya, Rahmat Ibrahim dan Amnah Ibrahim.

Ladang terbabit akan dimajukan dengan tanaman kelapa sawit. Hasil keuntungan ladang akan memberi manfaat kepada hampir seramai 4,500 peserta Ladang Rakyat yang dipilih di kalangan penduduk miskin.

Syarikat berkenaan juga membayar sebanyak RM619,888 bagi tahun pertama hingga lima, manakala tahun ke enam dan seterusnya bayaran meningkat sebanyak RM800,000 kepada pengurusan Ladang Rakyat sebelum diagih setiap peserta.
Baru-baru ini, anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ladang Terah Sdn Bhd juga menandatangani perjanjian bagi memajukan projek Ladang Rakyat di Jeli.

Difahamkan pembayaran pertama kepada peserta akan dibuat pada Jun tahun ini, di mana setiap peserta akan menerima antara RM200 dan RM300 setiap bulan. Pembayaran itu akan dimasuk ke dalam akaun peserta.

Sesi Penerangan Shafie Apdal di kampus disambut dingin

Akhirnya bertapak juga Shafie Apdal buat julung-julung kalinya ke Kampus Kejuruteraan USM pada hari semalam (21 Mac 2006). Walaupun hari tersebut dikatakan mempunyai aturcara jadual yang agak ketat, beliau sempat lagi membuat lencongan ke kampus tersebut bagi memberi taklimat khas berkenaan isu-isu semasa terutamanya tentang sebab-sebab dan implikasi dari kenaikan harga minyak.

Selaku warga kampus yang 'taat' kepada dasar pemerintah, maka datanglah beberapa orang 'pendengar' ke majlis berkenaan bagi melihat dan menatapi sejauh manakah Shafie Apdal 'bersilat' secara langsung di depan warga bakal jurutera di kampus tersebut. Pada mulanya majlis berkenaan dirancangkan berlangsung pada pukul 4.30 petang, namun disebabkan majlis perasmian Kempen Pemotongan Harga di Pasaraya Besar Giant di Bayan Baru, maka majlis sesi taklimat tersebut diadakan lewat 50 minit.

Memandangkan seorang menteri melakukan kunjungan khas ke kampus tersebut maka, sudah pastilah pihak universiti akan melakukan persiapan untuk menjadikan majlis itu berjaya. Maka khabarnya dikerahkanlah seluruh kakitangan kampus iaitu merangkumi dekan,timbalan dekan, penggawa, pensyarah serta kakitangan di semua pejabat desasiswa dan pejabat desasiswa di seluruh kampus berkenaan. Namun untuk pelajar, sebilangan kecil sahaja dikerah ke majlis berkenaan. Ini termasuklah MPP kampus berkenaan yang merupakan anggota tetap Aspirasi Universiti.

Majlis berkenaan di pengerusikan oleh Penggawa Desasiswa Lembaran (desasiswa yang dicat paling biru di kampus berkenaan) iaitu Dr. Nurulakmal Mohd Sharif. Sebelum bermulanya majlis berkenaan, sudah ada arahan dari penggawa berkenaan agar berdiri dan bertepuk tangan apabila tibanya Shafie Apdal. Pada masa ini, sudah kedengaranlah bisik-bisik antara 'anggota kerahan' tersebut yang tidak berapa bersetuju dengan teknik mengada-ada berkenaan.

Beberapa ketika selepas itu maka tibalah 'tetamu kehormat' yang dimaksudkan itu. Beliau diiringi oleh TNC BHEP, Dato' Prof Madya Jamaludin Mohaiadin serta Prof. Abdul Rahman. Walaupun majlis tersebut bakal bermula pada masa itu, nampaknya masih banyak kerusi yang belum diisi.

ISU YANG DIPERBINCANGKAN PADA PETANG ITU.
Jika saya mahu menghuraikan apa yang diterangkan pada hari itu, rasanya semua orang sudah tahu gerak tari silat yang akan dipertontonkan pada masa itu. Semuanya hampir sama seperti yang diwar-warkan di media massa mutakhir ini.

Taklimat itu dimulakan dengan kata-kata manis tentang pasca pendidikan universiti yang dilalui oleh beliau selepas itu masuk sedikit demi sedikit kepada hal ehwal universiti tempatan dan akhirnya masuklah kepada sebab-sebab dasar kerajaan yang bertindak menaikkan harga minyak. Malah semuanya terkandung di dalam buku risalah yang diterbitkan khas oleh KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tentang isu berkenaan.

Disinilah kita dapat melihat penumpuan titik isu yang dimainkan oleh Shafie Apdal. Kini saya huraikan serba sedikit tentang titik penumpuan isu yang cuba dimainkan oleh menteri berkenaan.

Untuk sebab-sebab kerajaan terpaksa menaikkan minyak, beliau fokuskan kepada kenaikan harga minyak yang tertinggi pada Ogos 2005 iaitu US Dollar 65.50 setong namun pada graf yang sama, harga minyak semasa pada tahap US Dollar 61.83 setong pada Januari 2006 tidak ditekankan.

Persoalan: Mengapa kita mengambil kira nilai harga minyak yang datangnya pada bulan Ogos 2005 yang boleh dikatakan sejarah untuk harga minyak terkini ? Malaysia ini jenis yang suka mengambil suatu yang tidak 'up-to-date' untuk membangunkan negara-kah?

Ditekankan pula, kerajaan terpaksa menggunakan tindakan 'tidak popular' untuk menaikkan harga minyak kerana itulah caranya yang terbaik untuk mengatasi implikasi daripada kenaikan harga minyak dunia.

Persoalan: Namun begitu, telahpun tersiar kenyataan Dr. Mahathir di Malaysiakini pada 15 Mac 2005 bahawa "Kenaikan harga minyak boleh dielakkan". Antaranya adalah dengan mengukuhkan nilai ringgit bagi mengurangkan kesan harga minyak dunia yang tinggi dalam matawang dolar Amerika ke atas harga minyak tempatan.

Untuk kenaikan harga barang seperti roti canai dan teh tarik, beliau seperti biasa memarahi peniaga berkenaan yang bertindak menaikkan harga barang. Disini ditegasnya pula, tepung,gula dan peralatan untuk membuat barang tersebut dikawal, jadi tidak sepatutnya ia naik.

Persoalan: Saya mengambil kata-kata yang diluahkan oleh Dr Hatta Ramli semasa Forum Perdana di Dataran Purnama, Kg.Kedah pada 10 Mac 2006 yang lalu,"Kalau kita buat roti canai, takkan kita uli-uli roti lepas itu terus boleh makan ? Pasti kita masak dahulu di dapur menggunakan api yang sumbernya dari gas memasak. Sedangkan gas memasak juga turut mengalami kenaikan."

"Ingat teh tarik ini dibuat pakai air sejuk ka? Mesti kita guna air yang panas untuk buat teh tarik, air yang panas itu pun dimasak menggunakan api yang bersumberkan gas memasak."

Selain itu, seperti biasalah membandingkan nilai harga minyak dengan negara-negara lain didunia dalam unit RM (Ringgit Malaysia).

Namun tidak difokuskan kadar nilai matawang tersebut berbanding kadar nilai matawang malaysia serta ditambah lagi ketiadaan cukai kenderaan, tol dan sebagainya dinegara-negara yang tinggi nilai harga minyak tersebut.

Dipaparkan tentang subsidi sebenar yang diberikan kerajaan terhadap semua sektor seperti tong gas, petroleum dan sebagainya. Pada masa yang sama, beliau menyatakan sekali pertambahan hasil negara pada tahun 2004 sebanyak 25 peratus dan meningkat 30 peratus pada tahun 2005.

Persoalan: Sanggupkah Keuntungan Petronas yang meningkat disimpan, manakala rakyat dibiarkan melarat ? Memang diakui pihak Petronas berhak menggunakan keuntungan tersebut untuk penyelidikan baru, tetapi adakah kos penyelidikan akan bertambah seiring dengan kenaikan harga minyak dunia?

Beliau menyatakan kenaikan harga minyak untuk membendung penyeludupan yang berlaku di sempadan negara. Jadi untuk mengelakkan subsidi negara dinikmati oleh rakyat Thailand di Semananjung dan rakyat Filipina dan Indonesia di Sabah dan Sarawak, maka ia dikerat RM4.4 billion daripada subsidi minyak tersebut dan disalurkan kepada sektor pengangkutan negara.

Persoalan: Ingat orang bukan warganegara Malaysia tidak menggunakan pengangkutan di Malaysia-kah? Penguatkuasaan yang lemah dihadapi oleh kementerian, akibatnya rakyat pula yang menanggung implikasinya.

Disini saya juga tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh salah seorang wakil mahasiswa yang bertanyakan tentang kejayaan wacana Inflasi Sifar berbanding tahap inflasi negara yang meningkat ke tahap 3.0 peratus pada tahun 2005 berbanding kadar 1.4 peratus pada tahun 2004. Apa yang dijawab oleh Shafie Apdal agak pelik sedikit. Menurut beliau,

"Inflasi ni tidak boleh berada pada tahap SIFAR kerana itu tidak elok untuk pembangunan negara. Jadi kadar inflasi pada tahap tersebut baik untuk negara"
(Jadi kenapa malaysia menghabiskan duit rakyat untuk berkempen untuk menjayakan Inflasi Sifar suatu ketika dahulu ?)

Kebanyakan luahan yang disuarakan oleh Shafie Apdal adalah berkisar kepada sektor perikanan yang tidak meningkat jumlah tangkapannya walaupun jualan diesel bersubsidi yang dikenali sebagai e-diesel kepada nelayan meningkat dari setahun ke setahun. Tanpa disedari,beliau telah menghuraikan kegagalan kaedah perintis kepada sistem kad fleet yang diperkenalkan kepada sektor pengangkutan awam.

Disinilah yang sepatutnya kita sedar, sistem yang mantap bagaimanapun tindak akan bermakna jika langkah penguatkuasaan lemah. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan?

Berdasarkan berita Bernama semalam, sudahpun wujud aduan Persatuan Pemilik Lori Malaysia dan Persatuan Pengusaha Bas Malaysia mengenai kesukaran memperolehi fleetcard yang melayakkan mereka mendapatkan potongan harga diesel daripada kerajaan. Jadi dimanakah silapnya ?

Untuk pengetahuan semua, majlis taklimat berkenaan berakhir ketika azan maghrib hampir berkumandang. Ternyata, respon pendengar pada sesi taklimat berkenaan yang bangun meninggalkan majlis seorang demi seorang pada bahagian barisan belakang, merupakan 'rumusan' terbaik tahap penerimaan warga kampus kepada taklimat yang disampaikan oleh Shafie Apdal.

Akibatnya beratus bungkus nasi yang sepatutnya diberikan kepada hadirin dan hadirat, banyak yang 'terbengkalai'. Nampaknya "protes secara senyap" dikalangan warga kampus masih hidup lagi walaupun kampus kini didominasi oleh UMNO secara total !

Thursday, March 23, 2006

Hati-Hati lah para Wanita oii

MasyaAllah..

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.
1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 ( NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8 593 kes.

Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.
Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri.
Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.
Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz
Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.
Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan.

Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'
Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera.

Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat
Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat.
Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.

1210(MY) - 87(SA) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000). Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong?

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali.

Pilihan raya umum ke-12 dijangka lebih awal

PENGKALAN CHEPA, 22 Mac (Hrkh) - Memandangkan sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin mengecil sekarang, kemungkinan pilihan raya umum ke-12 diadakan lebih awal iaitu tahun 2007.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, berdasarkan beberapa perkembangan yang berlaku sekarang, senario perubahan politik dan isu harga minyak menyebabkan Perdana Menteri perlukan mandat baru dengan segera.

"Untuk itu, kita hendaklah bersiap sedia menghadapi perkembangan itu bermula sekarang," ujarnya pada satu program di Perdana Resort, baru-baru ini. Menurutnya juga, rakyat mulai sedar mereka tertipu pada pilihan raya umum lalu sehingga memberi mandat besar kepada Barisan Nasional.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob mengingatkan rakyat di negeri ini tidak termakan fitnah musuh yang sentiasa berusaha melemahkan pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, dengan majoriti kerajaan negeri yang hanya satu kerusi, pihak musuh sedaya mungkin mencari kelemahan di samping merancang untuk merampas pentadbiran kerajaan.

"Kerajaan negeri sekarang masih utuh dan dakwaan yang mengatakan kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa hanya fitnah semata-mata. Kita percaya sokongan rakyat masih kuat," ujarnya.

Katanya juga, bagi mengatasi kekeliruan itu pemimpin setiap peringkat perlu menggerakkan usaha penerangan untuk menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan memberitahu sokongan rakyat terutamanya golongan muda terhadap kerajaan negeri semakin meningkat sekarang dan ia dibuktikan pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir akhir tahun lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, seminar keluarga penyayang akan diadakan di sini tidak lama lagi bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan. Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata program berkenaan akan dikhususkan kepada golongan bapa yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia.

"Kebanyakan golongan suami atau bapa sekarang hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak hanya kepada ibu semata-mata," ujarnya.

Seorang Peguam Syarie, Wan Azimin Wan Adnan turut bersetuju supaya suami mengambil berat terhadap keluarga masing-masing biar pun sibuk dengan tugas seharian. Oleh itu beliau berharap, mana-mana pihak sama ada badan-badan bukan kerajaan, kerajaan negeri atau Persekutuan menganjurkan program khusus untuk suami ke arah membentuk keluarga bahagia.

Iraq: Bush lepas tanga

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, menyerahkan kepada penggantinya untuk menangani isu pengunduran askar dari Iraq yang ketika ini semakin bergolak sekalipun menolak perang saudara sudah meletus dan percaya tentera Amerika akan terus berada di negara Teluk itu untuk tiga tahun lagi.

Ditanya bilakah tentera Amerika akan berundur sepenuhnya dari Iraq, Bush dalam sidang akhbar di Rumah Putih, berkata: "Itu akan diputuskan oleh Presiden (Amerika) seterusnya termasuk kerajaan Iraq pada masa depan."

Bush yang semakin dikritik berhubung cara pentadbirannya menangani konflik Iraq, perlu meletak jawatan pada Januari 2009 apabila mandat pemerintahannya tamat.

Washington sehingga ini enggan menyatakan jadual pengunduran askar Amerika dari Iraq sekalipun ada pegawai mengatakan pengunduran besar akan diadakan lewat tahun ini.

Pemimpin kanan Iraq termasuk seorang duta Amerika baru-baru ini memberi amaran perang saudara hampir meletus di Iraq dan 133,000 askar Amerika yang bersenjata berat dianggap perlu bagi menyekat keganasan berleluasa.

Pegawai Rumah Putih pula menjelaskan selepas penjelasan Bush bahawa beberapa jeneral Amerika di Iraq sudah meramalkan ramai askar akan diundurkan lewat tahun ini hingga 2007.

Bagaimanapun, kata-kata Bush menunjukkan sikapnya yang lepas tangan ketika semakin banyak bukti menunjukkan keadaan di Iraq makin teruk.

"Saya yakin kita akan berjaya. Jika tidak, saya akan tarik mereka keluar. Saya optimis kita akan berjaya. Jika tidak, saya akan bawa mereka pulang.

Sehingga kelmarin, kira-kira 2,139 askar Amerika dicatat sebagai korban dalam konflik di Negara Teluk itu.

Ketika Bush menyuarakan pandangannya, pendudduk Iraq membuat aduan baru mengenai dakwaan askar penjajah itu membunuh beramai-ramai orang awam.
Iniikuti pengumuman tentera bahawa siasatan pusingan kedua akan diadakan berhubung dakwaan terbaru tentera Amerika menembak mati wanita dan kanak-kanak dalam rumah mereka.

Selain itu, kira-kira 100 penyerang melakukan serbuan terhadap dua bangunan polis di Miqdadiya, timur Baghdad, menyebabkan 10 orang maut.

Sekalipun demikian, Bush masih mengatakan bahawa tiada perang saudara meletus di Iraq sekalipun banyak keganasan berlaku sejak askar Amerika menawan Iraq tiga tahun lalu.

Wednesday, March 22, 2006

Tentera AS bunuh 15 orang awam

BAGHDAD: Laporan terbaru kekejaman tentera Amerika Syarikat (AS) terbongkar lagi semalam yang membabitkan tindakan askar Marinnya menceroboh dua rumah di Iraq dan menembak mati 15 anggota keluarga, termasuk budak perempuan berusia tiga tahun.

AS sebaliknya mendakwa ia serangan balas ke atas serang hendap yang menyebabkan 15 orang awam, lapan penentang dan seorang askar Marin mati dalam kejadian berbalas tembakan – dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya penduduk.Kekejaman tentera AS itu dimaklumkan sendiri penduduk yang menyifatkannya ‘pembunuhan beramai-ramai’ kepada agensi berita, Associated Press (AP).
Kejadian pada 19 November, di Haditha, 220 kilometer ke timur laut Baghdad, tahun lalu itu dikatakan tenggelam tanpa liputan meluas.Bagaimanapun ia dibangkitkan akhir minggu lalu selepas tentera penceroboh mengakui sedang menyiasat kemungkinan salah laku anggota Marin berkenaan.Dakwaan kekejaman askar Marin itu kali pertama dilaporkan majalah Time yang mendakwa memperoleh satu rakaman video dua bulan lalu.
Rakaman itu dibuat seorang pelajar kewartawanan Haditha di dalam rumah mangsa serta masjid. – APSatu kenyataan akhbar yang menyusuli laporan kejadian dalam edisi terbaru Time kelmarin, menyamai apa yang dimaklumkan penduduk kepada AP.
Ketika mengimbau kejadian ngeri itu, Khaled Ahmed Rsayef yang adik dan enam anggota keluarganya dibunuh berkata, satu letupan bom berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di penempatan al-Subhani yang merosakkan sebuah kenderaan Humvee.Mereka menyifatkan, kejadian berbalas tembakan itu berlaku selepas bom yang diletupkan tentera AS sendiri.
“Tentera AS mengepung kawasan itu sejurus selepas kejadian dan menyerbu dua rumah dengan menembak bertubi-tubi semua penghuninya. Perkataan paling layak bagi kekejaman itu adalah pembunuhan beramai-ramai.”Rsayef dan seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota majlis bandar itu, Imad Jawad Hamza berkata, rumah pertama yang diserbu adalah milik Abdul-Hamid Hassan Ali yang kebetulan berada paling hampir dengan tempat kejadian.
Ali, 76, yang sebelah kakinya dipotong kerana masalah kencing manis, mati serta-merta selepas ditembak pada perut dan dada. Isterinya, Khamisa, 66, ditembak di belakang manakala anaknya, Jahid, 43, pada kepala dan dada.
Seorang lagi anak mereka, Walid, 37, rentung terbakar selepas bom tangan dilontar ke dalam biliknya manakala adiknya, Rashid, 28, mati ditembak pada kepala dan dada. Mereka yang mati termasuk isteri Walid, Asma juga ditembak di kepala dan anak mereka, Abdullah cuma berusia 4 tahun ditembak pada dada, kata Rsayef dan Hamza.

Tentera AS bunuh 15 orang awam

BAGHDAD: Laporan terbaru kekejaman tentera Amerika Syarikat (AS) terbongkar lagi semalam yang membabitkan tindakan askar Marinnya menceroboh dua rumah di Iraq dan menembak mati 15 anggota keluarga, termasuk budak perempuan berusia tiga tahun.

AS sebaliknya mendakwa ia serangan balas ke atas serang hendap yang menyebabkan 15 orang awam, lapan penentang dan seorang askar Marin mati dalam kejadian berbalas tembakan – dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya penduduk.Kekejaman tentera AS itu dimaklumkan sendiri penduduk yang menyifatkannya ‘pembunuhan beramai-ramai’ kepada agensi berita, Associated Press (AP).
Kejadian pada 19 November, di Haditha, 220 kilometer ke timur laut Baghdad, tahun lalu itu dikatakan tenggelam tanpa liputan meluas.Bagaimanapun ia dibangkitkan akhir minggu lalu selepas tentera penceroboh mengakui sedang menyiasat kemungkinan salah laku anggota Marin berkenaan.Dakwaan kekejaman askar Marin itu kali pertama dilaporkan majalah Time yang mendakwa memperoleh satu rakaman video dua bulan lalu.
Rakaman itu dibuat seorang pelajar kewartawanan Haditha di dalam rumah mangsa serta masjid. – APSatu kenyataan akhbar yang menyusuli laporan kejadian dalam edisi terbaru Time kelmarin, menyamai apa yang dimaklumkan penduduk kepada AP.
Ketika mengimbau kejadian ngeri itu, Khaled Ahmed Rsayef yang adik dan enam anggota keluarganya dibunuh berkata, satu letupan bom berlaku kira-kira jam 7.15 pagi di penempatan al-Subhani yang merosakkan sebuah kenderaan Humvee.Mereka menyifatkan, kejadian berbalas tembakan itu berlaku selepas bom yang diletupkan tentera AS sendiri.
“Tentera AS mengepung kawasan itu sejurus selepas kejadian dan menyerbu dua rumah dengan menembak bertubi-tubi semua penghuninya. Perkataan paling layak bagi kekejaman itu adalah pembunuhan beramai-ramai.”Rsayef dan seorang lagi penduduk yang juga bekas anggota majlis bandar itu, Imad Jawad Hamza berkata, rumah pertama yang diserbu adalah milik Abdul-Hamid Hassan Ali yang kebetulan berada paling hampir dengan tempat kejadian.
Ali, 76, yang sebelah kakinya dipotong kerana masalah kencing manis, mati serta-merta selepas ditembak pada perut dan dada. Isterinya, Khamisa, 66, ditembak di belakang manakala anaknya, Jahid, 43, pada kepala dan dada.
Seorang lagi anak mereka, Walid, 37, rentung terbakar selepas bom tangan dilontar ke dalam biliknya manakala adiknya, Rashid, 28, mati ditembak pada kepala dan dada. Mereka yang mati termasuk isteri Walid, Asma juga ditembak di kepala dan anak mereka, Abdullah cuma berusia 4 tahun ditembak pada dada, kata Rsayef dan Hamza.

Media sengaja sensasikan isu berkaitan Islam

Malaysia Today
Pengerusi Muslim Professional Forum Berhad (MPF) Dr Mazeni Alwi telah mengetuai gabungan 43 pertubuhan bukan kerajaan menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen pada 16 Mac 2006 bahawa Pindaan Akta Undang-undnag Keluarga Islam 2006 tidak bercanggah dengan hukum syara’ dan tidak mendiskriminasi wanitaGabungan 43 buah pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga telah menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri menyokong Akta Pindaan tersebut.
Antara lain memorandum tersebut telah meminta agar rakyat Malaysia menerima Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan pada masa yang sama berbangga dengan kepelbagaian kaum dan agama rakyatnya.MPF mendapati rasa hormat antara satu sama lain sudah semakin dilupakan apabila orang bukan Islam secara terbuka membuat komen yang tidak sepatutnya mengenai hukum-hakam dalam Islam seperti Akta Pindaan Undang-undang Keluarga Islam 2006.
Sesetengah mereka telah membuat kritikan yang boleh mengeruhkan hubungan dan akan menimbulkan provokasi terhadap orang Islam.
Sebagai contoh, seorang editor sebuah akhbar bukan Islam berkata hijab bukan yang paling utama bagi wanita Islam dan seorang pembaca bukan Islam pula mengatakan reaksi orang Islam terhadap kartun disebabkan rasa tidak selamat - seolah sudah menjadi trend mengatakan mengenai Islam sesuka hati masing-masing, jelas memorandum tersebut.
Mereka menggesa agar orang bukan Islam mengelak daripada membuat kenyatan-kenyataan yang tidak diperlukan seperti mana orang Islam menghormati lain-lain agama. Media juga tidak perlu mensensasikan isu dengan menerbitkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang bukan Islam yang boleh menimbulkan kekacauan.Jika kebebasan bersuara sangat penting dan hak setiap warga hendak dipelihara, maka media perlu bertanggungjawab dan tidak menggalakkan serta menghasut pembaca atau penonton menghina agama lain.Muslim Professional Forum (MPF) mengajak kepada dialog dengan bukan Islam bagi memajukan kefahaman masyarakat tentang Islam.
Pihak media dikritik kerana tidak berlaku adil dalam menerbitkan pandangan yang seimbang. Media didapati tidak memastikan fakta yang diterbitkan adalah sahih terutama perkara yang berkaitan agama.MPF dan rakan-rakan merasakan kebelakangan ini, media telah mensensasikan isu dengan menerbitkan tulisan individu tertentu yang terkenal dengan gaya tulisan yang mengelirukan dan merobah isu-isu berkaitan Islam daripada keadaan yang sebenar.Apabila ada pembaca yang memberi jawapan kepada isu yang dibangkitkan, ia tidak diterbitkan keseluruhannya membuatkannya tidak berkesan menjawab soalan yang dikemukakan.Memorandum tersebut memberi amaran bahawa kenyataan mengenai perkara berkaitan Syariah hanya boleh dibuat oleh pihak yang ditauliah dengan khusus dalam bidang tersebut.
Cubaan oleh mana-mana individu untuk memberi penafsiran mengikut kesesuaian keperluan dan keinginan peribadi, tidak boleh diterima.Media juga didapati telah menerbitkan kenyataan-kenyataan yang menuduh undang-undang Islam menghakis hak asasi dan menggalakkan diskriminasi gender. Tuduhan seperti itu tidak berasas langsung dan mempamerkan kejahilan atau dengan sengaja mengelak kebenaran dalam wahyu yang diturunkan. Media perlu memeriksa maklumatnya sebelum diterbitkan untuk tatapan umum, baru boleh dipanggil kewartawan yang bertanggungjawab.Kajian mendapati bahawa tidak efisiennya mahkamah syariah adalah disebabkan oleh banyaknya kes, perbicaraan yang berlebihan dan struktur mahkamah yang tidak cukup dan prosedur menangani kes yang tidak lengkap.
Sangat penting bagi mahkamah Syariah dinaikkan taraf dengan hakim-hakimnya yang berkebolehan dalam kedua-dua aspek substantif dan prosedur Syariah. Dan para hakim syarie dinaikkan status sama tinggi dengan hakim-hakim mahkamah sivil.Mohamed Nazri ketika menjelaskan perkara berkaitan pindaan, berkata undang-undang berkenaan telah diwartakan pada 2 Feb lepas dan kerajaan juga telah bersetuju untuk membuat dua pindaan terhadap akta itu, yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen ini.
"Akta itu perlu diwartakan terlebih dahulu bagi membolehkan pindaan itu dibuat," katanya.Nazri percaya pindaan akta tersebut akan diterima sebulat suara dan diluluskan tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Senarai pertubuhan yang menyokong memorandum:

1.Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN)
2.Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3.Darul Syifa’
4.Global Peace Mission Malaysia (GPM)
5.Grup Pengkaji Tamadun Dunia
6.Ikatan Pengkajian Islam Pahang
7.Ikatan Siswazah Muslim Malaysia
8.International Muslim Women Network (IMAN) (protem)
9.International Muslim Women Union (Malaysian Chapter)
10.Islamic Information and Services Foundation (IIS)
11.Islamic Outreach ABIM (IOA)
12.Jamaah Islah Malaysia (JIM)
13.Kelab Pemikir Muda
14.Kesatuan Pelajar Islam Johor
15.Kesatuan Pelajar Islam Melaka
16.Kesatuan Pelajar Islam Perak
17.Khalifah Institute
18.Majlis Bertindak Wanita Islam
19.Muslim Professional Forum Berhad (MPF)
20.Muslim Women Consultative Council
21.Pergerakan Belia India Muslim Malaysia(GEPIMA)
22.Persatuan Al- Hunafa’
23.Persatuan Al-Hidayah
24.Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
25.Persatuan Darul Fitrah Malaysia
26.Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM)
27.Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak
28.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
29.Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan
30.Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang.
31.Persatuan Pendidikan Islam Negeri Sembilan
32.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
33.Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
34.Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
35.Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM)
36.Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)
37.Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa’ Malaysia
38.Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
39.Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
40.Research & Information Centre on Islam (RICOI)
41.Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
42.Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
43.Yayasan Pembangunan Ummah (YPU)

Iraq makin bergolak

IRBIL: Iraq bak padang jarak padang tekukur kerana pembunuhan di kalangan mazhab adalah perkara biasa ketika ini dan keadaan itu adalah yang paling teruk di ibu negara, Baghdad, meskipun dakwaan pemimpin negara Teluk itu bahawa perang saudara meletus dinafikan jeneral dan pemimpin Barat.

Selain konflik antara mazhab, kempen pemberontakan terhadap pentadbiran penjajah berterusan apabila penentang dilaporkan menggempur sebuah balai polis di Muqdadiya, timur Baghdad awal semalam bagi membebaskan tahanan menyebabkan tembak menembak meletus yang menyaksikan 18 anggota polis dan 10 penyerang maut.
Memburukkan lagi konflik dalaman Iraq adalah laporan terbaru majalah Time bahawa askar Amerika Syarikat membunuh 15 penduduk dua keluarga termasuk seorang budak perempuan berusia tiga tahun selepas kematian seorang rakan mereka kerana bom tepi jalan di Haditha, barat Baghdad, 19 November lalu.Laporan wartawan Barat yang menyiarkan berita di internet mengatakan, pembunuhan antara puak Sunnah dan Syiah adalah kebiasaan sejak pengeboman Masjid Emas di Samarra, 22 Februari lalu.
“Tiga hari selepas pengeboman masjid itu, kira-kira 1,300 orang, kebanyakannya pengikut Sunnah ditahan di jalan raya atau diheret keluar dari kenderaan dan dibunuh,” menurut laporan itu.Ia diikuti dengan mayat empat orang disyaki penyerang bunuh diri yang digantung di tiang elektrik di Kota Sadr.Semua ini berlaku tanpa disaksikan dunia luar termasuk tindakan terbaru penduduk yang ketakutan meninggalkan kawasan kediaman ke tempat di mana etnik mereka membentuk majoriti yang dianggap kawasan lebih selamat.
Setiap etnik - Sunnah, Syiah dan Kurdis - semakin bergantung kepada militia masing-masing kerana bimbang pasukan polis yang melakukan rondaan mahupun sekatan jalan, adalah unit pembunuh.Di kawasan Sunnah dan Syiah yang aman sejak beberapa dekad mahupun abad lalu, keadaan syak wasangka semakin ketara. Misalnya, di perkampungan majoriti Syiah di al-Amel, barat Baghdad, puak itu dan penduduk Sunnah tinggal dalam keadaan berbaik-baik.
Tetapi, lima hari lalu, penduduk Sunnah mula menerima surat yang diletakkan di bawah pintu dengan sebutir peluru di dalamnya, menyuruh mereka segera berpindah atau dibunuh. Mereka juga diarah membawa semua harta benda dan hanya boleh pulang pada masa depan untuk menjual kediaman.Sebagai tindak bakas, penduduk Sunnah di al-Amel mula meletakkan hadangan di kawasan sekitar kediaman.Malah, beberapa keluarga Syiah yang dipercayai anggota Majlis Tertinggi Bagi Revolusi Islam Iraq (Sciri), dibunuh pada hari surat itu dihantar.
Tiga tahun lalu, kebanyakan penduduk Iraq gembira Saddam Hussein digulingkan sekalipun tidak suka dengan penjajahan Amerika kerana mahukan kehidupan seperti biasa. Malangnya, keadaan di Baghdad semakin buruk dan bahaya dibandingkan ketika pemerintahan Saddam.Sejak beberapa hari lalu, ketika cuaca semakin panas di Iraq dan orang ramai biasanya akan membeli pakaian untuk musim panas, kawasan membeli belah al-Mansur lengang. Banyak kedai ditutup kerana pemiliknya terlalu takut untuk keluar rumah.

Suaram kecam kenyataan Mustapa

Terjemahan Badan hak asasi manusia, Suaram hari ini mengecam Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Mustapa Mohamed kerana mengesa pelajar supaya menumpukan kepada pengajian mereka dan lupakan yang lain-lainnya.
Suaram menyifatkan kenyataan menteri baru itu menunjukkkan beliau sudah "ketinggalan zaman". "Kenyataan tersebut menunjukkan beliau tiada bezanya dengan menteri sebelumnya yang tidak faham langsung mengenai hak asasi manusia," kata Penyelaras Suaram Chang Lih Kang dalam satu kenyataan. Semalam, Mustapa (foto) berkata, para pelajar tidak sepatutnya menjejaskan masa depan mereka dengan menyertai demonstrasi jalanan.
Beliau dilaporkan berkata: "Kita mahu pelajar kita menumpukan kepada pengajian mereka. Jika mereka melanggar undang-undang mereka akan dikenakan tindakan. Anda sedang belajar, jadi jangan babitkan diri dalam demonstrasi."
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kes 17 pelajar Universiti Malaya (UM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana menyertai perhimpunan di depan bangunan Parlimen kerana membantah penyelewengan yang didakwa mereka berlaku dalam pilihanraya kampus yang lalu. Mustapa juga mendedahkan yang kes terhadap 17 pelajar terbabit telah digugurkan Isnin lalu.
Berhenti ambil tindakan
Sementara itu, Chang berkata, melarang pelajar daripada membabitkan diri dalam demonstrasi bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan, tetapi juga melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Di samping itu, tambahnya, kenyataan menteri berkenaan juga bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melihat pelajar membentuk perwatakan yang baik seiiring dengan kecemerlangan akademik.
Oleh itu, Chang berkata Mustapa mesti memohon maaf kerana kenyataannya `yang ketinggalan zaman itu" serta mengarahkan semua universiti menghentikan tindakan terhadap para pelajarnya. Kira-kira 20 pelajar sedang menghadapi tindakan disiplin oleh pihak universiti masing-masing kerana membantah dan memulaukan pilihanraya kampus yang lalu, yang didakwa mereka dicemari penyelewengan.
Berikutan pemulauan tersebut, maka buat pertamakalinya, kumpulan 'pro-establishment' berjaya menyapu bersih kerusi yang dipertanding di semua 17 universiti awam. Mengulas lanjut mengenainya, Chang berkata, langkah mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perbuatan penyelewangan adalah tidak wajar samasekali dan boleh dianggap sebagai perbuatan membuli.
"Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanya mendedah kebenaran. Jika tiada apa yang hendak disembunyikan oleh pihak berkuasa universiti, maka mereka patut menghentikan segera sesi siasatan dan sebaliknya siasat dakwaan penyelewangan itu," katanya.

Bush takut Israel diserang

WASHINGTON: Presiden George W Bush kelmarin mengeluarkan amaran keras kepada Iran supaya tidak menyerang Israel jika tidak mahu tindakan ketenteraan dikenakan terhadap Teheran.

Menggunakan bahasa keras berurusan dengan ancaman nuklear Iran, Bush menambah: “Saya melihat ancaman Iran. Ancaman itu, sudah tentu, kesungguhan mereka memusnahkan sekutu kuat kami, Israel.“Saya sudah menjelaskan dan menegaskan sekali lagi, kami akan menggunakan tindakan ketenteraan untuk melindungi sekutu kami.”
Dalam reaksi kepada persoalan berikutan ucapannya di Cleveland, Bush berkata Amerika Syarikat (AS) memilih menggunakan pendekatan diplomasi untuk menangani program senjata nuklear yang disyaki dibangunkan Teheran.Ikrar melindungi Israel dilihat sebagai reaksi tegas kepada kenyataan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang berkata ‘Israel perlu dihapuskan dari peta.’
Janji Bush untuk menggunakan kekerasan terhadap Iran disuarakan ketika diplomat mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan campur tangan diplomatik besar-besaran pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran.Bush memberi petanda terang kepada pemimpin Iran di Teheran bahawa sebarang tindakan ketenteraan atau program nuklear akan menarik reaksi segera.
Malam kelmarin, misi PBB di Manhattan berada di tengah-tengah usaha diplomatik untuk merayu Iran meneruskan rundingan mengenai program nuklearnya ketika wakil AS, Russia, China, Perancis dan Jerman tiba untuk membincangkan langkah seterusnya.Sumber diplomatik barat berkata, keputusan awal dikeluarkan seawal semalam apabila Majlis Keselamatan PBB diminta mengeluarkan kenyataan mengutuk usaha Iran melindungi pembangunan nuklearnya.

Pilihan raya: EC tiada kuasa

BANGKOK 21 Mac - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Thailand, Wassana Permlap hari ini menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada pilihan raya 2 April ini perlu ditangguhkan atau tidak.

Wassana sebelum ini telah berjanji untuk membuat keputusan mengenai perkara itu pada minggu ini.
''Undang-undang tidak membenarkan saya menetapkan tarikh pilihan raya,'' kata Wassana dalam wawancara dengan sebuah stesen radio Thailand.

Menurut beliau, hanya Thaksin yang boleh membuat keputusan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa protes terus dilancarkan bagi meningkatkan tekanan terhadap Thaksin supaya meletakkan jawatan.

Kira-kira 5,000 orang berarak ke Kedutaan Singapura di sini untuk mendesak negara itu berhenti 'bersekongkol dengan Thaksin dalam merompak aset-aset Thailand.'

Para pemimpin penunjuk perasaan meminta Singapura dan firma pelaburannya, Temasek Holdings membatalkan pembelian saham Shin Corp bernilai AS$1.9 bilion (RM7.13 bilion) daripada keluarga Thaksin.
Singapura tidak begitu bimbang dengan dua demonstrasi sebelum ini dan menganggap hubungan antara kedua-dua negara tidak akan terjejas.

''Hubungan baik itu akan berterusan, jadi saya tidak begitu bimbang dengan demonstrasi. Kami hanya digunakan oleh pelbagai pihak untuk menghentam satu sama lain,'' kata Menteri Luar Singapura, George Yeo kelmarin selepas penunjuk perasaan melancarkan boikot terhadap segala perkara berkaitan dengan Singapura.

Kira-kira 65,000 pelancong, kebanyakannya dari China atau Singapura telah membatalkan lawatan disebabkan krisis politik itu, lapor akhbar Thai.

Sementara itu, beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan dengan sokongan pekerja pejabat mengadakan perarakan yang melumpuhkan sistem lalu lintas di kawasan komersial kota ini hari ini.
Mereka berikrar untuk memprotes setiap perniagaan yang menyokong Perdana Menteri Thaksin Shinawatra sehingga beliau meletakkan jawatan.

Bank dan perniagaan lain di Jalan Silom, di tengah-tengah kawasan perniagaan ibu negara ini ditutup.
Dalam pada itu, Thaksin hari ini tidak peduli apabila cubaan rundingan dengan pesaing-pesaing utamanya gagal diteruskan, walaupun pilihan raya akan berlangsung dalam masa kurang dua minggu lagi.

Semalam, pertemuan pertama diatur sejak protes diadakan di antara parti Thaksin, Thai Rak Thai (TRT) dengan pemimpin pembangkang

Sunday, March 19, 2006

AS didesak keluar dari bumi Iraq

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Sempena tiga tahun pendudukan Amerika Syarikat (AS) di bumi Iraq lebih 2,000 orang daripada pelbagai kaum hadir dalam perhimpuan aman di hadapan kedutaan AS, di Jalan Tun Razak hari ini bagi menyatakan bantahan serta mendesak AS keluar segera dari bumi Iraq.

Perhimpunan aman itu dianjurkan oleh Gabungan Anti Perang yang terdiri daripada 31 NGO's antaranya; PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), The International Movement For a Just World (Just).

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Timbalan JIM, Syed Ibrahim Syed Mohamad; Suaram, Yap; Pengerusi PSM, Dr Nasir Othman; bekas tahanan ISA, Shahri Sungip; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Rani Osman; Jerit, S. Kohila, wakil Solidariti Mahasiswa Semanjung (SMS).

Sempena ulang tahun ke tiga AS di Iraq, seluruh dunia telah mengadakan perhimpunan aman mendesak AS keluar segera dari Iraq. Antaranya, Perancis, England, Itali, Denmark, Turki, Switerzeland.

Perhimpuan aman itu berlangsung selama satu jam 30 minit. Mereka melaungkan perkataan `Stop the War', 'Undur-undur AS', 'Down Bush, Down Blair, Down Sharon'. Pendemo turut menunjukkan pantomen serangan tentera AS kepada rakyat serta membawa payung kertas yang bertulis `Stop the War'.

Dalam perhimpunan itu, Dr Hatta mengatakan, serangan AS di bumi Iraq adalah tidak sah kerana tentera AS memasuki Iraq tanpa sebab atau alasan yang benar, AS masuk dengan alasan pembohongan.

Menurut beliau, AS mendakwa Iraq mempunyai senjata neukler yang boleh memusnahkan alam dan orang ramai, sebaliknya AS telah banyak membunuh rakyat Iraq.

"Kalau AS mahu menangani keganasan kenapa mereka banyak membunuh rakyat Iraq, AS perlu keluar daripada Iraq dengan segera," katanya.

Presiden PSM, Dr Nasir berkata, "kami akan lakukan perhimpunan aman setiap tahun sehingga AS meninggalkan bumi Iraq dan jangan sekali-kali cuba untuk masuk ke negara lain".

Beliau berkata, serangan AS terhadap Iraq menyebabkan ramai kanak-kanak, wanita, orang tua yang mati dan rakyatnya turut menderita, AS masuk ke bumi Iraq bukan untuk menyelamatkan rakyatnya tetapi bertujuan membunuh.

"Ini suatu sikap yang kejam dan tidak patut berlaku, siapa yang memberi kebenaran kepada AS untuk menjadi polis dunia,?" katanya ketika ditemui di perhimpunan tersebut.

Menurut beliau, AS melakukan serangan terhadap Iraq itu atas kepentingan dan keuntungan semata-mata.

"Kami rasa amat kecewa dan sedih ada negara lain yang patut bersama dengan kami untuk melakukan perhimpunan aman, membantah pendudukan AS tetapi bersikap `lepas tangan' dan membiarkan perkara kekejaman itu berlaku," katanya.

Katanya, 31 NGO's amat mengharapkan negara-negara Arab bersatu kerana negara itu mempunyai kekuatan untuk menyekat keganasan AS. Negara-negara itu telah dikuasai AS dan membiarkan keganasan terus berlaku di Iraq.

Wakil Suaram, Yap menyokong kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kem Guantanamao ditutup kerana menahan rakyat tanpa dibicarakan.

Dalam masa yang sama kata beliau, Abdullah mesti menutup kem tahanan di Kemunting (ISA) kerana ia sama dengan kem Guantanamao yang menahan rakyat tanpa dibicarakan.

"Tindakan itu amat menyalahi dan merupakan pencabulan hak asasi manusia. Bush juga telah melakukan `double standard kerana memberi kebebasan kepada orang asing untuk membela diri apabila ditangkap tetapi bagi rakyat Iraq tidak ada kebebasan untuk membela diri," katanya.

Bekas tahanan ISA, Shahri Sungip juga menyuarakan bantahan yang sama supaya kem tahanan di Kemunting (ISA) ditutup kerana ia mempunyai persamaan dengan kem Guantanamao.

Menurut beliau, kemasukan AS di Iraq tiada kaitan langsung untuk menyelamatkan rakyat Iraq sebaliknya telah melakukan banyak keganasan serta menambahkan kucar kacir terhadap keamanan negara tersebut.

Lagi gesaan Thaksin berundur

BANGKOK 18 Mac - Polis hari ini menggesa penunjuk perasaan antikerajaan supaya berhenti menyekat jalan di luar pejabat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra di sini manakala dua buah pertubuhan yang berpengaruh menyokong tuntutan supaya pemimpin Thai itu meletakkan jawatan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan meneruskan bantahan di luar Rumah Kerajaan yang menyebabkan lalu lintas terhalang, bas-bas awam terpaksa menukar laluan dan kesesakan di sini menjadi semakin buruk sejak hampir seminggu lalu.

Bantahan itu diteruskan ketika kira-kira 30,000 penduduk dari kawasan pedalaman Thailand, berarak ke sini hari ini untuk memberi sokongan kepada Thaksin.

Majlis Media Thailand, yang mewakili akhbar-akhbar utama di negara itu, dan Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan bersama semalam menggesa Thaksin berundur dan menghentikan apa yang telah menjadi krisis politik paling hebat pernah melanda negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

Kenyataan itu berkata, Thaksin tidak lagi mempunyai kuasa sah untuk memerintah dan mesti berundur demi keamanan negara.

Kedua-dua badan itu meminta Raja Bhumibol Adulyadej supaya campur tangan.
Kenyataan itu berkata, tindakan Thaksin membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya mengejut adalah tidak wajar dan tidak adil bagi parti-parti lain.

Hamas bentuk Kabinet

GAZA 18 Mac - Hamas hari ini selesai membentuk sebuah Kabinet Palestin, dengan anggota-anggota setia kumpulan militan Islam itu dipercayai dilantik mengetuai kementerian-kementerian penting, kata para pegawai Hamas.

Puak-puak yang lebih sederhana, termasuk pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas enggan menyertai kerajaan Hamas.

Fatah membuat keputusan itu kerana Hamas, yang mencapai kemenangan mengejut dalam pilihan raya Parlimen pada 25 Januari lalu, enggan menerima perjanjian damai sementara.

Kumpulan militan Islam itu juga enggan melibatkan diri dalam dalam usaha-usaha untuk mencari penyelesaian dengan Israel melalui rundingan.

Saturday, March 18, 2006

Rampas Masjid Mujahidin tidak sah - Hakim

SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merampas Masjid Mujahidin, Damansara dan melantik ahli jawatankuasa yang baru sebagai tidak sah.

Hakim Dato' Alizatul Khair membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Dalam keputusannya itu, Alizatul berkata, tindakan Mais merampas masjid itu dan melantik Majlis Penasihat Masjid pada tahun 2001 sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran Undang-undang dan Kaedah Pegawai Masjid 2001.

Pihak defendan iaitu Mais diarahkan membayar segala kos kes itu.

Pada tahun 2001, Jabatan Agama Islam Selangor telah merampas Masjid Mujahidin di Damansara, Selangor dari pentadbiran Jawatankuasa yang dipilih oleh anak kariah masjid tersebut. Masjid itu juga bukan dibina oleh kerajaan tetapi melalui usaha dan kutipan derma penduduk tempatan.

Nazir Masjid ketika itu, Yusof Ludin dan Imamnya, Dr Mahfuz telah dan dua yang lain telah menyaman Mais kerana tindakan tersebut.

Mereka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Mohamad Fadli manakala Mais diwakili oleh Puan Jamilah.

Lima lagi kes menunggu

Ekoran keputusan kes Masjid Mujahidin ini, lima lagi kes yang hampir serupa bakal menghantui Mais selepas kelima-limanya juga telah memfailkan saman terhadap Mais.

Masjid itu adalah Masjid Jubli Perak, Bangi yang dirobohkan, Masjid Hidayah Kelana Jaya, Masjid Fatimah Az Zahra Ampang serta surau Ar Rashidin Gombak dan Masjid Proton di Shah Alam.

Mana 30 Sen Aku....???

Cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen. Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya.
Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak kecil pun tak pandang?
Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45 liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh lagi!)
Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku.
Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50 sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 hari = RM3.50. Maknanya sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang. Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja.
(RM67.50 + 14= RM81.50)
Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampai mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga. Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan, maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk menanggung kos.
(RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50)
Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belum masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50)
Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakan RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. Lebih RM30 perlu ditanggung.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50)
Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun naik 30 sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 x 30 sen = RM3.60. Anggap saja sebulan guna satu silinder.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10)
Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama kawan-kawan atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga minuman dan 50sen makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar lebih 70sen. Katakanlah kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya kita telah belanjakan lebih RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. Kalau belanja kawan atau ahlikeluarga, mestilah berganda tambahannya.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60)
Jadi? Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan. Sekarang, boleh rasa kan..???? Ada apa dengan 30 sen?! Sesungguhnya.. aku tercari2 dimanakah 30sen aku sekarang !

Ubah Cara Hidup - nasihat PM kepada rakyat menderita

Ketika rakyat berpendapatan rendah bertarung nyawa untuk hidup, Para Penyamun berpesta maksiat menghabiskan wang rakyat.

Tiada duit untuk rakyat, tetapi banyak duit untuk pesta maksiat. PM dan para penyamun lain terus guna subsidi hiburan maksiat tanpa had hasil menindas rakyat.

Apa yang mesti di ubah, Cara Hidup ATAU Kerajaan ???

Konsert Lionel Richie meriah

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 peminat artis superstar Lionel Richie menghadiri konsert Spring Gala Dinner

2006 sempena penganjuran Petronas Malaysian Grand Prix F1, di Dewan Planeri, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini, malam tadi.

Penyanyi Amerika Syarikat yang pernah lima kali memenangi anugerah Grammy itu membuat persembahan lebih sejam dengan rangkaian lagu hits seperti Dancing On The Seiling, Three Times A Lady, All Night Long dan Hello.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, turut berangkat menyaksikan konsert itu.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut kelihatan, pelumba pasukan BMW Sauber iaitu pemandu Jerman Nik Heidfeld dan bekas juara dunia F1 dari Kanada, Jacques Villeneuve, serta pelakon utama Muzikal Puteri Gunung Ledang, Stephen Rahman Hughes.

Selepas konsert berakhir, tetamu kenamaan yang hadir menikmati hidangan makan malam bertemakan Taman Inggeris pada majlis makan malam Spring Gala Dinner 06.

Mereka turut dihiburkan dengan persembahan pasukan Antigraviti dari New York dan nyanyian pop, soul dan jazz.

Friday, March 17, 2006

Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia. Tak Percaya???

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alangkah sedapnya dibaca; semerdu sebutan yang berkemundang di telinga, begitu juga tuturan bahasa yang dibaca. Alhamdulillah.

Namun, adakalanya yang nyata di mata berbeda pula di alam politik (Lihat: Bahasa Melayu: Kalaulah Hang Jebat ada...

Tidak pernah Melayu memperlekehkan kenyataan, hanya, orang orang politik yang mengubah peraturan. Setelah Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar untuk Sains dan Matematik bermula tahun 1976 (untuk sekolah menengah), ianya dengan secara tiba tiba ditukar semula menggunakan Bahasa Inggeris dalam sekelip mata. Sehinggakan, terdapat ramai guru yang masih terkapai kapai penggunaan Bahasa Inggeris, kini terpaksa mengajar pula dalam bahasa itu. Dari segi pemikiran lojik dan tanpa merendahkan kredibiliti guru guru tersebut, dapatkah mereka mengajar secara efektif?

Maka berkatalah orang orang politik di atas pentas mereka: Tidak banyak rujukan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Maka beryanya pula ahli ahli Bahasa: Bukankah itu sebahagian dari tugas Dewan Bahasa?

Dan bertanya pula si ahli Ekonomi: Kami setuju! Atau adakah Dewan tidak diberi peruntukan kewangan untuk melakukan kerja kerja penterjemahan? Tidak bolehkah 1% dari keuntungan sepanjang masa Petronas sebanyak RM500,000,000,000 diberi untuk tujuan ini?

Maka terdiamlah semua melainkan ahli politik dalam memikirkan kata kata ahli Ekonomi: Di manakah kesilapannya? Dan siapakah harus kita pertanggungjawabkan?

Adun PAS dedah ditawar RM400,000 supaya ‘lompat parti’

MACHANG, 16 Mac (Hrkh) – Kerana tidak yakin kemampuan untuk merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-12 nanti, menyebabkan Umno kini berhempas pulas menggunakan taktik kotor bagi menumbang kerajaan PAS.

Strategi yang pernah digunakan pada 1968 bagi 'membeli' wakil rakyat PAS sekarang diulang semula dengan melipatganda lagi habuan kebendaan sehingga mencecah angka jutaan ringgit. Fokusnya kepada wakil-wakil rakyat PAS yang menang dengan majoriti kecil.

‘Agen Umno’ itu masih bergerak aktif membuat tawaran tersebut, biar pun sebelum ini dinafikan Presidennya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Difahamkan selain menggunakan taktik itu, parti terbabit juga cuba menggunakan saluran lain termasuk istana.

Dakwaan itu bukan omong kosong lagi, sebaliknya ada asas yang kukuh. Terbaru pada 11 Mac lalu, Adun Kemuning, Haji Zakaria Yaakub, 55 mendedahkan beliau didatangi seorang agen dengan membawa wang tunai dalam beg galas.

“Wang yang ditawarkan kepada saya berjumlah RM400,000 terkandung di dalam beg yang dibawa bersamanya. Saya diperlihatkan wang tersebut yang masih lagi baru dan keras.
Dan dia memberitahu hanya akan tinggalkan beg itu sekiranya saya menandatangani tiga surat akaun menerima,” katanya di sini.

Surat akaun itu berbunyi ‘Bahawa saya nama…………… nombor kad pengenalan………… alamat………….............. dengan sesungguhnya mengaku bahawa telah menerima RM…………. daripada seorang Dato’ …………………… nombor kad pengenalan ……………… sebagai wang pendahuluan.’

Zakaria berkata, lelaki yang datang ke rumahnya di Labok, Pulai Chondong kira-kira jam 6.55 pagi itu adalah bekas rakan sekelas ketika belajar di Sekolah Menengah Hamzah, Machang semasa tingkatan lima.

Lelaki itu mendakwa sekarang tinggal di Kemahang 2, Tanah Merah. Pada awalnya dia menefon Adun terbabit pada malam Sabtu kira-kira jam 10.42 malam untuk berjumpa segera.

“Ketika menelefon saya, rakan itu mahu datang juga ke rumah biar pun jam 12 malam. Bagaimanapun saya tidak mahu menerimanya kerana keletihan dan saya minta dia datang keesokan pagi sebelum jam 7.

“Pagi itu ketika saya balik dari madrasah dia sudah ada di depan rumah. Ketika mula-mula melihatnya saya terkejut kerana ada sebuah beg galas bersamanya. Selepas mempersilakan masuk, dia menceritakan mahu memberi duit kerana ‘taukenya’ seorang Dato’ mahu membantu mana-mana DUN PAS yang lemah.

“Bagaimanapun wang itu boleh diserah selepas menandatangan surat akaun terbabit. Saya sebut kalau hendak bantu parti kena ada bendahari sebagai saksi, namun dia tidak mahu ada orang lain ketika itu,” ujarnya.

Menurutnya, selepas beliau enggan menandatangani surat akaun, lelaki itu meninggalkan satu daripada tiga kertas tersebut. Bagaimanapun selepas lima minit kemudian datang balik untuk mengambilnya.

Katanya, lelaki terbabit memberitahu sekiranya beliau bersetuju wang baki daripada jumlah keseluruhan RM1 juta akan diberi kemudian.

Zakaria juga menceritakan seminggu selepas menang pada pilihan raya umum lalu, beliau pernah ditawarkan sebanyak RM5 juta. Beliau pada awalnya ingatkan orang itu mahu melabur di Kelantan ketika memintanya datang ke pejabat seorang menteri.

Namun, tambahnya, apabila sampai keadaan sebaliknya pula berlaku, di mana mereka dengan hasrat jelas mahu ‘membelinya’ supaya menyertai Umno.

“Sahlah kini Umno benar-benar terdesak sehingga terpaksa menggunakan semula taktik yang pernah digunakan pada 1968 untuk membeli wakil rakyat PAS bagi menumbangkan kerajaan negeri. Hanya itulah kemampuan mereka kerana tidak yakin kekuatan parti sendiri,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap wakil-wakil rakyat PAS lain lebih berhati-hati kerana Umno mempergunakan sepenuhnya tempoh sebelum pilihan raya umum depan untuk menjatuhkan kerajaan negeri melalui cara tidak sihat.

Selain itu difahamkan, pemimpin Umno kini sedang berusaha mempengaruhi istana supaya mendesak kerajaan PAS membubarkan Dewan Undangan Negeri. Malah, ada arahan daripada pihak atasan di Kuala Lumpur meminta supaya media masa memainkan isu mendesak supaya DUN Kelantan dibubar.

Melaka tuan rumah bengkel memperkasa Pasti

MELAKA, 16 Mac (Hrkh ) - Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) negeri Melaka akan menjadi tuan rumah bengkel memperkasa struktur Pasti Malaysia, kata Ketua Pengarah Pasti, Azrin Abd Majid.

Menurut beliau bengkel tersebut akan diadakan pada 17-19 Mac ini di Tanjong Bidara Resort , dekat sini.

"Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memperhalusi pelan pembangunan Pasti Malaysia tahun 2006/2007, di samping memperkemaskan program pendidikan baru Pasti, katanya. Katanya, empat kertas kerja akan dibentangkan di bengkel tersebut yang mana beliau sendiri akan bertindak sebagai salah seorang pembentangnya.

Beliau juga berkata Pasti negeri Melaka juga akan menjadi tuan Ijtimak Pasti Malaysia pada 19-20 Ogos depan. Lima ratus peserta dari seluruh Malaysia dijangka hadir di ijtimak tersebut

Nak sangat ke minyak naik 40 sen seliter ?

Hebat sebenarnya Che Min Che Ahmad ini. Sudahlah berjaya ambil kerusi parlimen dari Ustazah Kalthom, kini dengan bangganya menyatakan kesediaan untuk terima kenaikan harga minyak walaupun 40 sen seliter sekalipun! Sesungguhnya beliau ini, orang Pasir Puteh tidak berapa tahupun kredibiliti beliau memandangkan dulunya kerusi yang dipegangnya sekarang milik Ustazah Kalthom (Kak Som) tetapi tiba-tiba sahaja datang memberi penerangan dari masjid ke masjid sekitar Pasir Puteh untuk memperkenalkan diri beliau selaku wakil parlimen bagi Pasir Puteh suatu ketika dahulu.

Selalunya seorang wakil memperkenalkan diri sebelum terpilih menjadi wakil, tetapi dek kerana 'kehebatan' Che Min ini beliau memperkenalkan diri selepas terpilih menjadi ahli parlimen selepas dirampas kerusi itu dari Kak Som selepas pilihanraya.
Semalam, di dalam perdebatan dalam dewan rakyat, iaitu semasa diberi laluan untuk mencelah usul menjunjung kasih kepada titah YDP Agong yang dibawa Datuk Hassan Malek (BN-Kuala Pilah), Che Min berkata;

"I praise the government's move to raise prices of petrol and petroleum-based products by 30, In fact, even if it is raised by 40 sen, it's okay," he told the Dewan Rakyat.

"Saya menyanjung keputusan kerajaan untuk menaikkan harga petrol dan petroleum kepada 30 sen, hakikatnya jika dinaikkan kepada 40 sen pun tidak mengapa," katanya di Dewan Rakyat.

Macam mana orang Pasir Puteh, bangga atau tidak apabila wakil kita yang mengaku akan membina lebuhraya di depan rumahnya itu jika dia menang (walaupun tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini) bersetuju jika minyak dinaikkan sehingga 40 sen seliter ?

Apa kata jika 40 sen seliter itu dikenakan sahaja pada tangki minyak YB Che Min sahaja, rakyat Pasir Puteh serta rakyat Malaysia amnya tidak mahu kenaikan 40 sen seliter hatta kenaikan mencecah 30 sen seliter!

Selain itu, di dalam perdebatan itu, pihak 'BN backbenchers' juga mengakui bahawa kerajaan mempunyai kesukaran untuk melakukan kerja pemantauan terhadap peniaga yang menaikkan barang. Ini seperti yang di celah oleh Hamim Samuri (BN-Ledang), katanya

"Kerajaan sukar melakukan pemantauan jika bergantung kepada anggota penguat kuasa semata-mata kerana bilangannya terhad."Justeru, ini adalah peluang terbaik bagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membanteras perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu," katanya.

Memandangkan penguatkuasa yang diakui kurang anggota, maka dicadangkan pula agar rakyat turut menjadi penguatkuasa tambahan untuk membenteras peniaga yang menaikkan harga barang. Secara kesimpulannya, pemerintah yang dengan senang-senang hatinya menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak, kesan daripada kenaikan harga minyak itu rakyat yang tanggung, manakala kelemahan penguatkuasaan pula diletakkan pula dibahu rakyat juga.

"Nampaknya banyak tanggungan yang perlu dikendong oleh rakyat ni ! Suruh Che Min seorang sahajalah yang tanggung hatta kenaikan harga minyak sehingga 40 sen sekalipun...ko guano?"

Thursday, March 16, 2006

Perhimpunan aman bantah pencerobohan AS, 19 Mac ini

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - Menjelang tiga tahun pencerobohan Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, PAS dengan gabungan antiperang akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika di sini Ahad ini (19 Mac), mulai jam 10 pagi.

Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, PAS membantah tindakan Amerika kerana tenteranya masih berada di bumi Iraq serta mengancam keselamatan rakyat dan keamanan negara-negara serantau seperti Iran.

PAS menuntut semua tentera AS keluar dari bumi Iraq dan memberi peluang kepada pemerintah Iraq mentadbir negara mereka sendiri, katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pada tarikh 19 Mac di seluruh dunia akan diadakan demonstrasi membantah tindakan Amerika yang terus menceroboh dan mengukuhkan pendudukannya di Iraq.

"Kita menyeru rakyat yang prihatin dengan kebebasan, keadilan dan membenci peperangan supaya turun beramai-ramai menunjukkan tentangan terhadap pendudukan Amerika di Iraq," katanya.

Beliau turut berharap pihak polis tidak bertindak di luar batasan undang-undang dalam perhimpunan aman itu

Syor berjimat: PAS pertikai penganjuran Formula 1

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Hrkh) - PAS mempertikaikan tindakan kerajaan menggunakan wang keuntungan syarikat gergasi petroleum, Petronas menaja Formula Satu dunia Grand Prix Malaysia Petronas di Litar Sepang pada masa kehidupan rakyat tertekan dengan kenaikan harga minyak.

Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mendesak Petronas bersikap tegas mengambil semula keuntungannya yang diambil oleh kerajaan sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, kerajaan pula perlu menurunkan harga minyak yang dinaikkan sebanyak 30 sen seliter kepada harga asal.

Katanya, penurunan harga minyak itu perlu disegerakan memandangkan kehidupan rakyat bertambah tertekan dengan kemungkinan kenaikan harga barang-barangan keperluan.

Beliau mempersoalkan dalam suasana rakyat menderita mengapa masih lagi keuntungan Petronas digunakan untuk menaja Formula Satu dunia di Litar Sepang.

Menurut beliau, PAS akan meneruskan bantahan dan mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak dengan moto 'Protes sampai turun'.

Katanya, perhimpunan aman yang terdekat ini pada 26 Mac ini dan PAS dimaklumkan perhimpuan itu akan dianjurkan oleh MTUC.

Mengulas mengenai tuntutan pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang bas, katanya, itu merupakan kesan awal daripada kenaikan harga minyak.

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa tuntutan pengusaha bas itu memang wajar memandangkan mereka menggunakan sumber minyak untuk menjalankan perniagaan mereka.

"Walaupun kita sebagai pengguna kita tetap akan menanggung kesan kenaikan minyak dan kenaikan itu akan terus menyusahkan hidup rakyat," katanya.

Sedarkah dunia terhadap perluasan kuasa zionis?

Berjuta-juta aktivis telah hadir untuk menyaksikan hubungan organik antara pendudukan dan penjajahan Palestin dan isu-isu global yang pelbagai dan mendesak, daripada perang Iraq kepada kemiskinan global. Bagaimana boleh berlaku, bendera-bendera Palestin melebihi bendera-bendera lain dalam perhimpunan-perhimpunan dan demonstrasi- demonstrasi terhadap institusi-institusi kewangan dunia yang dikuasai Amerika Syarikat? Mengapa aktivis-aktivis ini; gereja- gereja utama dan 30 kampus di Amerika secara aktif mengadakan kempen memulau Israel? Mengapa Amerika Syarikat dan Israel disasarkan dalam kemarahan antarabangsa di seluruh dunia?

Bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kita perlu faham sejarah Zionisme dan asal-usul teka-teki rakyat Palestin/Israel dan kemudian melihat bagaimana ia boleh membawa kedamaian dan keadilan kepada Palestin/Israel, yang mana itu merupakan kunci kedamaian dan keadilan di serata dunia.

Menurut Mazin Qumsiyeh, seorang aktivis yang banyak terlibat dalam kempen-kempen untuk hak-hak rakyat Palestin, zionis begitu mahir dalam menukar kaedah mereka mengikut masa. Terdapat tiga anjakan dalam strategi sejak bermula gerakan tersebut dalam kurun kesembilan belas. Pertama adalah perubahan dalam naungan perlindungan. Anjakan daripada perlindungan British kepada Amerika amat ketara antara 1930an dan 1960an. Kedua adalah penerimaan Fatah dan Palestinian Liberation Organisation (PLO) sebagai kumpulan untuk berunding bagi menubuhkan autonomi bagi rakyat Palestin di kawasan padat Tebing Barat dan Gaza. Anjakan ketiga yang strategik adalah idea negeri kecil Palestin yang terdiri daripada perkampungan yang terpisah- pisah di Tebing Barat dan Gaza, kurang dari seperlima Palestin yang sebenar, yang telah diduduki oleh Israel dalam tahun 1967, seperti Bantustan di Afrika Selatan ketika pemerintahan apartied dulu.

Namun, dengan anjakan strategik ini, program zionis hari ini tidak berubah dari matlamat asalnya yang dikongsi oleh semua puak dalam politik Israel (Likud, Labour, Shas dan lain-lain parti-parti agama). Programnya termasuk: penolakan pengunduran sepenuhnya daripada kawasan yang diduduki secara haram dalam tahun 1967; penolakan hak-hak pelarian untuk kembali ke rumah-rumah dan tanah- tanah mereka; penolakan konsep kedaulatan atau penentuan masa depan oleh rakyat Palestin, dan keengganan meminda undang-undang asas Israel yang mendiskriminasi terhadap orang bukan Yahudi.

Dengan itu, walaupun taktik mungkin berubah, matlamat politik zionisme tetap tidak berubah: tuntutan kepada kuasa zionis dan tanah yang maksima dengan warga Palestin minima. Antara 1947 dan 1949, ini telah dicapai dengan menghalau keluar 70% penduduk Palestin di kawasan yang kini menjadi Israel pada 1949. Lebih daripada 530 perkampungan Palestin dan bandar-bandar telah dikosongkan sepenuhnya dan dipadamkan dari peta baru Israel. Malah, ahli sejarah zionis Israel turut mengakui perkara tersebut.

Mengikut pengkaji sejarah dan bahan `declassified', Israel memulakan perang 1967 bagi mendapat lebih banyak tanah setengahnya atas alasan strategik dan setengahnya sebab ekonomi. Serta-merta fasa baru penjajahan telah dimulakan di kawasan yang diduduki di tebing Barat (termasuk Jerusalem Timur). Sejumlah 450,000 peneroka baru dipindahkan ke kawasan-kawasan tersebut sepanjang 39 tahun.

Penjaga zionis dalam media Amerika memastikan politik zionisme tidak dipersoalkan. Namun, berjuta-juta orang di seluruh dunia dapat membaca apa yang tersirat. Malah, seorang ahli sejarah dan antropologi Israel mengatakan masalahnya ialah politik zionisme.

Persoalannya: Jika apartied merupakan masalah di Afrika Selatan, mengapa ia merupakan jawapan kepada Israel/Palestin?

Mereka yang menyokong politik zionisme tidak dapat pertahankannya atas meritnya sendiri jadi mereka cuba memfokus dengan mengalihkan perhatian dan memutarbelit realiti. Contoh terbaik ialah tidak memperdulikan sebab penyakit dan fokus kepada gejala-gejalanya yang banyak: keganasan penduduk asal terhadap peneroka penjajah (bukan kepada keganasan yang lebih dahsyat terhadap penduduk asal). Ideanya ialah supaya dengan memaparkan keburukan penduduk asal dan membuatkan mereka lebih rendah dari manusia, rejim zionis tidak akan dikutuk membunuh rakyat Palestin dan merampas tanah mereka.

Ini merupakan strategi lama bagi menghalalkan rampasan. Ia telah digunakan oleh kerajaan Perancis di Algeria, oleh penjajah Eropah di benua Amerika Utara dan Selatan, oleh apartied di Afrika Selatan, oleh Amerika Syarikat di Vietnam, dan di beratus-ratus tempat lain di mana kepentingan dan ekonomi Barat bertentangan dengan hak-hak penduduk asal.
Amnesty International telah melaporkan: "Di Israel terdapat beberapa undang-undang yang jelas diskriminasi. Ia dapat dikesan dari awal penubuhan Israel pada tahun 1948, yang digerakkan oleh penghapusan kaum yang dialami oleh Yahudi di Eropah semasa Perang Dunia II, yang berdasarkan pada kepercayaan bahawa sebuah negara Yahudi untuk orang Yahudi. Setengah daripada undang-undang Israel menunjukkan prinsip ini dan akibatnya mendiskriminasi terhadap orang bukan Yahudi, khususnya rakyat Palestin. Law of Return contohnya, memberikan kewarganegaraan Israel secara automatik kepada pendatang Yahudi, sedangkan pelarian Palestin yang dilahirkan serta dibesarkan di situ, yang kini dikenal sebagai Israel, tidak dibenarkan untuk pulang. Lain-lain statut dengan jelas memberikan layanan yang lebih terhadap warga Yahudi dalam pendidikan, perumahan awam, kesihatan dan pekerjaan.

Rakyat Palestin sudah tidak sanggup lagi menerima layanan apartied ini. Rakyat Palestin juga sudah hilang kepercayaan mereka terhadap kumpulan Fatah dan PLO yang sepatutnya membela dan mengembalikan maruah Palestin, mereka beralih kepada Hamas yang telah secara konsisten menolong rakyat Palestin dan berusaha menentang rejim Israel.

Kemenangan di pihak Hamas adalah akibat daripada penentangan terhadap pendudukan oleh rejim Zionis. Rakyat Palestin telah menunjukkan kematangan mereka, kerana mereka sudah tahu dengan mengundi Hamas bermakna memilih untuk menentang rejim zionis dan kempen menentang pendudukan.

Hamas tidak akan mengiktiraf rejim zionis dan tidak juga akan berbincang dengan rejim yang merampas kuasa, dan terus mendesak agar hak asas pelarian Palestin untuk kembali ke Palestin, dan dibebaskan semua tahanan Palestin dalam penjara-penjara Israel yang dahsyat.

Israel sudah mengisytiharkan Pihak Berkuasa Palestin sebuah badan pengganas berikutan kemenangan Hamas dan telah melancarkan kempen antarabangsa untuk menyekat bantuan dan hubungan dari masuk ke Palestin. Sekutu setia Israel iaitu Amerika Syarikat menyatakan pendirian yang sama. Setiausaha Negara Condoleezza Rice dijangka akan menyokong tindakan yang sama apabila dia tiba di Mesir bagi mendesak Liga Arab membatalkan rancangan untuk memenuhi bantuan yang hilang nanti.

Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan ketua kepada parti Fatah dalam pilihan raya bulan lepas, Mahmoud Abbas berkata pihak berkuasa menghadapi krisis kewangan selepas keputusan Israel untuk tidak membayar USD50 juta dalam kutipan kastam bulanan yang ia perlu serahkan dibawah Perjanjian Oslo 1993. Wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji 130,000 kakitangan Pihak Berkuasa Palestin, sumber pendapatan terbesar di wilayah bawah pendudukan tentera Israel.

"Pilihan raya tidak patut digunakan untuk menghalalkan pencabulan terhadap rakyat kami, atau sebagai helah untuk mengancamnya," kata Abbas. Rakyat Palestin tidak patut dihukum kerana pilihan demokratik mereka yang dibuat melalui kotak undi."

"Israel melihat kebangkitan Hamas sebagai merbahaya, yang telah menukarkan Pihak Berkuasa Palestin menjadi pihak berkuasa pengganas," kata Ehud Olmert. "Israel tidak akan mengadakan hubungan dengan pentadbiran di mana Hamas terlibat."

Kemenangan Hamas di Palestin sebenarnya telah mendedahkan pakatan keji Israel dan negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat untuk mengekalkan 'hegemony' zionis. Anjuran demokrasi ke seluruh dunia bagi membela rakyat hanya digunakan untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh. Setelah demokrasi memenangkan Hamas (pihak yang mereka
benci) dalam pilihan raya Palestin, negara-negara pakatan tersebut mengeluarkan syarat baru demokrasi pula. Inilah wajah sebenar negara- negara yang aktif mempromosikan demokrasi kepada dunia. Selagi demokrasi mengukuhkan kedudukan mereka di muka bumi maka demokrasi baik untuk semua, tetapi apabila demokrasi menggugat status quo mereka, maka demokrasi perlu takrifan semula.

Kumpulan sivil yang mempromosikan demokrasi, jangan terus diperalatkan untuk perluasan kuasa Barat, khususnya zionis. Kumpulan- kumpulan sivil wajar mengambil seruan ini secara serius dan bina pakatan yang dibuka kepada seluruh dunia untuk memisahkan diri daripada terikat dengan Amerika dan menolak zionisme. Hal ini akan membawa keadilan kepada semua tanpa mengira apa agama atau kaum mereka. Ia juga akan menjadi sumbangan bermakna kepada pendedahan program-program kerajaan Amerika yang sebenarnya bertujuan memperluaskan kuasa dan pengaruh mereka di serata dunia, paling ketara dengan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh Amerika kepada zionisme.

Pengaruh zionisme telah menular dalam pentadbiran kerajaan Amerika yang mengakibatkan perubahan dalam polisi luar Amerika. Kisahnya dalam satu pendedahan lain di waktu yang lain

Kekejaman askar AS direkod

WASHINGTON: Majalah berita online Salon.com menyiarkan apa yang disifatkan mereka sebagai simpanan lengkap bukti bergambar tentera bagi penyiasatan kes penderaan tahanan Abu Ghraib oleh tentera Amerika Syarikat.

Ia termasuk sekeping gambar yang menunjukkan seorang tahanan Iraq dalam keadaan bogel, dengan kesan luka berdarah dipercayai akibat serangan anjing tentera penjajah itu.

Kebanyakan gambar pernah disiarkan sebelum ini. Salon.com mengatakan, ia adalah pertubuhan berita pertama yang menyiarkan fail penuh gambar simpanan Komandan Penyiasatan Jenayah Tentera yang sebelum ini disiarkan sebahagiannya oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) atas permintaan Akta Kebebasan Maklumat.

Kolonel Joseph Curtin, jurucakap tentera pula mengulas, gambar berkenaan tidak memberi sebarang tanggapan baru terhadap penderaan tahanan oleh tentera Amerika di Abu Ghraib sejak disiarkan pada April 2004 dan menjadi fokus lebih 12 siasatan rasmi.

Tindakan menyiarkan beberapa gambar terbaru itu, bagaimanapun boleh mengundang lebih banyak kontroversi.

Beberapa hari selepas itu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Donald H Rumsfeld memberitahu sebuah jawatankuasa Kongres:

"Saya dimaklumkan bahawa gambar yang disiarkan itu sama seperti yang tersiar sebelum ini menunjukkan peri laku yang sama. Mereka terbabit sudah dihukum," katanya.
Salon.com berkata, mereka memperoleh simpanan lengkap gambar tentera itu daripada sumber tentera yang lama berada di Abu Ghraib dan sudah biasa dengan siasatan tentera.

Daripada 279 gambar yang disiarkan majalah online itu kelmarin, sekurang-kurangnya dua bertarikh 12 Disember 2003 yang menunjukkan tahanan berbogel di lantai penjara.

Kedua-duanya menggunakan keterangan gambar sebenar tentera yang
berbunyi: "Keadaan tahanan selepas digigit anjing."

Satu daripada gambar itu jelas menunjukkan seorang tahanan dengan lutut berdarah manakala seorang lagi yang diambil dari pandangan belakang tahanan yang berbaring sambil muka mengadap ke lantai yang dipenuhi darah berhampiran kakinya.

Siasatan Pentagon terhadap penderaan tahanan Abu Ghraib mendapati anjing digunakan secara tidak wajar.

Salon.com juga menyatakan, ia mendapat salinan kenyataan April 2005 oleh Korporal Charles A Graner Jr terhadap siasatan tentera yang menceritakan insiden dalam gambar berkenaan.

Warga Barat keluar Semenanjung Gaza

JERICHO (Tebing Barat): Pihak Berkuasa Palestin semalam bersiap menghadapi kemungkinan lebih banyak keganasan meletus selepas tindakan Israel menyerang penjara Palestin kelmarin mencetuskan rusuhan penduduk menyebabkan semua warga Barat terpaksa dibawa keluar dari Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang Palestin menahan 10 tebusan warga asing tetapi membebaskan tujuh daripadanya dan masih menahan dua warga Perancis dan seorang pemberita Korea Selatan di Semenanjung Gaza selain menyerang beberapa kepentingan Britain.

Mereka merusuh selepas tentera Israel mengepung dan menyerbu penjara Jericho kelmarin bagi menahan seorang pemimpin pejuang, Ahmed Saadat dari Barisan Rakyat Pembebasan Palestin (PFLP).

Beliau dan beberapa pejuang lain mendapat perlindungan Palestin di penjara itu selepas dituduh oleh Israel terbabit dalam pembunuhan seorang menteri Kabinet Israel pada 2001.

Tentera Yahudi membedil penjara itu sepanjang hari kelmarin bagi memaksa pemimpin pejuang PFLP menyerah diri. Dua pengawal Palestin terbunuh dan 26 lagi cedera dengan lima daripadanya parah.

Sebelum ini Israel menegaskan, ia akan membunuh Saadat jika pemimpin Palestin membebaskannya.

Serangan terbabit dilancarkan beberapa minit selepas tiga pengawal Britain yang menganggotai pasukan pemantau bersama tentera Amerika Syarikat, melarikan diri dari penjara itu, mencetuskan tuduhan mereka bersubahat dengan Israel.

Bagaimanapun, Setiausaha Luar Britain, Jack Straw menafikan tuduhan itu.

Selepas serangan Israel itu, beratus-ratus penduduk Palestin menyerang dan membakar pusat kebudayaan Britain di Semenanjung Gaza.

Sebuah lagi pusat kebudayaan Britain di Ramallah turut diserang manakala bangunan bank HSBC dirosakkan.

Pasukan Keselamatan Palestin, semalam diarahkan melepaskan tembakan peluru hidup jika ada kumpulan yang melancarkan serangan ke atas kepentingan Barat bagi menghalang keganasan merebak.

Tentera Palestin semalam menyatakan semua warga asing kini sudah meninggalkan Gaza selepas mereka dihimpunkan di ibu pejabat polis.

Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbad membatalkan lawatannya ke Eropah lewat kelmarin dan terbang dari Strasbourg untuk kembali ke Ramallah.

Dua pemberita Perancis itu dikenal pasti sebagai Caroline Laurent, seorang pemberita majalah Elle dan jurugambar agensi SIPA, Alfred Yacobzadeh, diculik kali kedua. Kementerian Luar di Seoul mengeluarkan kenyataan, warganya, Yong Tae-young, 41 yang bertugas sebagai pemberita KBS, turut diculik.

Bagaimanapun, laporan beberapa jam kemudian mengatakan empat rakyat asing yang diculik di Gaza sudah dibebaskan.

Pemimpin kanan Palestin mengkritik tindakan Israel yang dianggap cuba menunjukkan Mahmoud Abbas sebagai pemimpin yang lemah.

"Ini tamparan hebat kepada Pihak Berkuasa Palestin dan Abu Mazen (Mahmoud Abbas)," kata perunding damai Palestin, Saeb Erekat

Bank pusat Arab jual dolar AS sebagai tindak balas

LONDON: Kemarahan negara Arab terhadap Kongres Amerika Syarikat yang memaksa syarikat Dubai menjual pegangannya dalam lima pelabuhan di AS, semata-mata kerana menganggap firma Arab membawa risiko keselamatan, kini melimpah ke pasaran kewangan dengan bank pusat Arab menjual dolar sebagai tidak balas.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut merangkumi Dubai, berkata ia akan menukar 10 peratus daripada rizabnya daripada dolar AS kepada euro, manakala gabenor bank pusat Arab Saudi mengecam Kongres AS sebagai mengamalkan diskriminasi.

Syria yang bertindak balas terhadap tindakan AS menghentikan urus niaga ke atas dua banknya mengesahkan rancangan bagi mengurangkan penggunaan dolar AS bagi urus niaga luar negaranya.

Perkembangan berkenaan menyebabkan dolar kelmarin jatuh nilai berbanding the euro, pound sterling dan yen menyebabkan penganalisis memberi amaran banyak lagi bank pusat akan mengikut langkah UAE.

Minggu lalu, syarikat Dubai, Dubai Ports World (DPW) mengumumkan hasratnya menjual P&O yang baru diambil alih, berikutan kemarahan Kongres AS selepas syarikat firma Arab itu menguasai lima pelabuhan utama AS melalui P&O.

Gabenor bank pusat UAE, Sultan Nasser al-Suweidi, berkata pihaknya sedang menukar 10 peratus daripa rizabnya yang bernilai AS$23 bilion

(RM86 bilion) daripada dolar ke euro. "AS melanggar prinsip mereka sendiri," kata beliau.
"Pelabur akan mengambil kira isu DPW dan akan meneliti pelaburan di AS dengan perspektif baru."

Wednesday, March 15, 2006

Israel kepung penjara Palestin tuntut militan

JERICHO, Tebing Barat 14 Mac - Tentera Israel hari ini mengepung penjara Palestin di sini dalam usaha menangkap ketua kumpulan militan yang dipenjara yang didakwa membunuh menteri Israel lima tahun lalu.

Perkembangan terbaru ini dijangka mencetuskan konflik baru di rantau Asia Barat.
Seorang pengawal dan tahanan penjara mati dalam pertempuran di pekarangan penjara ketika tentera Israel mengempur.

Lebih setengah dozen warga asing pula dijadikan tebusan oleh pejuang Palestin sebagai tindak balas ke atas Israel.

Saksi berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dan letupan berhampiran penjara, tempat ketua Popular Front Liberation Palestin (PFLP), Ahmed Saadat di penjara yang diawasi oleh pemerhati Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Saksi kemudian melaporkan, kesemua pemerhati itu beredar, namun tidak dapat dipastikan bila.

Menggunakan pembesar suara, tentera Israel memanggil Ahmed dan beberapa ahli kumpulan militan yang lain supaya menyerah diri.

''AS dan Britain bertanggungjawab atas keselamatan Ahmed Saadat. Pengunduran mereka bertentangan dengan perjanjian yang telah ditandatangani dengan Palestin,'' kata pembantu Presiden Mahmoud Abbas, Ahmed Abdel Rahman.

Ahmed mula ditahan di penjara Tebing Barat sejak tahun 2002 bersama pengikutnya yang lain di bawah pemerhatian antara bangsa.

Dalam temu bual dengan stesen Al-Jazeera dari penjara, Ahmed berkata, beliau tidak akan menyerah diri kepada Israel.

''Mereka perlu datang, mungkin boleh mengambil kami hidup ataupun mati. Kami tidak akan menyerah diri,'' katanya menerusi perbualan telefon.

Israel mendakwa, Ahmed telah mengarahkan pembunuhan Menteri Pelancongannya, Rehavam Zeevi pada tahun 2001.

PFLP yang mengakui dakwaan itu berkata, pembunuhan itu adalah satu tindakan menuntut bela atas pembunuhan salah seorang daripada ketua mereka.

Bush semakin tidak popular

WASHINGTON: Kadar sokongan dan populariti Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, Naib Presiden, Dick Cheney dan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, menurun di bawah 40 peratus, menurut satu keputusan tinjauan pendapat terbaru yang disiarkan semalam.
Tinjauan itu dilakukan oleh firma Harris Interactive pada 3 hingga 7 Mac lalu dan keputusannya disiarkan oleh akhbar The Wall Street Journal, di sini.
Berdasarkan tinjauan itu, kadar sokongan penduduk Amerika kepada Bush hanya 36 peratus berbanding 40 peratus pada bulan Februari dan 43 peratus pada Januari lalu.Sekali gus, kadar itu adalah yang kedua terendah bagi Bush. Kadar terendah untuk pemimpin Amerika itu adalah 34 peratus pada November 2005.
Kadar sokongan kepada Cheney pula masih tidak berubah iaitu 30 peratus sekalipun diberi publisiti negatif atas insiden tersilap tembak ketika memburu di Texas, bulan lalu.
Pada masa sama, kadar itu menunjukkan sokongan kepadanya kekal 30 peratus sejak November 2005 selain mengukuhkan anggapan bahawa sokongan kepada beliau adalah yang paling rendah di kalangan pegawai kanan pentadbiran Bush.Rumsfeld pula lebih baik daripada Cheney tetapi masih di bawah sokongan kepada Bush iaitu 35 peratus, satu peratus lebih tinggi berbanding November 2005.
Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, paling tinggi sokongan dengan 51 peratus, turun satu mata berbanding November lalu.Selain itu, Timbalan Ketua Staf Rumah Putih, Karl Rove, juga semakin tidak popular apabila hanya menerima sokongan 28 peratus, kadar terendah untuknya.

Menteri tidak yakin sistem pendidikan negara, hantar anak ke luar negara

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Sesetengah pihak di negara ini didakwa seolah-olah tidak meyakini sistem pendidikan negara ini sehingga sanggup menghantar anak untuk menuntut di luar negara.

Dato' Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) mendakwa pemimpin negara ini, malah Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien sendiri seolah-olah tidak yakin dengan sistem pendidikan sedia ada apabila menghantar anak sulungnya ke Australia setelah memperoleh 9 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang diumumkan semalam.

"Rakyat kelihatan tidak yakin dengan sistem pendidikan hari ini, malah Menteri sendiri pun tak yakin hingga menghantar anaknya ke Australia, dan bukan dalam negara," dakwa beliau di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika bangun mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Pelajaran berhubung sistem pendidikan negara dalam sesi soal jawab.

Sehubungan itu, katanya sudah sampai masanya sistem pendidikan negara ini dikaji secara menyeluruh bagi memastikan ia menepati keperluan masyarakat serta berupaya berdepan dengan cabaran globalisasi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Hon Choon Kim (BN-Seremban) ketika menjawap pertanyaan itu, menafikan dakwaan Kamaruddin tentang kelemahan sistem pendidikan negara ini.

"Saya berharap Yang Berhormat tidak mempertikaikan tindakan itu, kerana ia tidak melibatkan soal mutu pendidikan negara ini. Sistem pendidikan di negara ini cukup baik untuk anak-anak kita," tegas beliau.

Beliau turut meminta Kamaruddin agar tidak mengaitkan tindakan Hishamuddin itu dengan alasan semua pihak di negara ini mempunyai hak untuk menghantar anak mereka ke mana-mana bagi mendapatkan pendidikan dan pengalaman.

Penguat kuasa bertindak ganas terhadap setinggan AU3

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Kira-kira 70 penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini bertindak ganas merobohkan penempatan sementara setinggan AU3 Keramat, dekat sini.

Anggota polis, FRU dan penguatkuasa telah merobohkan khemah perlindungan sementara setinggan empat keluarga di AU3, Keramat jam 10.30 pagi.

Lebih malang apabila khemah untuk empat keluarga itu turut dirampas dan mangsa kini berlindung di bawah pokok sementara menunggu kanvas dinaikkan.

Golongan miskin ini tidak mampu mencari penempatan baru dan bagi meringankan bebanan mereka, bantuan kewangan amat diperlukan.

Mereka yang bersimpati dengan nasib empat keluarga itu sila hulurkan bantuan ke Pejabat Agung PAS Taman Melewar atau pejabat Harakah. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berkaitan di talian 03-6189 5612 dan 03-4021 2009 (Natrah)

Protes anti-Thaksin terbesar - Thaksin sedia isytihar darurat

BANGKOK 14 Mac - Kira-kira 70,000 orang berhimpun di luar pejabat Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra hari ini - perhimpunan terbesar sejak bulan Januari - dengan ikrar para pemimpinnya bahawa tunjuk pera-saan akan di-teruskan sehingga beliau meletakkan jawatan.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar, guru, anggota kesatuan sekerja dan aktivis duduk di jalan raya utama sepanjang halaman besar Rumah Kerajaan sambil diawasi polis antirusuhan.

Bagaimanapun tiada se-barang tanda-tanda akan berlakunya rusuhan atau keganasan.

Thaksin yang didakwa mengamalkan rasuah dan penyelewengan oleh perikatan ahli Parlimen yang mahu menyingkirkannya berkata, beliau akan mengisytiharkan darurat jika keadaan tidak terkawal.

''Saya bersedia mengisytiharkan darurat jika keadaan berubah menjadi ganas,'' kata beliau selepas mesyuarat Kabinet yang diadakan menerusi sidang video dari bandar utara Ubon.

Bagaimanapun Komander Tentera, Jeneral Sonthi Boonyaratglin memberitahu wartawan, Thai kini tidak memerlukan perisytiharan darurat.

''Tidak perlu arahan darurat. Tindakan ini akan menjejaskan imej negara dan tentera tidak setuju dengan idea arahan darurat,'' katanya.

Ketua Tentera Thai, Komander Ruengroj Mahasaranond pula menegaskan, darurat hanya bagi keadaan serius dan bukannya terhadap protes bukan bersifat ganas yang kini dihadapi Thaksin.

''Angkatan tentera adalah di bawah raja dan kami akan melakukan apa sahaja demi rakyat,'' katanya lagi.

Kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya keganasan timbul selepas kempen anti-Thaksin tercetus lewat Januari lalu berikutan penjualan empayar perniagaannya yang bernilai RM7 bilion tanpa dikenakan cukai.

Sementara para pengawal atur berkata, firma pelaburan yang dikaitkan dengan kerajaan Singapura, Temasek telah menguasai 96.12 peratus saham dalam Shin Corp, syarikat telekomunikasi yang diasaskan oleh Thaksin.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Chidchai Vanasatidya yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, walau-pun darurat boleh diisytihar-kan, kerajaan tidak akan melakukannya.

Perhimpunan yang diada-kan sepanjang malam tadi merupakan siri terakhir dan rancangan untuk berhimpun di depan Rumah Kerajaan menyebabkan Raja Bhumibol Adulyadej membuat rayuan secara tidak langsung agar tidak berlaku keganasan.

Tuesday, March 14, 2006

TUNTUTAN...

Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah ketika menjawab soalan wartawan di lobi Parlimen hari ini (14/03/2006) berhubung isu permit Suara Keadilan yang dilengah-lengahkan permohonan.
Beliau mendesak Abdullah agar menghormati jaminan yang pernah diberikan bahawa setiap parti berhak untuk memperolehi permit penerbitan

Fatah diberi amaran elak sertai Hamas

BAITULMAQDIS 13 Mac - Pentadbiran Bush mahu mengehadkan hubungan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas jika parti Fatah menyertai kerajaan baru Hamas.

Sumber diplomatik barat berkata, amaran itu dibuat ketika para pegawai Fatah mengadakan rundingan dengan Hamas di Gaza.

Fatah sebelum ini menyatakan tidak berhasrat menyertai kerajaan baru Hamas.
Sumber itu berkata, sekatan ketat Amerika Syarikat (AS) mengenai hubungan dan bantuan kepada Hamas akan dikenakan ke atas parti lain jika menyertai kerajaan baru itu.

Para pegawai pentadbiran Bush telah dilarang daripada mengadakan hubungan terus dengan ahli-ahli Hamas dan undang-undang AS melarang negara itu daripada menyalurkan apa jua bantuan kepada kumpulan itu yang dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Jabatan Negara AS.

''Jika Fatah turut serta sebagai pertubuhan, ia akan termasuk dalam kategori yang sama. Sudah pasti, jika Hamas dan ahli kerajaan lain menerima prinsip Kuartet, ia akan mengubah keadaan,'' kata sumber diplomat itu.

AS telah memberitahu Mahmoud dan pemimpin kanan Fatah di Washington bahawa ia menentang parti itu daripada menyertai kerajaan baru.

sumber dari http://www.utusan.com.my ( Selasa / 14 March 2006 )

Ilmuwan Islam bincang pertahan nabi

RIYADH: Ekoran serangan oleh musuh Islam, lima pertubuhan Islam terkemuka mengaturkan sebuah sidang antarabangsa bagi mempertahankan Nabi Muhammad di Manama, Bahrain pada 22 dan 23 Mac ini.

Arab News semalam melaporkan sesi taklimat mengenai persidangan itu dihadiri Penyelaras Jawatankuasa Antarabangsa Sokongan Terhadap Mohammad (ICFSP), Soliman Hamad al-Bhuti; Setiausaha Agung Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY), Dr Saleh Sulaiman al-Wohaibi; Pengendali laman web Islam Today, Salman al-Oudah dan seorang lagi wakil WAMY, Khaled Al-Ojaimi.
Persidangan itu dijangka dihadiri lebih 300 cendekiawan Islam dari negara Islam dan bukan Islam dan ditaja oleh ICFSP dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan Manama, al-Aslah. Turut terbabit projek itu adalah Kesatuan Cendekiawan Islam Doha dan Islam Today.“Persidangan ini diatur ekoran penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad.
Persidangan bertujuan membentuk satu barisan kukuh bagi menyelaras usaha dan menyuarakan aspirasi bersama berhubung isu mengenai Islam,” kata Dr Wohaibi.
Mengulas mengenai langkah memulaukan barangan Denmark, al-Wohaibi berkata, ini adalah pengajaran terbaik terhadap mereka yang memperkecilkan Nabi Muhammad
sumber dari http://www.bharian.com.my ( Selasa / 14 March 2006 )

Notis serahan petisyen Pengkalan Pasir ikut peraturan

KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) – Peguam pempetisyen hari ini menolak hujah pihak responden pertama, Haji Hanafi Mamat yang menganggap penyampaian notis petisyen bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir tidak mengikut peraturan. Haji Mohd Ariff Yusof berkata, notis penyampaian petisyen itu dibuat mengikut peraturan ditetapkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berdasarkan kepada Kaedah 15 Ceraian 1A, Kaedah 15 (1B) dan 15 (1C).
Mengikut Perkara 15 (1A) serahan satu salinan notis hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari selepas petisyen difailkan. Perkara 15 (1B) menjelaskan notis dihantar dengan pos berbayar kepada alamat responden pertama. Dan Perkara 15 (1C) pula berkaitan penampalan di papan notis mahkamah atau pemberitahuan melalui akhbar utama di negara ini.
Menurutnya, Perkara 15 (1A) dan Perkara 15 (1B) tidak mempunyai perkataan atau bagi memisahkan di antara keduanya, manakala Perkara 15 (1C) pula dipisahkan dengan perkataan atau. “Ini secara tidak langsung menggambarkan Perkara 15 (1A), (1B) dan (1C) boleh ditafsirkan dipisahkan dengan atau di antara satu sama lain, atau juga bermaksud (1A) dan (1B) dipisahkan perkataan atau dengan (1C).

“Ini bermaksud (1C) boleh berdiri sendiri. Dan pempetisyen sudah memenuhi Perkara (1A) dan (1B) selaras dengan akta ditetapkan. Dengan ini hujah responden pertama yang mengatakan notis petisyen dibuat tidak mengikut peraturan adalah mengelirukan,” katanya.

Bagaimanapun Tan Sri Zaki Azmi mewakili responden pertama berhujah pihak pempetisyen perlu mematuhi setiap Ceraian dalam Kaedah 15, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Kes itu didengar di depan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Dato’ Hasan Lah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Mohd Arif turut dibantu peguam Hanifa Maidin, Nasrul Mohamad, Ahmad Najib Deris, Hisyam Fauzi dan Fariz Izwan Mustafa, manakala responden pertama diwakili Zaki, Mohd Hafarizam Harun, Norah Abu Bakar dan Azmi Abdullah.

Manakala Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi, Suzana Atan dan Siti Salwa Musa mewakili responden kedua dan ketiga iaitu pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Petisyen tersebut difailkan Mohd Ridza Zain pada 4 Januari lalu bagi mencabar keputusan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember tahun lalu ekoran wujud dakwaan beberapa penyelewengan.

Antaranya, perbuatan rasuah, penjamuan, penyamaran, kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, perlanggaran undang-undang pilihan raya dan bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Petisyen PAS setebal 22 muka surat itu menyatakan beberapa perlanggaran dilakukan responden di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Ekoran itu pada 26 Januari Barisan Nasional Kelantan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan petisyen yang dikemukakan PAS, antara alasannya kegagalan pempetisyen menyatakan secara terperinci mengenai tarikh, waktu dan tempat berlakunya penyogokan pada pilihan raya berkenaan.

Zaki sebelum itu juga menganggap fakta utama kes yang dibuat pempetisyen adalah tidak lengkap kerana tidak mempunyai nama tempat, tarikh dan masa secara jelas.

Hujah bertulis yang diulangi pada perbicaraan hari ini dibentangkan peguam terbabit bermula jam 9.15 hingga 11.40 pagi tadi. Mohd Ariff juga berhujah notis petisyen yang dikemukakan juga diterima pihak responden dan ditandatangani pada notis serahannya.

Perbicaraan itu bersambung jam petang ini. Hadir sama mengikuti kes tersebut Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, calon Pengkalan Pasir Pasir, Haji Hanifa Ahmad dan Ridza yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bagaimanapun Hanapi kelihatan keseorangan ketika berada di mahkamah. Mengikut peraturannya kes petisyen itu perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh petisyen difailkan.

Pada pilihan raya kecil 6 Disember lalu, calon BN mengatasi calon PAS dan Bebas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dengan kelebihan 134 undi.

Protes bantah kenaikan minyak perlu berterusan

KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) – Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan di negara ini disaran mengadakan bantahan secara berterusan bagi mendesak supaya kerajaan menurunkan semula harga minyak.

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, bantahan perlu diadakan melalui rapat umum, demontrasi atau penyebaran risalah sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.

“Tindakan memprotes kerajaan melalui bantahan perlu dilakukan secara berterusan sehingga kerajaan menurunkan semula harga minyak,” katanya ketika meraikan petugas-petugas PAS bagi kawasan Parlimen Kubang Kerian, baru-baru ini.

Menurutnya melalui siri-siri bantahan itu juga kita mendesak kerajaan supaya menyatakan secara terperinci ke mana keuntungan Petronas sebelum ini dibelanjakan.

“Sejak Petronas beroperasi sehingga ke hari ini kita anggarkan sudah lebih RM500 bilion keuntungan dari hasil minyak diperolehi, kerana itu kita ingin tahu ke mana dihabiskan keuntungan yang begitu besar,” ujarnya.

PAS juga menubuhkan Jawatankuasa Protes Harga Minyak yang bermoto ‘Protes Sampai Turun’.

Mengulas isu yang sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, punca sebenar kerajaan menaikan harga minyak kerana kedudukan kewangan negara dalam keadaan tidak stabil.

Menurutnya punca sebenar masalah itu berlaku kerana cara menguruskan negara tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam.

“Ketidakstabilan kewangan negara kerana cara mengurus kewangan yang terlalu boros dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran. Pemborosan dan pembaziran yang berterusan inilah akhirnya telah membawa natijah kepada kedudukan kewangan negara seperti sekarang,” katanya.

Selain itu kerajaan juga membelanjakan wang untuk membina perojek-projek mega dan mewah walaupun projek tersebut tidak menjadi keutamaan kepada negara. Misalnya litar lumba kereta F1 di Sepang, menara berkembar dan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya akhirnya menyebabkan rakyat menangung beban.

Kata beliau, lebih parah lagi kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan harian naik dan ia memberikan kesan berganda kepada kehidupan rakyat. Kata beliau juga, biar pun Kelantan mempunyai sumber kewangan terhad, namun hasil usaha berjimat cermat membolehkan kerajaan negeri terus bertahan.

“Antara tindakan berjimat cermat yang dilakukan di Kelantan iaitu elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan Adun turut dipotong,” ujarnya.

UMNO stereotaip buat penerangan mengenai kenaikan harga minyak

Mutakhir ini, pihak UMNO melalui jentera kerajaannya melakukan pelbagai usaha untuk membuat sesi penerangan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak. Antara pengisian sampingan yang dilakukan oleh pihak UMNO adalah menyelar pembangkang yang dikatakan mengapi-apikan rakyat agar berdemonstrasi setiap kali selepas solat jumaat terutamanya di Kuala Lumpur.

Ketika pemimpin-pemimpin mereka bermati-matian menegakkan benang yang basah dengan menyabitkan faktor pasaran harga minyak dunia yang kian meningkat, pihak media sedunia seperti bloomberg dan AMEinfo pula sudah menyiarkan berita terperinci bahawa harga minyak dunia sudah kembali kepada nilai US dollar 60 setong.

Seandainya kita lihat laporan dari bloomberg pada 28 Februari 2006 (iaitu hari kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen), semua pihak terutamanya Amerika Syarikat telah bertindak meningkatkan 'stockpiles' mereka bagi berhadapan kemungkinan serangan 'pengganas' terhadap perkapalan Arab Saudi. Ini berikutan kekacauan yang sedang berlaku pada masa itu di Kingdom's Abqaiq refining center.

Namun seperti pandangan yang diutarakan oleh penganalisa Mark Waggoner, Presiden Excel Futures Inc. di Huntington Beach, California,

"Saya menjangkakan kesemuanya, minyak, gas dan penyulingan akan berada pada tahap yang positif"

"Ia tidak menampakkan akan berlaku banyak masalah di Arab Saudi"

Natijahnya, harga minyak turun berikutan langkah Amerika Syarikat meningkatkan 'stockpiles' mereka. Harga Minyak mentah untuk penghantaran bulan April jatuh sebanyak 49 sen atau 0.8 peratus untuk ditutup pada US Dollar 60.51 setong selepas sejam ia diniagakan di New York Mercantile Exchange. Walaupun penganalisa menyatakan pandangan yang positif tentang isu di Arab Saudi, kerajaan Malaysia tetap mahu menaikkan harga minyak pada hari berkenaan.

Pada 8 Mac 2006 pula, negara-negara OPEC iaitu Organization of Petroleum Exporting Countries bertindak mahu mengekalkan pengeluaran minyak tertinggi hampir 2 dekad bagi mengimbangi segala kemungkinan ketidakseimbangan isu yang berlaku di Nigeria dan langkah Iran terhadap rancangan nuklearnya. Ini memastikan pasaran harga minyak dunia berada pada sekitar US Dollar 60 setong.

Hasil dari perjanjian itu, persetujuan telah dicapai untuk mengekalkan kouta pengeluaran pada 28 juta tong sehari. Ini berdasarkan kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Najmi kepada pemberita di Vienna.

Pada 9 Mac 2006, harga minyak terus didagangkan rendah sebagai suatu 'jawapan' terhadap langkah OPEC untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada jumplah 28 juta setong sehari.
Seperti reaksi spontan yang disuarakan oleh penganalisa Mark Waggoner,

"OPEC adalah sesuatu yang penting, mereka akan terus mengepam(minyak) walau apapun yang berlaku"

Jadi bagi UMNO untuk menggunakan hujah kenaikan harga minyak dunia sebagai senjata utama untuk menaikkan harga minyak di Malaysia sudah tidak berasas lagi.Seharusnya pihak kerajaan Malaysia menurunkan kembali harga minyak pada tahap munasabah memandangkan tiada asbab lagi mereka harus mengekalkan harga minyak pada kedudukan sekarang.

Nampaknya Zainuddin Maidin,Shafie Apdal, Datuk Mustapha Mohammad serta anggota pemimipin UMNO yang lain terpaksa memburuk-burukkan usaha pembangkang serta NGO lain yang bertindak melakukan demonstrasi setiap kali solat jumaat. Ini terbukti melalui ulasan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan pembangkang mengambil kesempatan ke atas isu kenaikan harga minyak.

Ternyata pihak UMNO sudah kehabisan hujah untuk mepertahankan tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak di Malaysia. Manakala pihak Barisan Alternatif serta NGO yang lain meneruskan usaha murni untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya rakyat bukan lagi bodoh!

Maka seharusnya kita "Protes Sampai Turun".

AS dilanda bencana

GROOM (Texas): Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh dalam dua bencana alam berbeza yang melanda Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa negara itu semalam.

Kebakaran hutan memusnahkan lebih 120,000 hektar tanah di utara Texas, Amerika Syarikat dan menyebabkan enam terbunuh manakala taufan kencang melanda Missouri, Illinois serta Arkansas, menyebabkan tiga terbunuh.

Seramai empat orang mati kelmarin dalam nahas jalan raya di lebuh raya antara negeri akibat asap tebal yang berpunca daripada kebakaran hutan, kata Perkhidmatan Perhutanan Texas. Enam orang cedera.

Di timur laut Amarillo dekat bandar Borger, dua mati ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran belukar yang turut memusnahkan rumah mereka, kata Kapten Bomba, Mike Galloway.

Kebakaran hutan ini – yang kedua selepas kebakaran hutan lewat Disember dan awal Januari lalu dan mengorbankan tiga orang – memaksa lapan bandar dikosongkan, kata jurucakap Perkhidmatan Perhutanan Texas, Warren Bielenberg.

Asap tebal dikatakan menjadi punca sembilan kenderaan terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya 40 dekat Groom, 65 kilometer dari Amarillo.

Sementara itu, di bandar Lawrence, Kansas, taufan melanda sebahagian kawasan barat tengah (Midwest) Amerika menyebabkan tiga maut di Missouri manakala banyak rumah rosak di Illinois dan Arkansas.

Ribut itu adalah yang pertama daripada beberapa yang melintasi kawasan timur Kansas dan menuju ke Missouri semalam.

Angin kencang turut menerbangkan kontena dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansas.
Mangsa keempat dilaporkan di Indiana.

Hujan batu yang sesetengahnya sebesar bola besbal turut melanda beberapa kawasan di barat laut Missouri.

Cuaca buruk itu berlaku selepas ribut kencang melanda selatan Missouri dan selatan Illinois lewat kelmarin menyebabkan sepasang suami isteri maut selepas kereta mereka diterbangkan angin di jalan raya selain memusnahkan banyak rumah di selatan St Louis.

Semalam, seorang wanita terbunuh di tengah Missouri ketika mangsa sedang berlindung dalam rumah bergeraknya di selatan Sedalia, Missouri. Dua lagi dilaporkan hilang dan enam cedera, kata pegawai.

Monday, March 13, 2006

Kenaikan harga minyak: PAS beri amaran henti tekan rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - PAS memberi amaran kepada kerajaan supaya jangan berdalih dengan pelbagai alasan berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen kerana segala kelemahan dan kesilapan dalam menyelesaikan masalah kewangan negara telah diketahui rakyat.

Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menaikkan harga keperluan rakyat tanpa bertindak tegas terhadap penyelewengan sehingga menyebabkan wang negara semakin merosot.

Menurut beliau, PAS akan meneruskan demonstrasi secara aman bagi membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga minyak yang amat memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan mengambil jalan mudah menaikkan harga minyak sebaliknya dalam isu rasuah sehingga sekarang tidak ada tindakan bersungguh-sungguh untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap pemimpin tertentu yang terlibat dengan gejala tersebut.

Dato' Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media setelah selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat, di pejabat Agung PAS, Taman Melewar, di sini, petang semalam. Turut bersama beliau, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar.
Katanya, PAS kesal dengan kenyataan pimpinan kerajaan yang tidak bersetuju rakyat mengadakan demonstasi sebaliknya mengugutmengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja terbabit.

"Inikah amalan negara demokrasi kalau menujuk perasaan secara aman itu dihalang, ini petanda yang sangat buruk terhadap sistem demokrasi di Malaysia," jelasnya.

Menurut beliau, PAS berharap kerajaan tidak mudah `melatah' dengan bantahan rakyat sebaliknya perlu membetulkan keadaan sama ada membuat perubahan dalam kerajaan serta bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penyelewengan menghilangkan wang negara.
"Saya melihat keadaan hari ini tidak ada kehebatan, saya minta mereka tunjukkan kehebatan bukan menekan rakyat tapi bertindak terhadap pelaku rasuah serta mereka yang melakukan penyelewengan terhadap kewangan negara," tegas beliau.

Beliau kesal dengan sikap dan tindakan pimpinan kerajaan BN yang menggunakan media untuk 'membutakan mata' rakyat supaya rakyat menjadi bodoh tidak dapat berfikir dengan cara yang baik.

Mengulas tindakan pihak polis yang bertindak ganas dalam demonstrasi aman minggu lalu katanya, itu menunjukkan sikap tidak matang kerajaan dalam menghadapi masalah dengan mengenakan tindakan zalim terhadap rakyat yang membantah keputusan kerajaan.

Kata beliau, sepatutnya segala tindakan pihak polis perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penambahbaikan Polis Diraja Malaysia supaya mereka tidak mengganggu kebebasan rakyat malangnya, suruhanjaya itu tidak dihormati.

Beliau yakin demonstrasi boleh menurunkan kerajaan yang zalim terhadap rakyat kerana banyak negara sudah membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menurunkan pemerintah yang zalim.

Mengimbau kembali nostalgia Forum Perdana

Alhamdulillah, berjaya juga saya hadiri forum perdana semalam yang dilakukan pada hari yang sama dengan demonstrasi ke-2 yang diadakan di KLCC. Namun kali ini saya bergerak secara solo sahaja dari kampus ke forum perdana berkenaan, tidak seperti biasa memandangkan pihak pendokong gerakan Islam di kampus ini juga mempunyai agenda sendiri pada malam ini. Demi menangkis 'hiburan songsang' yang dijanakan oleh konco-konco aspirasi. Tidak mengapalah samaada bergerak secara solo atau tidak kerana saya lebih suka bergerak secara sendirian daripada satu gerombolan kerana itu lebih licin pergerakannya daripada satu ketumbukan apabila membicarakan tentang pergerakan secara 'gerila'!
Setelah tiba di Dataran Purnama tepat-tepat pukul 9.30 malam, saya terus 'menyusup' masuk mencari 'pengkalan' yang strategik untuk menunggu ketibaan Ustaz Nasha, Dr Hatta dan Dr Hassan Ali. Seperti yang saya sangkakan, Ustaz Nasha tiba agak lewat malam semalam memandangkan Ustaz Nasha juga mengepalai demonstrasi di KLCC pada hari yang sama. Pasti ia amat memenatkan untuk sampai ke pekan Parit Buntar pula!
Namun penantian itu terubat juga setelah Dr Hassan Ali sampai, beberapa ketika selepas itu Dr Hatta pula yang sampai. Sementara itu pihak tuan rumah perlulah bijak menguasai suasana penantian ustaz Nasha dengan aktiviti yang tidak menjemukan. Disinilah saya dapat mendengar serba sedikit info dari pengacara malam semalam tentang isu semasa,ini termasuklah tentang pemboikotan barangan denmark dan isu kenaikan harga minyak.
Sambil saya membelek-belek warkah Bicara Minda yang diterbitkan oleh DP PAS Perak, maka tibalah Ustaz Nasha. Ternyata penantian itu berbaloi.
Rasanya inilah forum perdana yang agak 'nostalgic' bagi saya kerana Dr, Hassan Ali menjadi pengerusi pada forum itu, secara tidak langsung pengalaman Dr Hassan Ali yang pernah menjadi pengerusi Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dulu di 'rewind'kan kembali.
Bagi saya Dr Hatta berjaya berdiskusi sebagai minda rakyat jelata dalam menyelami masalah rakyat, manakala Ustaz Nasha berdiskusi yang selayak dengan jawatannya selaku Timbalan Presiden PAS malah bagi 'orang yang tahu' seperti warga pegawai kerajaan mahupun warga kampus dapat bergerak seiring dengan isi yang cuba dikupas oleh Ustaz Nasha.
Terdapat banyak informasi yang disampaikan oleh kedua-dua ahli panel. Namun saya kira baiklah saya catitkan isu yang sempat saya 'rakam' dalam minda saya.
Isu Dikupas Oleh Dr Hatta
Selaku kelahiran Setiawan Perak, beliau berjaya membawa pemikiran tentang kenaikan harga minyak dengan aktif sekali. Contohnya kenaikan barangan seperti roti canai, teh tarik. Jika Pak Lah marah-marah kepada peniaga kerana naikkan harga roti canai, Dr Hatta cuba menyelami pemikiran peniaga.
Antara hujah Dr Hatta,
"Kalau kita buat roti canai, takkan kita uli-uli roti lepas itu terus boleh makan ? Pasti kita masak dahulu di dapur menggunakan gas memasak. Sedangkan gas memasak juga turut mengalami kenaikan." Isu lain yang turut diperbincangkan adalah mengenai isu bertudung Habsah Jaafar,Pengarah Akaun di Hotel Renaissance yang bertegas untuk bertudung setelah beliau pulang dari Mekah.
Malah paparan lakaran kartun penghinaan nabi kita turut disentuh oleh Dr Hatta. Ini bagi membuktikan selaku pengerusi OIC, Pak Lah gagal memainkan peranan untuk mendaulatkan islam di negara-negara islam.
Tembelang UMNO terhadap Islam adalah semata-mata untuk melawan PAS sahaja turut di bentangkan oleh Dr Hatta. Namun disini Dr Hatta tidak menyebut nama menteri yang mengaku sikap parti UMNO terhadap Islam semata-mata untuk 'counter' PAS semata-mata, yang mana selepas itu Ustaz Nasha menyebut menteri berkenaan adalah Nazri Aziz.
Isu Dikupas Ustaz Nasha
Sewaktu forumini berlangsung, saya sangkakan Ustaz Nasha akan menggunakan 'gear rendah' untuk berhujah pada malam semalam, memandangkan beliau baru sahaja sampai dari KL. Tetapi ternyata sangkaan saya meleset, Ustaz Nasha masih bertenaga untuk berhujah dengan baik sekali,mungkin kerana kudratnya masih lagi muda dan bertenaga.
Ternyata input-input yang dibawa oleh Ustaz Nasha lebih menampakkan pemikiran selaku golongan terpelajar namun masih mampu menterjemahkan kepada pemikiran biasa untuk rakyat biasa.
Antara informasi yang agak tertarik untuk saya ketengahkan disini adalah tentang 'surat layang' yang 'berterbangan' dikalangan pemmpin atasan UMNO agar Pak Lah 'resign' dari jawatan tertinggi hierarki kepimpinan negara sekarang ini.
Selain itu, keuntungan Petronas yang agak mewah mutakhir ini agak memusykilkan beliau kerana dalam keadaan rakyat yang terseksa dengan kesan kenaikan harga minyak.pihak Petronas masih lagi mampu membuat iklan (Iklan yang budak melayu cakap Swiss dan budak Swiss cakap melayu....) yang menelan belanja RM 90 juta. Selain daripada akaun Petronas yang tidak didedahkan kepada rakyat marhaen. Slogan "Protes Sampai Turun" yang digunapakai pada demo kali ini turut disebut oleh Ustaz Nasha. Ujarnya, "Tidak kisahlah siapa yang turun, minyak yang turun ke...Pak Lah yang turun ke....atau BN yang turun ke..."
Ternyata kedua-dua ahli panel berjaya mengupas isu semasa dengan baik walaupun masih keletihan akibat daripada demonstrasi yang agak kelam-kabut di KLCC pada kali ini.
"Semoga Forum Perdana sebegini boleh dibuat lagi...."

Jadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di rantau ini

TEMERLOH, 11 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) disarankan memikir dan mencadangkan kaedah untuk membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan mengikut lunas demokrasi sebenar dan terbaik dari berfikir soal menyelesaikan persolaan remeh temeh seperti poster dan seumpamanya.
SPR tidak perlulah memperkenalkan pelbagai cadangan baru sebaliknya menumpukan usaha untuk mempertingkatkan sistem demokrasi sedia ada ketahap lebih baik dan diiktiraf sebagai negara demokrasi terbaik di rantau Asia Tenggara mengatasi Indonesia, Filipina dan Thailand sekurang-kurangnya.
Jabatan Pilihanraya PAS Pahang (Japen) sependapat dengan pimpinan PAS Pusat berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melarang penggunaan poster dalam pilihan raya akan datang, dengan menganggap cadangan tersebut perlu diberi pertimbangan yang adil kerana dihuatiri akan memberi kesan negatif terhadap sistem demokrasi.
Setiausaha Japen, Zulkifli Mohd Tan berkata, secara peribadi beliau berpendapat larangan tersebut (penggunaan poster dalam pilihan raya) memang mempunyai kebaikan dimana ia akan dapat menjimatkan kos kerana semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya tidak perlu lagi menyediakan peruntukan besar untuk mencetak poster dan membayar deposit poster kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Keuntungan mungkin dari segi boleh menjimatkan kos poster dan deposit kepada PBT," ujarnya.
Tetapi tambah beliau, dari sudut lain, larangan tersebut akan memberikan kesan negatif lebih besar kepada parti pembangkang yang tidak mempunyai media cetak dan eletronik, ia akan menyukarkan parti politik pembangkang memperkenalkan calon mereka kepada pengundi.
Ini kerana semua media cetak dan eletronik dinegara ini adalah hakikatnya adalah sebahagian daripada jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) walaupun mereka kelihatan seolah-olah bebas.
"Larangan itu sudah pasti menyukarkan parti-parti pembangkang untuk memperkenalkan calon mereka kepada pengundi tetapi bagi BN, ia tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana mereka menguasai semua media sama ada eletronik ataupun cetak," katanya. Justeru itu, kata beliau cadangan SPR itu tidak sesuai dilaksanakan di negara dunia ketiga seperti Malaysia yang mengamalkan dasar tertentu terhadap media berbanding negara maju yang mengamalkan sistem lebih terbuka malah parti politik mempunyai media sendiri.
"Di sini kerajaan yang dikuasai BN mempunyai kecenderungan mengawal penguasaan media, malah media sedia ada (TV3, NTV7, TV8 Cannel 9) dikuasai sepenuhnya oleh proksi BN. Maka tidak hairanlah media terbabit sering membelakangi etika kewartawanan dalam laporanya semata-mata untuk menutup sumber berita daripada parti bukan komponen BN, bagi mereka hanya pemimpin BN sahaja yang mempunyai atau diberi tempat tempat didalam media," katanya.
Ini, kata Zulkifli jelas dilihat daripada cara laporan media terhadap kerajaan Kelantan, apabila media melaporkan mengenai negeri itu semua komen, ulasan positif semuanya dibuat oleh pemimpin BN walaupun mereka adalah pembangkang dinegeri itu, komen daripada pemimpin kerajaan negeri hampir tidak ada jika ada ia mestilah bersifat memberi keuntungan kepada BN.
"Apa yang ingin diharapkan daripada cadangan SPR itu," kata beliau. Sementera itu Setiasuaha Dewan Pemuda PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata jika cadangan itu dilaksanakan dikhuatiri larangan itu hanya akan melibatkan parti pembangkang sahaja. Ini kerana bagi parti memerintah (BN) mereka boleh menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menyebarkan poster dan gambar mereka.
Katanya dalam keadaan sekarang pun gambar pemimpin BN telah pun diletakkan di merata tempat, apatah lagi apabila musim pilihan raya keadaanya akan bertambah lagi

Bayi 24 hari boleh bercakap - Berita Harian 13 Mac 2006

JAKARTA: Sekumpulan ulama dan penduduk sebuah perkampungan di Jawa Timur, gempar selepas seorang bayi lelaki berusia 24 hari didakwa boleh bercakap, termasuk membaca ayat suci al-Quran.

Rumah bayi itu turut dikunjungi ribuan penduduk sejak berita keajaibannya itu tersebar luas.

Akhbar Republika melaporkan semalam, bayi berkenaan yang diberi nama Ahmad Khotib adalah anak pasangan Safuri, 40, dan Mariyatun, 25, yang berasal dari Desa Pandiangan di Madura, Jawa Timur.

Dia yang dilahirkan dengan keadaan fizikalnya sempurna dan cukup sembilan bulan dalam kandungan ibunya, mengejutkan ramai dengan keupayaannya membaca ayat suci pada malam Khamis, lalu.

"Sebelum itu, dia menangis seperti kesakitan dan tidur kira-kira jam12 malam. Tetapi dua jam kemudian, dia terjaga sambil menyebut sepotong ayat suci yang pernah diucapkan Nabi Isa. Ayat itu diulangi sehingga tiga kali," kata bapanya yang ditemui agensi berita rasmi, Antara.

Ulama tempatan yang juga pengajar sekolah agama Sampang, Abdul Malik berkata, peristiwa itu pernah dialami Nabi Isa dan kalimah yang diucapkan bayi unik itu, juga sama.

"Kalimah itu adalah pengakuan Nabi Isa mengenai kebenaran ajaran Islam. Kejadian yang menimpa anak pasangan suami isteri itu adalah tanda-tanda kebesaran Allah," katanya.
Pendapatnya itu turut dikongsi seorang lagi guru agama, Syed Sayyidi.

"Itu kebesaran Allah kerana kalimah yang diucapkan itu mengenai tindakan menzalimi orang Islam."

Jangan ambil tindakan jahil - Teheran

TEHERAN 10 Mac - Ulama kanan Iran memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya tidak memperlihatkan ''kebodohan dan kejahilan'' dengan mengugut Teheran berhubung program nuklear yang kini berubah menjadi kontroversi global.

''Saya memberitahu Majlis Keselamatan jangan guna bahasa mengugut negara Iran,'' kata ulama Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat di sini, hari ini.

''Majlis Keselamatan seharusnya mengetahui bahawa jika mereka hendak melayan seperti agensi itu (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa), Iran akan memberi respons dengan cara seperti kepada agensi itu,'' kata beliau.

Majlis Keselamatan dijadual bermesyuarat hari ini bagi membincangkan isu nuklear Iran hari ini meskipun keputusan menyeluruh dijangka diambil minggu depan.

Dalam pada itu, buat pertama kali, Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana mendedahkan prospek mengenakan sekatan ke atas Iran.

Dalam temu bual dengan akhbar Austria, Der Standard, Solana tidak menolak dikenakan sekatan jika Teheran enggan mematuhi kehendak dunia.

Laporan AFP dari Washington menyebut, Amerika Syarikat (AS) akan meminta Majlis Keselamatan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap program nuklear Iran.

White House menyuarakan hasrat itu semalam ketika Setiausaha Negara, Condoleezza Rice menyifatkan Iran sebagai cabaran terbesar Washington.

AS tidak ada rancangan untuk menyerang Iran, kata Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld tetapi beliau memberi amaran askar AS akan bertindak untuk menghalang tentera Iran daripada menyusup masuk ke Iraq.

Ketika ketegangan berhubung konfrontasi nuklear itu semakin meningkat, jurucakap White House, Scott McClellan berkata, AS masih mahu menyelesaikan isu tersebut secara diplomatik.
Washington mendakwa program tenaga nuklear Iran menyembunyikan kegiatan untuk membina senjata atom.

Anak Hariri bilionair paling muda, Bill Gates kekal terkaya

NEW YORK 10 Mac - Anak perempuan bekas Perdana Menteri Lebanon Rafiq Hariri yang mati dibunuh tahun lalu, diiktiraf sebagai jutawan paling muda oleh majalah Forbes.

Hind Hariri, 22, dengan nilai kekayaan bersih AS$1.2 bilion (RM4.45 bilion) berada di kedudukan 562 daripada 793 orang.

Beliau merupakan jutawan paling muda dengan kelebihan umur lapan bulan berbanding Putera Albert von Thurn und Taxis dari Jerman.

Turut termasuk dalam senarai ini ialah tujuh rakyat Malaysia dengan Ananda Krishnan menduduki tempat ke-147.

Hind dimasukkan dalam senarai jutawan oleh ibunya, Nazek dan abangnya, Fahd yang mempunyai kekayaan peribadi masing-masing bernilai AS$1.7 (RM6.32 bilion) dan AS$2.7 bilion (RM10 bilion).

Dalam pada itu, Bill Gates terus menduduki tempat teratas orang paling kaya, tatkala para jutawan memiliki tambahan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$400 bilion (RM1.48 trilion).
Bilangan orang yang memiliki kekayaan melebihi 10 angka telah mencapai rekod 793 orang iaitu peningkatan 102 berbanding tahun lalu dengan Gates, pengasas Microsoft kekal menduduki senarai pertama sejak 12 tahun berturut-turut.

Kekayaannya yang berjumlah AS$50 bilion (RM185 bilion) dengan peningkatan sebanyak AS$3.5 bilion (RM13 bilion).

''Memperoleh pendapatan berbilion bukanlah sesuatu yang biasa,'' kata Pengarang Bersekutu Forbes, Luisa Kroll yang turut menyatakan, bilangan bilionair bertambah lebih 300 orang dalam tempoh tiga tahun.

Tatkala nama-nama dari AS menguasai separuh daripada senarai manusia paling kaya, terdapat kemasukan jutawan baru yang agak ramai dari Brazil, India, Rusia dan beberapa kuasa ekonomi lain.

Jutawan minyak dari Rusia yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich naik 10 anak tangga apabila berada pada kedudukan 11 paling kaya di dunia dengan kekayaan bersih RM67.6 bilion.

''Mengapa senarai ini bertambah? Jawapannya ada satu - ekonomi global berkembang,'' kata ketua editor Forbes, Steve Forbes.

''Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan, pertumbuhan ekonomi global mencatat kadar yang tidak pernah dicapai selepas Perang Dunia Kedua. Ia merupakan fenomena dan dirangsangkan oleh pertumbuhan ekonomi,'' jelas Forbes.

Pendatang baru dalam senarai 10 manusia paling kaya di dunia ialah peniaga runcit mewah dari Perancis, Bernard Arnault yang menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM79.9 bilion.
Seorang anggota kelompok 10 terkaya yang baru ialah jutawan Hong Kong, Li Ka-Shing yang menduduki tangga ke-10 dengan kekayaan RM69.8 bilion.

Daripada 793 orang bilionair, 452 merupakan mereka yang berjaya atas usaha sendiri.
New York pula merupakan bandar raya yang mempunyai penduduk bilionair paling ramai iaitu 40 orang, diikuti Moscow (25) dan London (23)

Friday, March 10, 2006

New Meter for Malaysian car

Muslimat Melaka anjur bengkel pengucapan awam

MELAKA, 10 Mac (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Melaka akan mengadakan bengkel pengucapan awam, Sabtu, 25 Mac ini.

Setiausahanya, Hajah Kintan Man berkata bengkel sehari yang akan diadakakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka itu dikendalikan Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari pakar motivasi, Haji Abdullah Jamil,

"Seramai 80 peserta dari seluruh Melaka termasuk guru Pasti dijangka mengambil bahagian dalam bengkel tersebut yang akan dirasmikan Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Dr Khatijah Jumangat," katanya

Bekas PM minta Abdullah berhenti?-Ulasan

Semasa era pemerintah Tun Dr M yang juga hebat dengan segala macam isme isme - ramai yang mahu PM yang telah bersemayam di takhta kuasa selama 22 tahun meletak jawatan, dengan harapan pengganti beliau akan dapat menghilangkan segala keburukan, kebobrokan yang ada. Terbukti setelah Pak Lah naik takhta - keadaan lebih buruk lagi especially pertambahan projek airmata rakyat seperti peruntukan tinggi mempromosikan songket dan batik yang tidak "value added" langsung kepada rakyat miskin. Siapa yang mahu pakai songket hari-hari?

Jelas bahawa bukan pemimpin (bukan orang) tetapi SISTEM. Jika SISTEM masih lagi berpegang kepada PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sebagai STANDARD / PIAWAI, dan bukan Al-Quran dan Sunnah, selagi itulah kita akan menyaksikan kesempitan hidup menjadi agenda 'tetap dan berpencen'.

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta" [Surah Thaaha 20:124]

Nabi Salallahu Alayhi Wasallam semasa mendirikan Negara Islam pertama di dunia iaitu di Madinah telah menunjukkan thariqah (jalan). Kenapa kita tidak explore apa yang telah Nabi dan yang diteruskan oleh Khulafa' Arrasyidin dan juga Khalifah-khalifah seterusnya dalam mentadbir negara tidak ditelusuri? Tidak halusi? Adakah kita hanya meneladani perbuatan Rasulullah hanya dalam bab makan minum, nikah lebih dari satu dan hal-hal yang bersifat individu? Tidak terfikirkah bahawa Rasulullah telah menunjukkan keperibadian sebagai pemimpin negara, bukan sekadar menyampaikan wahyu sahaja?

Semasa Rasulullah berdakwah di Mekah iaitu baginda berdiri di Bukit Safa memberitahu bahawa umat Islam akan menguasai Rom & Parsi - masyarakat yang mendengar kata-kata seorang yang bergelar Al-Amin all his life telah terpinga-pinga. Ketika itu pengikut baginda sangat sedikit (3 orang). Apa yang ingin saya tekankan disini ialah baginda telah memberi penekanan aspek politik (siyasah) disamping membetul dan memantapkan akidah masyarakat agar beriman kepada Allah. Bermakna, jika tanpa kekuasaan (politik) takkan mungkin ROm dan Parsi ada dalam genggaman umat Islam. Cara untuk mendapatkan kuasa politik itu juga telah ditunjukkan oleh baginda sehingga akhirnya Negara Islam pertama di dunia iaitu di Madinah berjaya ditegakkan.

Kalau Pak Lah step down tanpa SISTEM PEMERINTAHAN diubah kepada Islam - masalah takkan selesai. Pak Lah tak perlu step down pun malah akan dapat sokongan dan dokongan kalau beliau mahukan Islam sebagai asas pemerintahan dan rela tolak ketepi perlembagaan persekutuan hasil air tangan kafir British iaitu Lord Reid.

Persoalannya, sanggupkah Pak Lah dan UMNO mengetepikan perjuangan berasaskan assobiyahnya itu?

Gambar demo kedua bantah kenaikan harga minyak di KLCC

Harga minyak...Satu lagi projek kerajaan BN
Helikopter polis berlegar di udara

Antara yang datang
Wartawan juga turut berdemo
Orang ramai bertempiran lari bila polis menyembur air dengan menggunakan water canon
Patung Najib menjadi replika bantahan
Nasharudin berucap kepada pendemo
Polis mengejar pendemo
Polis menyebur peserta dengan menggunakan water canon
Antara sepanduk yang dinaikkan

sumber dari http://www.harakahdaily.net/

Pelbagai pihak kesal tindakan FRU ke atas rapat umum rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Pelbagai pihak kesal dengan tindakan Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyurai satu rapat umum rakyat membantah kenaikan harga minyak di sini apabila menyembur mereka dengan air bercampur asid.

Mereka kecewa kerana pihak polis tidak mempedulikan rayuan pemimpin penunjuk perasaan yang mahu diadakan rundingan antara kedua-dua pihak.

Sebelum itu, tokoh KeADILan yang juga seorang peguam, Zulkifli Nordin kelihatan cuba mengadakan perbincangan dengan pihak FRU di hadapan Hotel Renaissance di sini petang ini bagi mengelakkan pasukan itu bertindak keras ke atas penunjuk perasaan yang meneruskan demonstrasi di hadapan hotel berkenaan.

Perbincangan itu berlangsung dua minit setelah pihak FRU mengarahkan penunjuk perasaan bersurai tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Zulkifli kelihatan mengadakan perbincangan dengan wakil FRU dan meminta penunjuk perasaan bersurai dan menuju ke Hotel Concorde.

Sementara itu, Timbalan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin percaya pihak polis sedikit keliru kerana membuat serangan terhadap penunjuk perasaan dari arah belakang.

Beliau mendakwa arahan bercelaru di peringkat polis dan ada sebilangan kecil anggota polis kelihatan mempunyai simpati pada gerakan rakyat kali ini.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan hari ini pihak polis berupaya menahan dan membuat tangkapan tetapi nampaknya mereka tidak berbuat demikian.

"Saya ucapkan terima kasih di atas simpati mereka kerana jelas warga polis juga tertekan dalam hal ini. Saya bersyukur kerana tiada ditangkap manakala pembantah cuma kena semburan air berasid," katanya.

"Kita akan terus adakan beberapa siri protes yang turut diadakan secara serentak di bandar-bandar besar lain," katanya di hadapan Hotel Renaissance.

Perhimpunan kali ini turut menyaksikan dua tokoh wanita berucap. Mereka ialah Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmood dan wakil Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), S Kohila.

Kohila berkata, kenaikan harga minyak memang tidak wajar kerana Malaysia negara pengeluar minyak.

Adalah menjadi hak rakyat untuk membantah kenaikan harga minyak yang tidak terlalu tinggi itu, katanya.

Menurut beliau, kesan kenaikan harga minyak itu turut dirasai oleh suri rumah yang ternyata sudah terbeban akibat kenaikan harga bahan bakar.
Katanya, disebabkan kos pengangkutan meningkat, harga barang-barang turut naik dan ini menjejaskan kehidupan keluarga.

Wakil KeADILan, Badrul Hisham Saharin juga terkilan dengan serangan menggunakan meriam air oleh pasukan FRU.

Beliau berkata, pada minggu sebelum ini, rakyat telah buktikan rapat umum itu dapat dijalankan secara aman, oleh itu tidak wajar untuk anggota FRU bertindak kasar.

"Kalau rakyat nak berhimpun, kita kena ikut kehendak rakyat," katanya.
BERTEMPIARAN LARI... Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas polis menyembur mereka dengan menggunakan water canon dalam demo membantah kenaikan harga minyak petang tadi. Beribu-ribu memenuhi perkarangan KLCC bagi membuat bantahan itu

Demo di KLCC, 'Protes Sampai Turun"

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak dengan motto 'Protes Sampai Turun' berjalan lagi di KLCC hari ini, nampaknya mereka lebih ramai berbanding minggu lepas, tetapi polis khasnya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sudah bersedia untuk bertindak terhadap mereka.

Dua buah helikopter polis berlegar rendah di ruang udara KLCC berbanding hanya satu minggu lalu.

Jam 2.30 petang
Kelihatan para penunjuk perasaan berarak dari Masjid KLCC dan kini berada di depan Hotel Nikko. Tidak diketahui lagi ke mana tujuan mereka.

Menurut Saidatul Amani, wartawan Harakah, pekarangan Suria KLCC sudah dipenuhi dengan polis dan juga orang ramai.

2.35 petang
Para penunjuk perasaan sampai di perkarangan KLCC jam 2.35 petang dan mula berhimpun untuk mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin mereka.

Bantahan minggu laluBeberapa pimpinan utama pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) turut bersama dalam demonstrasi berkenaan dan antaranya adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayup; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman, Ronnie Liu dan Ibrahim Ali.

Antara yang memberikan ucapan adalah Dr Hatta. Menurut beliau, perhimpunan ini bertujuan untuk membantah kenaikan harga minyak yang tidak munasabah.

Selain beliau, turut sama berucap adalah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan Presiden Pro-Tem PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.

Protes ini akan dibuat sehingga harga minyak turun balik atau pemimpin dan kerajaan yang ada turun.

Jam 2.50 petang
Antara pemimpin yang hadirPada jam 2.50 petang, ada pihak yang cuba membakar bendera Petronas tetapi telah berjaya dihalang segera oleh pimpinan PAS kerana demo ini ditujukan kepada kerajaan bukannya Petronas.

Jam 3.10 petang
Keadaan masih aman dan polis tetap berkawal. Sekarang Ketua pemuda Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berucap.

Sebelum itu Dato' Paduka Ibrahim Ali yang berucap berkata barisan parti pembangkang sanggup bekerjasama untuk pembelaan rakyat.

Katanya, menteri-menteri dan wakil rakyat tidak menghadapi masalah dengan kenaikan barang dan minyak.

Mereka dapat tuntut balik duit minyak melalui claim sedangkan rakyat terus menderita.

3.25 petang
Semasa Salahuddin berucap helikopter betul-betul berada di paras kepala peserta. Turut berucap adalah wakil-wakil dari badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Suaram dan Jerit. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh pimpinan Dewan Muslimat PAS, antaranya Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud dan Ustazah Noridah Salleh.

3.30 petang
Perhimpunan kali ini dianggap lebih berjaya berbanding minggu lalu dan dikatakan boleh mencecah 5,000 orang kalau tidakpun melebihi 2,000 orang minggu lalu.

Dua wakil wanita juga berucap kali ini iaitu DR Siti Mariah Mahmud dan seorang pemimpin NGO Wanita dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas).

Dalam ucapannya, Dr Mariah berkata, suri rumah seperti beliau yang paling terasa ekoran kenaikan harga minyak terutama kenaikan gas memasak sehingga mencecah RM5 untuk tong gas yang beratnya 14 Kg.

Beliau pula berpendapat, kerajaan patut menggunakan keuntungan besar Petronas untuk kepentingan rakyat terbanyak bukannya membelanjakannya untuk kepentingan yang tidak tentu. Jeritan ''Hidup Rakyat'' terus bergema di sepanjang perhimpunan kali ini.

3.35 petang
Setelah Jurucakap Protes, Nasharudin Mat Isa berucap, para peserta demo itu mula berarak menghala ke Hotel Concord menggunakan Jalan Sultan Ismail.

3.50 petang
Polis mula menyemburkan meriam air (Water canon) ke arah orang ramai. Antara yang menjadi mangsanya ialah Dr Dzulkifli Ahmad, AJK PAS Pusat. Anggota FRU pula mula mengejar orang ramai sehingga ke Jalan Sultan Ismail. Di Jalan Sultan Ismail menuju ke hotel Renaince, polis mula menutup jalan itu para pembantah berada di situ dan jalan semakin sesak.

Polis pula memberi amaran supaya orang ramai bersurai dan kelihatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohd Nor dan Peguam Zulkifli Nordin serta Peguam Shamsul Iskandar meminta juga orang ramai bersurai.

Kira-kira jam 4 petang, pasukan FRU mula keluar selepas berbincang dengan beberapa peguam di situ. Orang juga mula bersurai selepas itu.

Minggu lalu

Minggu lalu, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan membuat bantahan di situ dari pelbagai kaum. Pemimpin PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO menyertai mereka.

Minggu ini, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menjangka lebih ramai yang akan turun membantah kerana bantahan kali ini hanya dibuat di KLCC dan Kuala Terengganu sahaja berbanding seluruh negara minggu lalu.

Tidak ada sebarang gangguan polis berlaku minggu lalu dan mereka dilihat menjalankan tugas secara profesional menjaga keamanan.

Thursday, March 09, 2006

Mahasiswa kutuk kezaliman Israel

KEMENANGAN Hamas pada 25 Januari lalu dalam pilihan raya di Palestin rupa-rupanya menyebabkan rejim Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) tidak senang duduk malah bagai cacing kepanasan.
Bermula dengan ancaman membekukan bantuan kewangan kepada pihak berkuasa Palestin yang bakal dipimpin Hamas, kini mereka bertindak lebih kejam apabila menutup pintu sempadan utama ke Gaza di Karni yang menajadi laluan utama saluran bekalan makanan dan bekalan asas keperluan harian kepada penduduk Palestin di wilayah Gaza.Impaknya, penduduk malang wilayah berkenaan diancam kebuluran lantaran stok bekalan asas seperti minyak masak, gula dan tepung semakin merosot.
Situasi kemanusiaan penduduk di wilayah berkenaan turut dilaporkan semakin parah.Mahasiswa Islam mengutuk dan mengecam tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan rejim yang buta tuli ini.
Tidak ketinggalan rakan baiknya AS yang merangka strategi untuk menyukarkan fungsi Hamas sebagai kerajaan melalui gesaan kepada kerajaan asing supaya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Hamas.
Sebelum ini, AS melalui Setiausaha Negara, Condoleeza Rice memujuk semua negara Arab supaya tidak menyalurkan bantuan kewangan kepada Hamas.Tindakan di luar batasan kemanusiaan tajaan rejim zalim ini sewajarnya menyedarkan kita akan kedudukan Islam dan saudara seaqidah kita jauh di Timur Tengah.
Sebagai Pengerusi OIC yang diberi kepercayaan menaungi seluruh negara Islam, Malaysia seharusnya pantas dan agresif dalam menangani isu ini.Malangnya hingga hari ini nampaknya OIC masih belum bersuara dan bertegas menyatakan pendiriannya. Justeru diharapkan isu ini dapat ditangani sebaiknya semua pihak yang terbabit.
MAHASISWA ISLAM,Universiti Malaya, Kuala Lumpur

PAS bimbang langkah terbaru SPR sempitkan ruang demokrasi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan poster dalam pilihan raya umum diterima berhati-hati oleh pemimpin PAS yang bimbang ia hanya cubaan untuk menyempitkan ruang demokrasi.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato' Mustaffa Ali, berkata PAS menyambut baik saranan berkenaan walaupun menyedari segala cadangan atau peraturan yang dipinda SPR biasanya tidak dipatuhi oleh parti pemerintah, Barisan Nasional (BN).

Katanya walaupun saranan itu tidak cukup jelas, sama ada tidak membenarkan sama sekali penggunaan poster atau dihadkan jumlahnya, PAS bersedia mematuhi apa saja peraturan SPR.
Mustaffa turut bersetuju dengan cadangan SPR untuk mengira semula undi jika perbezaan undi antara calon kurang daripada empat peratus berbanding dua peratus sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, menolak cadangan berkenaan yang dilihat sebagai sekatan kepada parti pembangkang.

"Parti pembangkang tidak mendapat tempat di media massa seperti BN. Apa lagi yang akan tinggal pada pembangkang jika poster juga tidak dibenarkan? Pembangkang sendiri memang tidak mempunyai poster yang banyak seperti BN," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, tidak mustahil selepas ini SPR akan mencadangkan untuk mengharamkan ceramah bagi terus menyekat kempen parti pembangkang.

Oleh itu katanya, cadangan SPR ini lebih kepada menyempitkan sistem demokrasi di negara ini yang sememangnya sudah tidak dijamin lagi.

Pegawai bertanya, mamak menjawab

(Sekadar selingan isu kenaikan harga minyak)
Al-kisahnya pegawai KPDNHEP datang ke gerai seorang mamak teh tarik. Hajatnya nak memantau harga barangan sejajar dengan isu kenaikan harga minyak baru-baru ini. Tak semena-mena pegawai itu menegur mamak itu, "apasal awak naikkan harga teh tarik awak?
Dulu saya dengar RM1, sekarang RM1.30, ada betul ka?"

Mamak dengan muka selama menjawab dengan gaya
mamaknya:

"Itu betul tapi dengar dulu penjelasan saya. Saya naikkan ini ada sebab. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Saya janji harga ini naik sekali sahaja dalam setahun. Harga ini tak akan naik-naik lagi dalam tahun ini.
2. Harga yang naik ini masih rendah berbanding dengan harga teh tarik negara Asean lain, contoh: Singapura
3. Itu 30 sen lebih saya dapat, saya mahu cover minyak kereta saya. Sekarang minyak sudah naik 30 sen. Saya mahu jalan pergi sana, pergi sini. Siapa mahu tanggung?

MACAMMANAPUN ini tidak boleh dielakkan. Saya sudah banyak menanggung beban!!!"

Amalan pakai serban dilindungi perlembagaan - Peguam

PUTRAJAYA 8 Mac - Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan melindungi dan menjamin amalan memakai serban walaupun pemakaiannya bukan sesuatu yang difardhukan dalam Islam.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin berhujah, jaminan itu tersedia di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa setiap rakyat berhak untuk mengakui ketaatan, mengamalkan dan menyebarkan agama anutan masing-masing.

Katanya, hak untuk mengamalkan agama anutan seseorang itu hanya boleh dihalang jika pengamalannya menggugat ketenteraman, kesihatan dan akhlak masyarakat awam.

''Kami menghujahkan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila memutuskan pihak sekolah bertindak selaras dengan perlembagaan ketika membuang tiga pelajar ini dari sekolah kerana memakai serban.

Dilindungi

''Dalam kes ini, tidak ada pihak yang menyangkal bahawa memakai serban berasaskan ajaran agama Islam. Dalam kata lain, ia adalah sebahagian daripada amalan agama Islam yang ia dilindungi oleh Artikel 11(1),'' katanya.

Beliau berhujah demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad yang mengetuai sidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamed.

Mohamed Hanipa mewakili tiga bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Serting, Negeri Sembilan yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan saman sivil terhadap bekas Guru Besar sekolah itu, Fatimah Sihi.

Mereka ialah Meor Atiqulrahman Ishak (kini berusia 20 tahun) dan dua sepupunya, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari, 18, dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, 17.

Pada 22 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Guru Besar SK Felda Serting yang membuang ketiga-tiga pelajar itu kerana memakai serban ke sekolah pada 1997.

Mahkamah Rayuan menyatakan tindakan guru besar itu betul kerana ia berkaitan dengan hal ehwal disiplin para pelajarnya yang merupakan bidang kuasa guru besar atau pengetua dalam mentadbir sekolah mengikut peraturan.

Pada 6 Ogos 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban (ketika itu), Datuk Mohd. Noor Abdullah membatalkan keputusan Fatimah yang membuang tiga pelajar tersebut kerana memakai serban ke sekolah.

Memandangkan keadaan kes itu, Hakim Abdul Malek menangguhkan keputusan rayuan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Wednesday, March 08, 2006

Nelayan pantai yang gunakan petrol menderita?

PULAU PINANG, 6 Mac (Hrkh) - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sengaja mengelirukan pemikiran rakyat bahawa nelayan tidak menghadapi masalah dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol, diesel dan gas sebanyak 30 sen baru-baru ini.

Siaran berita tengahari itu menyiarkan pendapat beberapa orang nelayan di Kuala Muda, Kedah yang terlibat dengan subsidi diesel yang diperkenalkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan harga minyak sepertimana yang diumumkan 28 Februari lepas tidak membebankan nelayan ekoran adanya subsidi RM1.00 seliter.

Sedangkan, hampir keseluruhan nelayan pantai tidak menggunakan diesel sebaliknya petrol sebagai bahan api.

Kenaikan harga itu sekaligus mengguntungkan bot pukat tunda atau nelayan laut dalam yang acapkali menghantui nelayan pantai sejak bertahun lamanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang, Haji Saidin Haji Hussain ketika dihubungi menjelaskan, rakyat yang tidak terlibat dengan nelayan tentu akan termakan hasutan itu dengan menyalahkan nelayan kembali.

Menurut beliau lagi, tindakan kerajaan itu umpama menyeksa nelayan kerana terpaksa menambah kadar penggunaan petrol dari RM15.00 ke RM20.00 setiap kali ke laut.

"Nelayan akan berputih mata bila turun ke laut sekarang ini memandangkan semuanya naik. Dulu minyak RM15.00 sekarang tambah jadi RM20.00. Sudahlah ikan kurang kerana pelanggaran pukat tunda tambahan lagi kenaikan harga minyak yang melambung, " ujarnya.
Sepatutnya tambah Haji Saidin, pemimpin yang dipilih oleh rakyat menjadi pembela bukannya pemeras.

Pengerusi Persatuan Nelayan Unit Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah, Ismail Othman pula berkata, kenapa RTM tidak datang menemuramah nelayan kecil yang menggunakan enjin jenama Suzuki, Yamaha dan Marina yang menggunakan petrol ini.

Sudah pasti, nelayan pantai akan mengadu nasib yang menimpa mereka saban hari setelah menanggung risiko kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 lalu.

"Kenapa RTM hanya menemuramah nelayan laut dalam yang menggunakan diesel tidak datang tanya khabar nelayan pantai yang menggunakan petrol, " tegas beliau yang juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ.

Nelayan laut dalam atau pukat tunda sering menjadi sasaran kemarahan nelayan pantai sejak dulu kerana tabiat mereka menangkap ikan di zon larangan yang diperuntukan kepada nelayan kecil.

Akibatnya, nelayan kecil menjadi mangsa keadaan apabila setiap lapuran yang dilakukan tiada tindakan berkesan dari polis merin atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Rakyat bakal dibebani kenaikan tarif elektrik pula

KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) – Awas kehidupan anda terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar besar tambah tertekan selepas ini, apabila kenaikan tarif elektrik bakal menyusul tidak lama lagi.

Kesusahan di atas desakan hidup itu mungkin memaksa mereka bekerja siang dan malam. Ini turut diakui Timbalan Presiden Fomca, Haji Ahmad Othman berdasar kajian diadakan sebelum ini. Padahnya gejala sosial akan menular.

“Mereka terpaksa mencari kerja sampingan lain memandangkan pendapatan yang ada sekarang tidak mampu lagi untuk menampung kos kehidupan keluarga selepas harga minyak dinaikkan secara mendadak,” katanya di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman Abu Mansor mengakui kenaikan tarif elektrik hanya membabitkan penggunaan kadar elektrik yang banyak.

Bagi anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa rakyat miskin sebenarnya sudah lama berjimat cermat tanpa perlu diminta oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, ramai rakyat miskin yang mempunyai anggota keluarga ramai terpaksa mengikat perut sejak sekian lama dan mereka sudah biasa berjimat cermat.

“Ada seorang bapa dari keluarga miskin yang mempunyai 10 anak datang mengadu mereka sudah lama makan nasi berlauk telur tiga biji dengan dikongsi 10 orang,” katanya.

Menurutnya, keadaan kedhaifan keluarga itu makin bertambah lagi selepas harga minyak dinaikkan.Oleh itu beliau menyarankan bagi memastikan kehidupan sebenar rakyat di peringkat bawah turut disedari pemimpin atasan mereka perlu menyertai sama gerakan membantah kenaikan harga minyak.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, rakyat perlu mempamerkan kemarahan itu dengan menyatakan perasaan mereka pada tulisan atau sepanduk yang boleh dilihat di mana-mana.
“Rakyat jangan duduk diam.. kalau dok diam mungkin kerajaan menganggap mereka bersetuju dengan kenaikan harga minyak sekarang,” ujarnya.

Anggota Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail melahirkan rasa hairan mengapa kerajaan sanggup memberi subsidi yang begitu banyak kepada empat penjana kuasa swasta dan dipaksa pula Tenaga Nasional Bhd membeli bekalan elektrik daripada syarikat terbabit.

Katanya, kerajaan sanggup memberi subsidi sebanyak RM14 bilion setahun kepada syarikat pembekal tenaga berkenaan, yang dimiliki jutawan terkenal. Sedangkan katanya, subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM4.4 juta ditarik balik.

“Sepatutnya rakyat disedarkan terhadap kepincangan yang berlaku itu. Kita juga hairan mengapa Perdana Menteri masih buat-buat tidak faham kenaikan harga minyak pasti mengundang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian,” ujarnya

Demontrasi Di Masjid Al-Azim sempena Bantahan Kenaikan Harga Minyak dan Penghinaan Nabi


















MELAKA 4 MAC : Kalau sebelum ini jarang sekali rakyat Melaka bangkit dalam isu-isu politik tanahair tetapi isu kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen benar-benar menguji kesabaran mereka.

Semalam perkara ini terbukti apabila kira-kira 500 orang rakyat Melaka yang prihatin bangkit mengadakan bantahan kepada kenaikan harga minyak dan penghinaan terhadap Rasulullah di hadapan Masjid Negeri Al-Azim selepas Solat Jumaat.

Sesungguhnya kebangkitan ini jelas menunjukkan rakyat di seluruh negara sudah tidak tahan dengan kezaliman dan penindasan yang dibuat oleh kerajaan.

Dalam demonstrasi semalam yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka jelas kelihatan bahawa, cubaan pemimpin negara untuk mengelirukan rakyat dengan pujuk rayu supaya berkorban untuk negara tidak berhasil.

Rakyat Melaka dari pelbagai lapisan tetap berdiri teguh di bawah terik matahari untuk mendengar ucapan yang di sampaikan oleh pemimpin-pemimpin PAS Melaka. Jelas kelihatan bahawa pegawai kerajaan, peniaga, pekerja swasta dan orang awam menyokong bantahan tersebut sehingga program tersebut tamat.

Antara pemimpin PAS negeri yang menyampaikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Us. Abdul Ghani Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Adly Zahari; Ketua Dewan Ulama Us Zulkifli Ismail;Ketua Dewan Pemuda Negeri Us Kamaruddin Sidek dan AJK PAS Negeri Us Abdul Rahman Jaafar.

Dalam ucapan mereka, pemimpin-pemimpin PAS negeri sepakat mengecam Perdana Menteri Al-Badawi yang tidak mengambil tindakan ke atas NST dan TV3 sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily. Ini jelas menunjukkan bahawa Al-Badawi lebih sayangkan kroninya daripada Rasulullah.

Mereka juga mengecam tindakan kerajaan Al-Badawi yang menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. "Kerajaan BN hari ini jelas lemah dan tidak pandai mentadbir kewangan negara sehingga sanggup menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak"."Mereka tidak sanggup berkorban untuk rakyat. Sudah sampai masanya kerajaan ini ditukar" jelas salah seorang pemimpin yang memberikan ucapan disanggup dengan laungan takbir oleh orang ramai.

sumber dari
http://pemudabukitkatil.blogspot.com/

Kerajaan AS mohon ketepi saman Rumsfeld

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam meminta sebuah mahkamah persekutuan negara itu mengetepikan satu tuntutan saman yang mendakwa Setiausaha Pertahanan Amerika, Donald Rumsfeld bertanggungjawab di atas penderaan tahanan di Iraq dan Afghanistan.

Dalam reaksi pertama terhadap saman dikemukakan dua kumpulan hak asasi manusia American Civil Liberties Union (ACLU) dan Human Rights First (HRF), jabatan itu mendakwa tuntutan ke atas Rumsfeld harus diketepikan kerana pegawai kanan kerajaan Amerika memiliki 'kekebalan penuh' mengikut akta 1988.

Kerajaan AS itu berkata, mahkamah terbabit juga tidak berhak ke atas kes yang menuntut ganti rugi bagi perbuatan yang dianggap mencabuli undang-undang antarabangsa.

ACLU dan HRF mengemukakan saman pada 1 Mac, 2005 mewakili sembilan lelaki - lima warga Iraq dan empat Afghanistan yang mendakwa mereka didera tentera AS.

Tiada seorang pun lelaki itu didakwa secara rasmi dan sudah dibebaskan.

Saman itu bertumpu kepada arahan ditandatangani Rumsfeld pada Disember, 2002 yang meluluskan teknik baru soal siasat bagi tahanan kempen keganasan.

Ini termasuk usaha soal siasat 20 jam, membuka baju, penggunaan anjing serta penahanan dalam tempoh lama.

Berdasarkan pendakwaan yang dicatat, apabila bukti semakin ketara yang tahanan didera, Rumsfeld sebaliknya bersikap menutup mata

Thaksin semakin goyah - Ketua Polis Thailand gesa PM letak jawatan

Bangkok 7 Mac - Ketua Polis Thailand, Jeneral Suphanaphesat Archirawit hari ini berkata, beliau percaya satu-satunya cara bagi menyelesaikan krisis politik yang melanda negara ini sekarang ialah dengan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra meletak jawatan.

Dalam tindakan luar biasa yang bertentangan dengan pendirian rasmi pasukan polis, Archirawit memberitahu para pemberita bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat peribadi kepada Thaksin ''untuk menggesa beliau supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri.''

Archirawit menggesa Thaksin berbuat demikian sekalipun parti Thai Rak Rhai pimpinannya mencapai kemenangan majoriti dalam pilihan raya bulan depan.

Sementara itu, kesatuan sekerja terbesar di Thailand hari ini memberi sokongan terhadap tindakan untuk mendesak Thaksin upaya meletakkan jawatan.

Perkembangan terbaru itu berlaku ketika Thaksin berikrar akan berjuang untuk ''memelihara demokratik'' di negara ini

''Kami terpaksa menunjukkan kekuatan kami sehingga Thaksin meletak jawatan,'' kata Pean Yongnu, yang mengetuai kumpulan Rangkaian untuk Melindungi Bekalan Air dan Elektrik untuk Rakyat.

Kumpulan itu adalah kumpulan buruh yang terbesar di Thailand yang mewakili 300,000 pekerja perbadanan air dan elektrik di negara ini.

Menurut Pean, kumpulannya akan cuba menyakinkan kesatuan sekerja dalam 37 jabatan yang lain supaya menyertai ban-tahan itu apabila para pemimpin mereka bertemu pada Jumaat ini.
Beliau menambah, pekerja-pekerja kerajaan marah terhadap cubaan Thaksin untuk menswastakan sektor awam dan melengahkan usaha untuk melaksanakan kenaikkan gaji.

Sokongan Pean merupakan satu perkembangan besar bagi Perikatan Rakyat untuk Demokratik (PAD), yang merupakan gabungan longgar kumpulan-kumpulan anti-Thaksin.

Thaksin berada di sini awal hari ini untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinetnya tetapi merancang untuk kembali ke kawasan pedalaman petang ini bagi meneruskan kempen untuk mempertahankan jawatannya.

''Saya mesti berjuang untuk menegakkan pemerintahan berdemokrasi, yang kini diancam oleh kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang sedang bergerak untuk menentang demokrasi. Saya bersedia mengorbankan nyawa saya,'' kata Thaksin.

Israel ugut bunuh Ismail Haniya


BAITULMAQDIS: Israel tidak akan teragak-agak membunuh bakal Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya, jika pergerakan Hamas pimpinannya menyerang negara Yahudi, menurut amaran Menteri Pertahanannya, Shaul Mofaz, di sini semalam.

"Tiada siapa dalam pergerakan (Hamas) itu yang layak dikecualikan (daripada serangan Israel) sebaik saja Hamas menyambung keganasan.

"Sebaik saja Hamas memilih laluan keganasan, tidak timbul persoalan baik politik atau bukan politik mengenainya. Ini adalah kepemimpinan pengganas. Oleh itu, tiada seorang pun anggotanya boleh menganggap mereka kebal," kata Mofaz kepada radio tentera.

Mofaz memberi amaran itu tiga minggu sebelum pilihan raya Israel 28 Mac depan, hanya mengulangi amaran sama dikeluarkan penasihat keselamatan pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Olmert mengetuai Parti Kadima yang turut dianggotai Mofaz. Malah, dua pemimpin Zionis itu saling berlumba melemparkan kenyataan keras membabitkan soal keselamatan menjelang pilihan raya itu.

Rejim Zionis itu sememangnya diketahui melancarkan serangan bunuh ke atas pemimpin Hamas.

Dua tokoh popular Hamas yang menjadi mangsa pembunuhan negara Yahudi itu ialah Sheikh Ahmed Yassin dan Abdelaziz al-Rantissi, dua tahun lalu.

Haniya kebetulan berada dengan pengasas Hamas itu ketika cubaan bunuh pertama Israel terhadap Yassin pada September 2003.

Hamas yang menang besar dalam pilihan raya Palestin, sememangnya diketahui mempunyai pendirian tegas termasuk berikrar di atas kehancuran Israel dan melancarkan hampir 60 serangan berani mati sejak 2000 tetapi tiada serangan dilakukan 12 bulan lalu.

Pergerakan Hamas membalas kenyataan Mofaz dengan menuduh Kerajaan Israel menaja lebih banyak keganasan.

"Hamas tidak takut dengan ancaman dan peras ugut. Kami akan mempertahankan hak kami dan penduduk Palestin tidak kira apapun yang akan terjadi.

Kenyataan Menteri Pertahanan Israel menunjukkan kerajaannya menaja keganasan," kata jurucakap pergerakan itu, Sami Abu Zuhri

Tuesday, March 07, 2006

Harga minyak: PAS sedia temu PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Walaupun sudah sekurang-kurangnya tiga kali PAS memohon secara rasmi kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berjumpa tetapi ditolak, kini setelah Abdullah menawarkan diri untuk berjumpa, PAS sedia berbuat demikian.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS akan mengurus pertemuan ini segera.

Semalam media melaporkan, Abdullah sedia berjumpa dengan para pemimpin pembangkang termasuk PAS untuk menerangkan kenapa kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen baru-baru ini.

Ini ekoran dari demonstrasi yang dianjurkan PAS, PKR dan lain-lain pihak bagi membantah kenaikan harga minyak itu.

Demo itu diadakan Jumaat lepas di perkarangan pejabat syarikat minyak negara, Petronas yang terletak di bangunan KLCC. PAS merancang untuk mengadakan lagi demo itu Jumaat depan dan seterusnya sehingga harga minyak diturunkan semula.

Ahad lalu, Abdullah mengadakan taklimat khas isu-isu semasa kepada para pemimpin Umno dari seluruh negara di PWTC.

Ia digunakan Abdullah untuk menerangkan kenapa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak setinggi itu.

Abdullah berharap para pemimpin Umno di semua peringkat itu tidak menentang langkah kerajaan itu tetapi menyokongnya dan menerangkan kepada orang ramai kenapa ia dibuat.

"Kita sedia berjumpa dan berbincang dengan PM dalam apa-apa isu termasuk isu kenaikan harga minyak ini tetapi janganlah macam pemimpin Umno jumpa dia, mendengar saja," kata Nasharudin kepada Harakahdaily.

Kata Nasharudin, ketika beliau menjadi Setiausaha Agung PAS, sekurang-kurangnya dua surat permohonan telah dihantar kepada Abdullah untuk membolehkan para pemimpin PAS berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi beliau (Abdullah) tidak pernah menerimanya.

Antaranya isu permit Harakah dan isu ceramah PAS yang sering diganggu oleh polis.

"Kini beliau sedia berjumpa dengan kita, kita akan pergilah. Kita akan berbincang dengan PM khasnya mengenai kenaikan harga minyak yang banyak menyusahkan rakyat ini," kata Nasharudin.

Sehingga kini, tarikh pertemuan itu belum ditetapkan tetapi Pejabat Agung PAS sedang menguruskan pertemuan yang bakal disertai sama oleh pemimpin tertinggi PAS itu.

Tahanan Iraq terus diseksa: Amnesty

LONDON: Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International, semalam mengeluarkan laporan yang mendakwa tahanan di Iraq masih diseksa walaupun perhatian diberi kepada skandal penderaan di penjara Abu Ghraib yang dikendali tentera Amerika Syarikat.

“Sesetengah tahanan ditahan lebih dua tahun tanpa sebarang pemulihan efektif atau bantuan. Manakala yang lain dibebaskan tanpa penerangan atau permohonan maaf atau diberi pampasan selepas beberapa bulan dalam tahanan menjadi mangsa kepada sistem secara rambang dan penderaan,” kata laporan berkenaan.

Laporan itu menyenaraikan tuduhan bekas tahanan yang mendakwa mereka dipukul dengan wayar plastik, diberi kejutan elektrik dan disuruh berdiri dalam bilik yang dilimpahi air ketika aliran elektrik melalui limpahan air berkenaan.

Amnesty berkata, penyelidik membuat temubual di Jordan dan Iraq dengan bekas tahanan, keluarga mereka serta peguam yang terbabit dalam kes tahanan di Iraq untuk membuat laporan itu.

Temubual itu dilakukan pada tahun lalu sehingga tahun ini, kata Amnesty yang berpejabat di London.Jurucakap misi tahanan tentera Amerika mengulas laporan itu dengan berkata, semua tahanan dilayan mengikut konvensyen antarabangsa dan undang-undang Iraq.Setiap tahanan juga diberi borang menerangkan sebab penahanan dan fail mereka akan disemak setiap 90 hingga 120 hari, kata jurucakap pusat tahanan tentera Amerika, Leftenan Kolonel Guy Rudisill dalam jawapan e-mel terhadap soalan agensi berita, Associated Press.Laporan Amnesty itu juga meminta supaya perincian dibuat terhadap cara layanan tahanan oleh pihak berkuasa British, Amerika dan Iraq.

Pertubuhan itu turut mahu mereka yang melakukan penahanan di Iraq memastikan seorang peguam mewakili setiap tahanan serta siasatan penuh dibuat terhadap sebarang dakwaan penderaan.Laporan itu juga memetik halaman web tentera Amerika yang memberi perangkaan pada November lalu menunjukkan bilangan tahanan dalam penjara tentera sekutu itu di Iraq adalah 14,000 orang. Tahun lalu, tentera Amerika berkata, mereka merancang membelanjakan AS$50 juta (RM189 juta) untuk meningkatkan kapasiti penjara menampung 16,000 banduan.

Foto pada 2003 menunjukkan tahanan Iraq didera oleh beberapa askar Amerika menyebabkan pihak berkuasa Amerika disoal siasat mengenai layanan banduan berkenaan.Laporan Amnesty turut menggesa kerajaan Amerika dan British supaya mengisytiharkan secara umum bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dalam kes penderaan atau layanan buruk kepada banduan bagi menamatkan penahanan penduduk di Iraq tanpa sebab jelas.

sumber dari
http://www.bharian.com.my ( Selasa / 7 March 2006 )

Surau yang lebih besar akan dibina di atas tapak surau di Machang

KUALA KANGSAR, 7 Mac (Hrkh) - Majlis Daerah Machang, Kelantan akan membina bangunan dua tingkat, di atasnya surau dan dibawahnya ruang niaga, di atas tapak surau yang diroboh di Machang baru-baru ini.

"Tak berbangkit soal roboh surau, kerana surau yang lebih besar akan dibina. Kita nak bina surau di atas manakala di bawah ruang niaga," kata Adun Meranti, Kelantan, Nasharudin Haji Daud ketika bercerah dekat sini.

Umno sedang memainkan isu kononnya kerajaan PAS merobohkan suaru di Kelantan padahal surau itu dirobohkan untuk membolehkan surau yang lebih besar dibina di atas tapak itu.

Surau itu dibina di atas tanah Majlis Daerah Machang oleh kerajaan negeri BN pada tahun 1981 dahulu.

"Sumber kewangannya dari kerajaan bukan derma," kata Nasharudin.

Harga minyak

Sementara itu, Nasharudin dalam ceramahnya berkata, kenyataan pemimpin Umno yang marahkan peniaga menaikkan harga barangan masing-masing akan memarahkan lagi rakyat negara ini kepada pemimpin Umno khasnya dari kalangan ahli perniagaan.

"Budak sekolah Pasti pun faham, jika modal kita meningkat, kita kena naikkan harga supaya untung kita kekal atau tidak rugi. Kalau kita jual makanan, gas memasak kita naik, kita kenalah naikkan harga makanan kita. Itulah lojiknya. Yang dia marah orang naikkan harga tu kenapa. Yang salah dia yang naikkan harga gas, minyak dan sebagainya itu," kata Nasharudin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan.

Cara yang paling tepat untuk menangani kenaikan harga minyak sekarang adalah berazam untuk menukar kerajaan yang ada dalam pilihan raya umum akan datang.

"Inilah petua yang paling mujarab sekali," kata beliau dalam ceramahnya itu.

Setelah kerajaan yang ada tumbang dan Barisan Alternatif (BA) naik, maka mimpi ngeri yang selalu dihadapi rakyat negara ini akan selesai, tambah beliau

sumber dari
http://www.harakahdaily.net/

Adun Umno kata menentang penghinaan kepada nabi kerja gila

TEMERLOH 6 Mac (Hrkh) - Umat Islam merasa pelik dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Hamdan Sudin yang bukan sahaja tidak turut serta bersama umat Islam membantah penghinaan barat terhadap nabi Muhammad saw bahkah menganggapnya sebagai 'kerja gila'.

Insiden itu berlaku apabila seorang pemuda mengagihkan-agihkan dan menghulur poster bertulis "Boikot barangan Denmark", "Dengan nyawa kami pertahankan dirimu Rasullullah", "Jangan hina nabi kami" dan sebagainya kepada Adun berkenaan. Hamdan bertanya "Apa ni?" bila melihat poster berkenaan lantas beliau mengeluarkan kata-kata "Ini kerja GILA" dengan kuat dan didengari orang ramai di sekitarnya. Orang ramai yang mendengar kata-kata Adun berkenaan terkejut kehairanan, mereka seakan-akan tidak percaya dengan reaksi negatif Adun berkenaan yang menggambarkan sikapnya terhadap orang yang menghina Islam.

Ada diantara mereka yang mengeleng-ngelengkan kepala melihat sikap pemimpin Umno itu. Adun berkenaan dipercayai turut menunaikan solat jumaat bersama ribuan penduduk di Masjid Abu Bakar, dekat sini.

Selepas solat sebahagian besar jamaah menyertai tunjuk perasaan membantah penyiaran karikutur menghina nabi oleh media Denmark dan tempatan yang turut diserta oleh pemimpin PAS Pahang. Antara yang hadir termasuklah Timbalan Pesuruhjaya, Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub, Ketua Penerangan Ustaz Abdul Rahim Latif dan Ketua Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Ketika ditemui, pemuda yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau kesal dengan sikap Adun berkenaan yang jelas tidak sensitif terhadap Islam tetapi mengatakan "gila pula kepada kami yang membantah orang yang menghina nabi." "Jika beginilah pemimpin Islam yang berkuasa, tidak hairanlah kenapa umat Islam dipijak dihina di serata dunia kerana pemimpin Islamnya macam tu,"kata pemuda tersebut.

Iran tetap perkaya uranium

IAEA percaya isu nuklear boleh diselesaikan
VIENNA (Austria): Iran semalam memberi amaran kepada Lembaga Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa ia akan melakukan proses meningkatkan keupayaan uranium secara besar-besaran jika lembaga itu tetap membawa kes Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita akan melakukan proses meningkatkan keupayaan uranium secara besar-besaran jika dokumen Iran dirujuk ke Majlis Keselamatan PBB.

Kami akan mengikut haluan kami jika mereka mahu menggunakan kekerasan," kata perunding kanan nuklear Iran, Ali Larijani.

Beliau turut berkata, Iran tidak akan menghentikan penyelidikan nuklear atau menamatkan usaha menghasilkan program nuklear untuk tujuan tenaga elektrik jika Majlis Keselamatan bertindak ke atasnya.

Bagaimanapun delegasi lembaga IAEA yang disertai 35 negara dan memulakan sidang mereka di Vienna semalam membayangkan mereka akan mengelak konfrantasi dan sebarang keputusan awal majlis itu pastinya lebih lembut dan jauh daripada langkah mengenakan sekatan.

Ketua Pengarah IAEA, Mohammed ElBaradei, sebelum mesyuarat bermula berkata semua pihak berusaha membawa Iran dan Kesatuan Eropah (EU) kembali berunding.

"Masalahnya masih mengenai persoalan penyelidikan dan pembangunan mesin emparan. Isu itu masih dibincangkan minggu ini dan saya berharap persetujuan dapat dicapai minggu depan," katanya kepada wartawan.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, pula berikrar negaranya tidak akan dipaksa akur kepada tekanan kuasa Barat.

Kenapa Peniaga menaikkan harga teh tarik?

Pada dasarnya dan pada logiknya, tak logik, sebab teh tarik tak ada kena mengena dengan petrol. Kalau pemilik bas naikkan harga tiket bas, itu baru logik.

TETAPI:

Perlu diingat, tidak semua orang mahu mengubah gaya hidup mereka, biarpun harga minyak naik sebanyak RM0.30 seliter. Ini termasuk peniaga teh tarik. Mereka masih ingin seperti dulu, menggunakan kereta, berjalan ke sana ke sini. Untuk diri sendiri dan juga untuk bisnes. Oleh yang demikian, berbeza dengan dulu, sekarang mereka terpaksa mengeluarkan lebih RM0.30 seliter untuk minyak kereta mereka. Kalau sebelum ini mereka berbelanja RM162 untuk 100 liter petrol, sekarang mereka terpaksa berbelanja RM192 untuk 100 liter petrol.
Ini meningkatkan perbelanjaan hidup mereka. Apa yang dapat menampung atau "cover"
kenaikan ini? Sudah tentu hasil pendapatan teh tarik mereka diharapkan dapat lebihan untuk cover kenaikan perbelanjaan perjalanan mereka. Mereka naikkan harga itu, dengan harapan mereka boleh dapat lebihan tersebut. Jadi, boleh disimpulkan di sini kenaikan harga teh tarik itu secara "indirect" atau tidak langsung, ada kena mengena dengan peniaga teh tarik

Monday, March 06, 2006

Askar AS-Britain di Iraq undur 2007

LONDON 5 Mac - Amerika Syarikat (AS) dan Britain akan mengundurkan semua askar mereka dari Iraq menjelang awal 2007 kerana menyedari bahawa kehadiran mereka yang berterusan menjadi batu penghalang utama kepada keamanan.

Dua akhbar British, Sunday Telegraph dan Sunday Mirror hari ini menyiarkan laporan memetik sumber kanan tentera darat Britain sebagai mengesahkan pengunduran itu.

Menurut sumber tersebut, London dan Washington menyedari kehadiran askar penceroboh yang berterusan di Iraq akan memarakkan lagi situasi yang semakin gawat.

Askar penceroboh akan terus ditempatkan di Iraq hanya sekiranya keganasan mencetuskan perang saudara menyeluruh, tambah sumber itu.

''Kerajaan Britain dipercayai menjadi tenaga penggerak utama di sebalik rancangan pengunduran itu tetapi semua 24 negara anggota pakatan penceroboh dijangka mengalu-alukannya kerana perang di Iraq semakin tidak popular di kalangan masyarakat antarabangsa,'' menurut Telegraph dengan memetik sumber berkenaan.

Bagaimanapun seorang jurucakap Kementerian Pertahanan di London menyangkal laporan itu dengan memberitahu AFP bahawa kerajaan Britain tidak mengubah pendiriannya seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan, John Reid pada 7 Februari lalu.

Jurucakap Pentagon, Mejar Paul Swiergosz turut menafikan kewujudan rancangan itu.
Reid pada bulan lalu berkata, masanya makin hampir apabila tentera penceroboh boleh mula berundur dari Iraq tetapi beliau enggan memberikan jadual waktu tertentu.

Keputusan akan diambil sebaik sahaja keadaan mengizinkan, katanya sambil menegaskan Britain tidak akan mengabaikan kewajipannya.

Britain menempatkan kira-kira 8,000 askar, kebanyakannya di empat wilayah di selatan Iraq.
AS pula menempatkan sekitar 136,000 askar di seluruh negara itu.
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Isnin / 6 Mac 2006 )

Thaksin terus didesak letak jawatan

BANGKOK 5 Mac - Pelbagai kumpulan penunjuk perasaan Thailand berhimpun hari ini dalam protes besar-besaran untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Mereka berikrar akan berkhemah di kawasan bersejarah di tengah-tengah kota ini sehingga Thaksin akur dengan tuntutan mereka.

Penunjuk perasaan yang diketuai oleh Perikatan Demokrasi Rakyat berhimpun di Sanam Luang (Padang Diraja) pada pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia) sebelum berarak ke Monumen Demokrasi.

Monumen yang didirikan sebagai memperingati berakhirnya pemerintahan beraja mutlak serta jalan di sekitarnya menjadi medan demonstrasi prodemokrasi yang mencetuskan pertumpahan darah pada 1973, 1976 dan 1992.

''Rapat umum ini akan diteruskan dan kami tidak akan berhenti sehingga kami beroleh kemenangan,'' kata pemimpin perikatan, Suriyasai Katasila.

Beliau semalam menuduh Thaksin memusnahkan institusi demokrasi, mengamalkan kronisme, mengelakkan cukai dan melanggar hak-hak asasi manusia.

Seorang pengkritik sosial, Theerayuth Bunmee menggesa kumpulan-kumpulan anti-Thaksin menjalankan kempen `keingkaran awam' untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Thaksin menolak desakan supaya beliau meletakkan jawatan dan sebaliknya menjadualkan pilihan raya umum pada 2 April ini.

Parti-parti pembangkang berikrar untuk memulaukan pilihan raya yang dijangka dimenangi oleh Parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin.

''Pemimpin protes perlu berhati-hati dan mengadakan rancangan untuk mengawal orang ramai. Jika keganasan atau huru-hara berlaku, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang,'' kata Thaksin.

Beberapa ratus anggota polis bersenjata lengkap ditempatkan dekat kediaman Thaksin dan trak bomba bersiap sedia untuk menggunakan meriam air terhadap mereka yang cuba merempuh sekatan polis, kata pegawai kanan polis, Jeneral Archirawat Suphanaphesat
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Isnin / 6 Mac 2006 )

Fatah tolak pelawaan Hamas

RAMALLAH 5 Mac - Ahli Parlimen Palestin daripada Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mengambil keputusan semalam untuk menolak pelawaan Hamas bagi menyertai kerajaan campuran yang diterajui oleh pergerakan itu.

Hamas yang memenangi pilihan raya Parlimen pada 25 Januari lalu telah diminta oleh Mahmoud supaya membentuk sebuah kerajaan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Ahli Parlimen Fatah bermesyuarat semalam untuk membincangkan pelawaan Hamas itu dan kemudian mengemukakan syor kepada majlis revolusi parti 'supaya memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan', kata pegawai Fatah.

Majlis revolusi Fatah terdiri daripada 134 anggota dijangka meluluskan syor tersebut seawal hari ini. Ia mungkin merumitkan lagi usaha Hamas untuk mencapai matlamat membentuk sebuah Kabinet yang mendapat sokongan meluas.

Antara tiga sebab yang disebut oleh Fatah di sebalik keputusannya ialah keengganan Hamas untuk mengiktiraf perjanjian damai yang lalu dengan Israel.

Ahli Parlimen Fatah juga berkata, parti tersebut memerlukan masa untuk bangkit semula berikutan kekalahannya dalam pilihan raya lalu.

Pegawai Hamas yang melawat Moscow berkata, sungguhpun mereka lebih suka berkongsi kuasa dengan Fatah, Hamas masih mampu membentuk kerajaan dengan 74 kerusinya di dewan 132 anggota berserta sokongan empat ahli Parlimen bebas.

Calon Hamas yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru, Ismail Haniyeh berkata, beliau masih berharap Fatah akan menyertai kerajaannya untuk mengukuhkan perkongsian politik.

''Saya percaya perkongsian Fatah dengan kami adalah untuk kepentingan Fatah sendiri,'' kata pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal.

Seorang lagi pegawai Hamas berkata, Hamas akan meminta sokongan parti-parti kecil jika Fatah tidak mahu menyertai kerajaan.
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Isnin / 6 Mac 2006 )

Dekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik

SETIU, 6 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyeru para penyokong dan ahli supaya perlu berusaha untuk memenangi hati masyarakat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sehubungan itu, katanya pemimpin serta ahli PAS perlu mempertingkatkan hubungan dalam masyarakat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Tambahnya, PAS kini perlu mendekati masyarakat secara lebih terbuka kerana amalan demokrasi di negara ini memerlukan sokongan rakyat.

“Kita kena menangi hati rakyat sebab kita perlu kepada orang, bukan hendak halau orang daripada kita sama ada orang PAS, orang Umno dan orang tidak berparti,” ujarnya ketika merasmikan Ijtimak Muslimat PAS Kawasan Setius di perkarangan Masjid Lama Merang, baru-baru ini.

Justeru itu, katanya ahli-ahli PAS wajar mendekati masyarakat agar mempunyai tautan serta hubungan baik dengan rakyat di negara ini.

Menurutnya, ramai di kalangan rakyat yang tidak berparti hari ini melihat perkembangan PAS serta kepimpinannya.

“Kita kena bersedia untuk memimpin kerana ramai orang yang tidak berparti sedang melihat kita dan kepimpinan kita,” ujarnya.

Selain itu, katanya ahli-ahli PAS juga perlu bergiat aktif dalam persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan yang banyak melibatkan masyarakat umum.

Tambahnya, ahli-ahli parti perlu terlibat sama dengan persatuan nelayan, pertubuhan peladang, persatuan ibu bapa dan guru dan banyak lagi.

Serang Islam guna platform wanita Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Abdul Ghani Che Ambak berkata, musuh-musuh banyak menggunakan plarform wanita dan remaja bagi menyerang Islam.

Katanya, mereka menjadikan wanita, remaja serta pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerang serta mempermainkan kesucian agama Islam.

“Serangan terhadap Islam banyak menggunakan platform wanita dan anak remaja kita. Mereka menjadikan NGO seperti Sisters in Islam untuk membantah undang-undang Syariah dan menyertai IFC,” jelasnya.

Katanya, cadangan penubuhan IFC yang dibawa oleh Sisters in Islam itu amat bahaya kerana ia membolehkan orang Islam menjadi murtad.

Menurutnya, golongan tersebut telah mempergunakan kaum wanita bagi menjadi alat menentang Islam di negara ini.

Justeru itu, katanya PAS perlu mencari jalan bagi memenangkan Islam kembali memerintah serta menumbangkan Umno dan kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

40 peratus pekerja terpukul dengan kenaikan tinggi harga bahan bakar - Presiden MTUC

SENAI, 6 Mac (Hrkh) – Kenaikan harga petrol, disel dan gas sebanyak 30 sen baru-baru ini memberi kesan yang sangat besar kepada golongan pekerja yang mendapat gaji bulanan antara RM500.00 hingga RM1,500.

Mereka yang mewakili 40 peratus warga pekerja di negara ini merupakan golongan yang sangat merasakan beban kesan kenaikan bahan bakar ini, kata Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamad, dekat sini.

Tetapi hairannya golongan ini seolah-olah menganggap kenaikan harga bahan bakar yang begitu tinggi ini sebagai satu takdir malah semacam tidak merasakan kesan kenaikan harga ini sedangkan merekalah golongan yang paling terpukul hebat akibat kenaikan harga bahan bakar ini, katanya semasa berceramah di Taman Senai Utama, dekat sini, Ahad kelmarin.

Menurutnya, mungkin dalam jangka masa terdekat ini mereka belum merasai peritnya kesan kenaikan harga bahan bakar ini atau pun mungkin disebabkan kurangnya kesedaran menyebabkan mereka tidak merasa apa-apa.

Walau bagaimana pun kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini ditambah pula dengan kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan harian lannya terutama bahan makanan.

Kerja lebih dari satu

Sekarang ini pun terdapat kalangan pekerja di negara ini yang terpaksa melakukan lebih dari satu kerja sehari semata-mata untuk menampng kos sara hidup yang begitu tinggi terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, katanya.

Menurutnya lagi, kenaikan harga barang keperluan harian tidak mungkin dapat dielakkan kerana peniaga akan menjadikan kenaikan harga bahan bakar ini sebahai alasan bagi menaikkan harga barangan lainnya.

"Walau pun baru-baru ini kerajaan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan kenaikan harga bahan bakar ini tetapi persoalannya apakah peniaga akan mematuhi arahan ini?" soal beliau.

Kerajaan selanjutnya kata beliau, hanya mampu memantau harga barang keperluan harian tetapi mampukah kerajaan membendung kenaikan harga barang ini.

"Sepanjang yang kita tahu dan kita alami sebelum ini, setiap kali berlaku kenaikan harga bahan bakar maka akan berlaku juga kenaikan harga barangan lain dan ini memang tidak dapat dielakkan kerana peniaga terpaksa mengeluarkan kos yang lebih berikutan kenaikan harga bahan bakar ini," tegas beliau.

Bagi beliau, negara ini kaya dan rakyatnya tidak sampai pun 26 juta.

"Selain itu negara kita juga dianggap antara negara termaju di kalangan negara dunia ketiga tetapi bagaimana kehidupan rakyatnya begitu tertekan dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi selain berbagai-bagai beban cukai yang terpaksa ditanggung," kata beliau.

Katanya, negara ini mempunyai berbagai hasil yang memberi pulangan lumayan kepada negara tetapi kesilapan mengurus kewangan negara selain amalan rasuah yang begitu teruk menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban ini.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh warga pekerja di negara ini menyedari hakikat sebenar yang berlaku dalam pentadbiran negara hari ini sambil berkata, “kaum pekerja perlu berani melakukan perubahan supaya nasib kaum pekerja di negara ini lebih terbela dan segala penindasan terhadap rakyat dapat dihapuskan sama sekali.”

Protes terbaru anti-AS di Jakarta


JAKARTA: Beribu-ribu penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta, semalam, menuntut tentera negara itu berundur dari Iraq dan Afghanistan sambil menyifatkan Presiden George W Bush sebagai syaitan.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah wanita dari pertubuhan Hizbut Tahrir yang menganjurkan perhimpunan itu berkumpul di hadapan bangunan kedutaan yang dikelilingi tembok konkrit dan kawat berduri.

Kira-kira 2,000 anggota polis dikerah bersama dua trak penyembur air bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan bertugas menjadi ganas.

Penunjuk perasaan terbabit melaungkan kata-kata, "U.S.A keluar dari Iraq" dan "Bush adalah pengganas".

Sentimen anti Amerika di Indonesia, negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunnia meningkat selepas serangan terhadap Afghanistan dan Iraq dan kemarahan menjadi-jadi berikutan penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar Eropah.

Beratus-ratus pertubuhan Islam bulan lalu melakukan bantahan serta turut melontar kedutaan Amerika Syarikat dengan kayu dan batu.

Jurucakap kedutaan Amerika, Max Kwak berterima kasih terhadap polis Indonesia kerana membantu mengekalkan keamanan dan berkata beliau menghormati hak rakyat Indonesia untuk mendapatkan kebebasan bersuara dan mengadakan perhimpunan.

Penunjuk perasaan terbabit turut membawa sepanduk yang mengutuk syarikat perlombongan Amerika Syarikat dan Israel, Freeport-McMoRan Copper & Gold Inc yang menyebabkan bencana alam sekitar di tapak perlombongan Grasberg di wilayah Papua.

Minggu lalu, kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada semua rakyat Amerika supaya tidak terlalu menonjol diri mereka serta mengambil langkah berhati-hati terhadap kemungkinan sebarang demonstrasi.

Indonesia adalah negara Islam yang juga mempunyai penduduk minoriti beragama Kristian, Hindu dan Buddha
GAMBAR YANG ADA, ADALAH SEBAGAI HIASAN

The Anti Proliferation Brigade

Sunday, March 05, 2006

SUARA UMMAT
1/1427

UMAT ISLAM PALESTIN PERLU SOKONGAN ANDA
Risalah ini diterbitkan sebagai suatu pendidikan dan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai isu-isu semasa dalam dan luar Negara yang menyentuh persoalan pelbagai aspek kehidupan umat Islam khususnya dan seluruh masyarakat amnya. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kritikal dikalangan masyarakat untuk mengambil inisiatif yang wajar menangani berbagai isu yang kini sedang melengkari kehidupan umat Islam disamping membina masyarakat agar menjadi semakin peka dan bertanggungjawabuntuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta keamanan .
PENGENALAN

Risalah kali ini menyentuh persoalan isu rakyat Palestin yang kini sedang melalui suatu babak lagi dalam perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari kezaliman pencerobohan dan penjajah Israel. Rakyat Palestin dalam pilihanraya Parlimen baru-baru ( Januari 2006) telah membuat kejutan luar dugaan apabila mereka memilih untuk memberi mandat kepada Harakah Muqawwamah Islamiah (HAMAS) membentuk kerajaan.

Seperti yang dijangka kuasa Amerika Syarikat dan sekutunya terutama Israel menunjukkan reaksi yang sangat negatif terhadap kemenangan HAMAS dan kini rakyat Palestin sekali lagi menghadapi hipokrasi kuasa Barat yang mendakwa menjuarai demokrasi , sedang melancarkan kempen menyekat tertegakkannya kerajaan HAMAS.

Kami mengharapkan huraian kami dalam isu ini akan memberi maklumat dan analisis yang memadai dan mencukupi untuk para pembaca membuat pendirian dan tindakan yang wajar demi membela perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Islam dan masjid Al Aqsa , iaitu masjid umat Islam yang mulia.

Selepas membaca risalah ini kami mengharapkan pembaca boleh mengambil tindakan untuk berperanan menyebarkan risalah ini kepada masyarakat secara meluas , menulis surat bantahan kepada Ameriaka Syarikat , menulis desakan kepada sekretaruiat OIC , dan memboikot barangan Israel dan US.

AMERIKA SYARIKAT YANG HIPOKRIT

Amat dikesali bahawa Amerika Syarikat, yang kononnya mendakwa menjadi juara demokrasi, menekan PA (Pihak Berkuasa Palestin) supaya mengembalikan semula bantuan sebanyak $50 juta Dolar US yang diberikan sebelum ini untuk menjana semula ekonomi Palestin berikutan penarikan keluar Israel dari Gaza. Israel juga secara haram menghentikan penyerahan hampir $55 juta Dolar US sebulan dalam bentuk cukai jualan dan bayaran kastam yang dikutip oleh Israel bagi pihak PA.

Langkah menindas ini telah diambil untuk menghukum rakyat Palestin kerana memilih HAMAS dalam pilihan raya baru-baru ini yang berjalan secara bebas dan adil untuk membentuk kerajaan. Dengan menafikan sumber kewangan yang diperlukan untuk HAMAS menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang sah dan untuk menjaga kebajikan rakyat , Amerika Syarikat dan Israel berharap kerajaan HAMAS akan runtuh dan digantikan dengan kerajaan yang mudah dipengaruhi oleh kepentingan Israel.

Amerika Syarikat, sebagai syarat untuk memberikan bantuan, mendesak supaya HAMAS mengiktiraf Israel, menghentikan keganasan, dan melibatkan diri untuk Pelan Damai bagi Keamanan. Syarat yang dikenakan ini sebenarnya merupakan peras ugut ke atas HAMAS dan HAMAS berhak untuk menolak desakan US itu. Sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Biro Politiknya, Khalid Mish’al, “Kami tidak akan menjual rakyat kami atau prinsip kami untuk mendapat bantuan asing.”

Dalam mengenakan syarat ini Amerika Syarikat nyata bersikap hipokrit dan “double standard”. Ia menuntut HAMAS mengiktiraf Israel tetapi tidak mempedulikan kedegilan Israel yang enggan untuk mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan pemerintahan sendiri (self determination) dan hak untuk rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka sendiri sepertimana yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Amerika Syarikat mendesak HAMAS, yang merupakan sebuah pergerakan pembebasan, menghentikan perjuangan bersenjata sebelum perjanjian damai dirundingkan dan ditandatangani. Sebaliknya, Israel pula tidak perlu memberikan komitmen bagi mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengakhiri pendudukan haramnya serta menghentikan keganasan ke atas umat Palestin.

Selepas memusnahkan penempatan di Semenanjung Gaza yang sudah kehabisan sumbernya , Israel telah meningkatkan lagi operasi pembersihan etnik di Baitulmaqdis Timur dan pembinaan penempatan di Tebing Barat. Ia telah menjalankan lebih banyak pembunuhan, tangkapan dan mengenakan hukuman secara kolektif ke atas rakyat Palestin tanpa sebarang tindakan berkesan oleh Amerika Syarikat untuk menghentikan pencabulan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia oleh Israel. Ternyata Amerika Syarikat tidak berhasrat untuk berbuat apa-apa untuk menghentikan tindakan Israel yang haram ini.

MAHKAMAH ANTARABANGSA MENGESAHKAN PENCABULAN ISRAEL

Amerika Syarikat mahukan komitmen HAMAS untuk Pelan Damai bagi Keamanan. Tetapi Israel telah membina Tembok Apartheid dan melancarkan lebih banyak penempatan haram dalam wilayah yang dicerobohinya dan terus melakukan pembersihan etnik di Baitulmaqdis. Tindakan-tindakan ini sebenarnya sudahpun membunuh Pelan Damai itu sendiri.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dalam memberi pendapatnya berhubung isu Tembok Apartheid pada 9 Julai 2004, telah secara khusus mennyatakan Israel telah mencabul Konvensyen Hague 1907, Konvensyen Geneva Keempat Hak Asasi Manusia, dan Hak menentukan pemerintahan sendiri oleh rakyat Palestin.

Mahkamah itu menekankan bahawa Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan “perlu mempertimbangkan apakah tindakan seterusnya yang diperlukan untuk mengakhiri tindakan haram itu akibat daripada pembinaan tembok ini…” Melainkan bagi Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang tidak bermakna, nampaknya tiada tindakan berkesan , contohnya mengenakan sekatan , diambil terhadap Israel “untuk mengakhiri tindakan haram yang dilancarkan oleh Israel ini’.

Dengan penuh kebencian terhadap undang-undang antarabangsa dan terhadap pendapat ICJ, pemangku Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk menjelaskan sempadan Israel dan mewujudkan Negara Palestin yang lemah menurut kehendak Israel. Mengikut pelannya , Baitulmaqdis dan Masjid Al Aqsa akan menjadi ibu negara Israel.

TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM MEMBELA PALESTIN DAN MEMBANTU KERAJAAN PALESTIN PIMPINAN HAMAS

Kini adalah menjadi tanggungjawab OIC, Negara Islam dan kerajaan-kerajaan yang progresif untuk membantu rakyat Palestin untuk terus hidup dan meneruskan perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari penjajahan dan untuk mencapai kebebasan dan keadilan. Rancangan Israel untuk mewujudkan Batustan bagi rakyat Palestin, sama dengan apa yang dilakukan oleh rejim kulit putih ke atas penduduk Afrika di Afrika Selatan. Rancangan ini mestilah dihapuskan dan apartheid di Palestin juga perlu diakhiri.

Kami mengalu-alukan kenyataan oleh Menteri Luar Malaysia , Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini yang menyatakan bahawa Negara Islam perlu memberikan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada HAMAS untuk membolehkan ia menerajui Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Sehubungan itu, kami menggesa:

1.Kerajaan Malaysia menderma RM $50 juta kepada Pihak Berkuasa Palestin.
2.Negara ahli OIC membantu keperluan kewangan PA dan dengan itu menghapuskan kebergantungan kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk keperluan dana mentadbir Palestin..
3.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mengenakan sekatan yang komprehensif terhadap Israel sehingga ia mematuhi resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa.
4.Masyarakat sivil(NGO dan pergerakan rakyat) perlu memboikot barangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat dan Israel.


Kami juga menggesa setiap umat Islam di Negara ini melaksanakan tindakan berikut:

1.Menulis surat Bantahan kepada Presiden Amerikat Syarikat di alamat berikut:
Presiden George W.Bush
President of the United States of America


2.Menulis surat gesaan kepada Pengerusi OIC untuk membantu kerajaan HAMAS Palestin :

3.Memboikot barangan dan perkhidmatan serta sebarang majlis social yang melibatkan Amerika Syarikat.

4.Mengutip “Sumbangan Minima RM 1 Seorang Untuk Palestin” dan diserahkan kepada Sekretariat Kempen Pertahankan Al Aqsa di alamat Citizen International

Kita juga perlu melancarkan kempen, ‘Minimum $1 untuk Palestin’ untuk menyuarakan sokongan untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Kenyataan ini disokong oleh NGO:
1. S. M. Mohamed Idris, Pengerusi, Citizens International
2. Yusri Mohammad, Presiden ABIM
3. Zaid Kamaruddin , Presiden Jamaah Islah Malaysia
4. Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS
5. Ustaz Salleh, Presiden Persatuan Ulama Malaysia
6. Ustaz Ghani Shamsuddin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
7. Hj. Mahfuz Omar , Pengerusi IMPAK
8. Syeikh Abu Bakar Awang , Yang DiPertua Persatuan Ulama Kedah
9. Datuk Syeikh Azmi Hj. Ahmad, Pengerusi ISRA’

Jangan guna kuasa untuk kerosakan - TG Nik Aziz

PASIR GUDANG, 5 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, setiap pemimpin mestilah menggunakan kuasa yang ada untuk menuju kearah kebaikan semata-mata.
Ini kerana kuasa yang ada di tangan pemimpin akan menentukan corak pemerintahan negeri dan negara yang sekaligus akan membentuk sikap dan peribadi rakyat, katanya dekat sini.Jika pemimpin tersilap menggunakan kuasa yang ada di tangan mereka maka negara dan rakyat akan menjadi rosak, katanya pada ceramah perdana yang diadakan di Taman Saujana Masai, baru-baru ini.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfoods Muhammad serta lain-lain pimpinan PAS Johor.
Menurut TG Nik Aziz, amanah kuasa yang diberikan Allah SWT kepada setiap pemimpin hendaklah digunakan kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan semata-mata, sebarang usaha yang boleh membawa kerosakan hendaklah dijauhi sama sekali."Tetapi malangnya apa yang berlaku di negara kita hari ini pemimpin bukan saja tidak menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kerosakan kepada negara dan rakyat sebaliknya pemimpin itu sendiri menganjurkan perkara-perkara yang menjurus kearah kerosakan kepada rakyat dan negara," katanya.
Katanya lagi, akibat dari kesilapan pemimpin ini menyebabkan akhlak rakyat menjadi punah ranah, ramai umat Islam murtad, maksiat semakin menjadi-jadi dan lebih membimbangkan lagi apabila umat Islam semakin menjauhkan diri dari ajaran Islam sebenar.
Islam Hadhari semakin kelirukan rakyat
"Kemunculan Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak membantu memperbaiki akhlak rakyat bahkan sejak kemunculan fahaman baru ini umat Islam menjadi semakin keliru," katanya.
Tuan Guru selanjutnya berkata, "kita tidak nampak apa bezanya ajaran Islam Hadhari ini dengan amalan mereka sebelum ini tetapi yang jelas program-program mungkar semakin menjadi-jadi dan kerajaan di bawah pimpinan Abdullah dengan Islam Hadharinya semacam meredhai kemungkaran yang semakin berleluasa ini.""Hari ini jelaslah kepada semua bahawa kemunculan Islam Hadhari ini tidak lebih hanya sekadar untuk kepentingan politik semata-mata bukan untuk merealisasikan ajaran Islam sebenar.
"Selanjutnya menurut Tuan Guru lagi, inilah yang berlaku apabila pemimpin hanya memikirkan soal kepentingan kuasa politik semata-mata, mereka langsung tidak menghiraukan masalah akhlak dan akidah rakyat.
"Bagi mereka apa saja yang dilakukan mestilah memberi keuntungan dalam misi politik mereka, walau pun agenda yang diketengahkan ini memberi kesan negatif terhadap rakyat terutama umat Islam tetapi demi kepentingan politik dan kuasa, mereka menghalalkan segala-galanya," katanya.

Pentagon siar nama tahanan Guantanamo

WASHINGTON 4 Mac - Pentagon tunduk kepada perintah mahkamah semalam dan buat kali pertama menyiarkan senarai nama dan kerakyatan sebahagian daripada 490 suspek pengganas asing di kem tahanannya di Teluk Guantanamo, Cuba.

Bermula dengan ketibaan kumpulan pertama 20 tahanan dari Afghanistan pada 11 Januari, 2002, Amerika Syarikat (AS) tidak pernah menyiarkan nama dan kerakyatan semua tahanan di kem kontroversi itu.

Sungguhpun tidak lengkap, senarai terbaru itu merupakan yang paling panjang pernah disiarkan oleh Washington setakat ini.

Cakera komputer mengandungi dokumen beribu-ribu muka diserahkan kepada wartawan selepas tindakan saman yang difailkan oleh Associated Press di bawah Akta Kebebasan Maklumat memaksa nama-nama yang dirahsiakan sejak awal 2002 itu didedahkan.

Pegawai Pentagon berkata, dokumen berkenaan juga dipaparkan di laman web Jabatan Pertahanan sebagai mematuhi perintah Hakim Mahkamah Daerah AS, Jed Rakoff agar maklumat tersebut disiarkan selewat-lewat pada 3 Mac.

Jurucakap Pentagon, Bryan Whitman berkata, dokumen itu mengandungi 317 set rekod tentang status tahanan sebagai 'pejuang musuh' atau sama ada mereka layak untuk dipindahkan atau dibebaskan.
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Ahad / 5 March 2006 )

Pembangkang Thai teruskan bantahan

BANGKOK: Parti pembangkang Thailand menolak tawaran tolak ansur yang dibuat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan semalam meneruskan usaha untuk memulaukan pilihan raya mengejut pada bulan depan.

Thaksin sebelum ini membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan depan bagi meredakan krisis politik di negara itu.Sambil mendakwa jutawan yang menjadi ahli politik itu terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kumpulan prodemokrasi bersiap untuk mengadakan rapat umum besar-besaran hari ini bertujuan untuk meneruskan tekanan kepada Thaksin supaya beliau meletak jawatan.
Mereka sebelum ini turut berikrar akan mengangkat senjata jika Thaksin tidak melepaskan jawatannya.
Kelmarin, Thaksin menawarkan tolak ansur ketika menyertai rapat umum Parti Thai Rak Thai menjelang pilihan raya umum pada 2 April depan.Ketika berucap di depan kira-kira 150,000 hingga 200,000 pengikut, beliau menawar diri meletak jawatan jika patinya gagal mendapat lebih separuh kerusi Parlimen.
sumber dari http://www.bharian.com.my ( Ahad / 5 March 2006 )

Kenaikan Harga Minyak: 6 Persoalan Pokok

Kuala Lumpur, 1 Mac 2006 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seperti juga kami yakin sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain, merasa terkejut, kesal dan terkilan dengan kenaikan mendadak harga yang diumumkan malam tadi. Sudah tentu keputusan ini akan disusuli perbahasan pro dan kontra dengan pelbagai angka, statistik, perangkaan, jadual perbandingan dan sebagainya, demi mempertahankan atau membantah tindakan ini. ABIM hanya berharap, dalam kehangatan perbahasan tentang isu ini nanti beberapa persoalan pokok yang begitu penting dan sangat dekat dihati rakyat dan pengguna akan terjawab dengan memuaskan. Persoalan-persoalan tersebut termasuk:

1. Pihak manakah yang lebih bersedia menanggung beban kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa juga beban belanjawan kewangan defisit Negara sejak beberapa tahun ini? Kerajaan atau rakyat? Adakah belanjawan negara sudah sampai ke tahap begitu kritikal sehingga beban ini dipindahkan pada kadar yang begitu tinggi dan mendadak kepada rakyat? Bukankah kita sebagai Negara pengeluar minyak bukan hanya menanggung kesan negatif tetapi juga kesan positif kenaikan harga minyak? Adakah rakyat cukup kuat dan mampu memikul beban pada kadar tersebut?

2. Adakah perbendaharaan dan belanjawan Negara tidak mampu menghadapi kenaikan harga minyak kerana perbelanjaan luar kawal atau kurang berhemah kita sebelum ini? Adakah ini termasuk proses membayar balik ‘harga�segala projek-projek mega serta beberapa perbelanjaan kurang berhemah sebelum ini? Jika ini benar, bukankah pihak kerajaanlah yang lebih bertanggungjawab di atas keputusan-keputusan tersebut? Bukankah pihak kerajaanlah yang sepatutnya lebih banyak membayar ‘harga�polisi kewangan yang diputuskan oleh kerajaan sendiri?

3. Rakyat bersedia dan telahpun beberapa kali tabah menerima kenaikan harga minyak akibat potongan subsidi baru-baru ini. Tetapi bukankah ada batas dan kadar yang munasabah yang patut ditanggung oleh rakyat? Kadar kenaikan yang begitu mendadak ini wajarkah terus ditanggung rakyat? Adakah pendapatan rakyat turut meningkat pada kadar yang sebanding dalam tempoh yang sama?

4. Antara alasan yang diberikan untuk memotong subsidi agar ianya dapat disalurkan kepada projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang ada. Soalnya, bukankah kerajaan yang telah memilih polisi menggalakkan penggunaan dan pemilikan kereta individu selama ini? Termasuklah dengan mendokong kuat industri kereta nasional? Apakah sekarang kita betul-betul serius mahu mengutamakan pengangkutan awam? Jika betul itu sikap kita, sekali lagi wajarkah rakyat yang perlu menanggung beban perubahan dasar ini pada kadar yang terlalu tinggi?

5. Seperti sebelumnya kita dipujuk dengan perbandingan harga dengan beberapa Negara jiran. Soalnya, adakah situasi kita sama dengan mereka? Bukankah mereka lebih teruk terkesan oleh krisis kewangan berbanding kita? Bukankan kita lebih berjaya mengharusi krisis tersebut dan sepatutnya berada dalam kedudukan yang lebih baik? Di sudut lain, adakah rakyat mereka juga mendokong industri kereta nasional hingga menanggung harga kereta yang tinggi seperti kita?

ABIM menggesa persoalan-persoalan asasi diatas mendapat tanggapan sewajarnya oleh semua pihak terutama pihak kerajaan. Jika hakikatnya di akhir segala perbahasan pro dan kontra isu ini, persoalan-persoalan ini tidak mendapat penjelasan yang benar-benar memuaskan, maka ABIM memohon agar keputusan menaikkan harga minyak yang diumumkan malam tadi dikaji semula.

Walau bagaimanapun jika jika apa sebab sekalipun kenaikan ini tetap dikekalkan, ABIM menggesa agar adalah sangat perlu beberapa langkah tambahan diambil untuk mengawal kesan-kesan negatif kepada rakyat terbanyak. Selain daripada langkah kawalan harga barangan lain yang lebih ketat, ABIM juga mencadangkan agar suatu sistem subsidi harga khas diperkenalkan bagi kategori pengguna yang memerlukan.

ABIM berpendapat dalam mengurus ekonomi Negara, kepentingan dan kebajikan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang merupakan kelompok terbesar, perlu sentiasa diberi keutamaan dan diberatkan.

YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM
Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak53100
Kuala Lumpur
Tel: 603-6188 0300Fax: 603-6189 6700